25/04/2025
Kopisanangan. Tabi pisompuruan.
Salam sejahtera.
Acara Kemuncak Sambutan Lamai Kaamatan Peringkat KDCA Klang Valley Kali Ke-30 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📍 Lokasi: Dorsett Grand Subang Jaya, Selangor
📅 Tarikh: 11 Mei 2025 (Ahad)
⏰ Masa: Ketibaan jam 5.30 petang
🎟 Tiket: Boleh hubungi butiran seperti dalam poster.
Dianjurkan secara berkolaborasi bersama-sama dengan Persatuan Kebudayaan dan Warisan Malaysia Borneo (Malaysia Borneo Cultural and Heritage Association - MANTRA), acara ini merupakan satu platform untuk kita bersama-sama meraikan budaya dan tradisi Kaamatan, serta mengeratkan lagi silaturahim dalam komuniti Kadazandusun Murut (KDM) di Lembah Klang, dan masyarakat Malaysia pelbagai kaum secara umumnya. Bakal dirasmikan oleh Yang Berbahagia Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan (Presiden KDCA) dan akan dihadiri oleh Yang Berbahagia Tindarama Datuk Suman Yasambun (Secretary General, KDCA), berikut adalah antara aktiviti menarik:
✅ Upacara perasmian
✅ Pemahkotaan Unduk Ngadau
✅ Pertandingan Sugandoi
✅ Persembahan pentas
✅ Pameran budaya & aktiviti interaktif
✅ Gerai keusahawanan & makanan tradisi
✅ Lucky Draw!
👗 Kod Pakaian: Tradisional Kadazandusun Murut atau kontemporari/kasual kemas (black & gold )
📢 Artis Jemputan: Velvet Aduk
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keunikan budaya kita dan menyokong rakan-rakan komuniti. Mari kita raikan Lamai Kaamatan dengan penuh semangat!
📞 Untuk maklumat lanjut atau tempahan tiket (meja), sila hubungi 019-8201987 (Zandi Lini), 017-6334037 (Tati Basilika), 014-6730039 (Tati Peggy), 011-26716926 (Tati Sarah) dan/atau 010-2202401 (Tati Ally). Pautan pembelian tiket (theater seat): https://forms.gle/zKS9H3zoPQRJury8A
Jumpa anda di sana!
Kotohuadan.
"Kaamatan Untuk Semua"
"Kaamatan For Everyone"
"Kaamatan Montok Songovian"
In support of "Visit Malaysia Year 2026" and "ASEAN Chairmanship by Malaysia 2025."