12/07/2023
BODOH DAN JAHIL 🤯
•
خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجَٰهِلِينَ (١٩٩) الاعراف
“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah jangan dihiraukan orang-orang yang bodoh jahil yang degil dengan kejahilannya.”
•
Siapakah yang disebut orang orang Bodoh dan Jahil didalam Islam? Orang bodoh dan jahil adalah seseorang yang gemar mengganggu orang lain dengan ucapannya yang mengejek, menghina dan menfitnah. Orang orang bodoh semacam ini tidak perlu kita peduli atau isi mereka didalam kehidupan dan fikiran kita.
•
Orang bodoh bukan bererti orang yang tidak berpendidikan. Malah seseorang yang bergelar Professor sekalipun boleh menjadi orang bodoh. Kerana kebodohan tidak berkait dengan Ijazah, tetapi kebodohan sangat erat kaitannya dengan Akhlak. Jika seseorang menuruti Nafsunya dan tidak mengendalikan fikirannya, maka akan tergelonsor seseorang kedalam perilaku yang buruk, itulah kebodohan walaupun telah menerima berpuluh Ijazah.
•
Jadi Al Quran telah memberi kita garis panduan siapakah orang yang bodoh itu. Maka Allah SWT berfirman lagi dalam Surah An Nisa :
إِنَّمَا ٱلتَّوْبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَٰلَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُو۟لَٰٓئِكَ يَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (١٧)
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang orang yang melakukan kejahatan disebabkan sifat kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya, dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
•
Oleh kerana itu, orang yang bodoh adalah orang yang tidak Taat dalam menjalani perintah Allah SWT dan RasulNya. Selagi mana ia melakukan dosa maksiat, maka ia dalam kebodohan. Kebodohan tentang hal Dunia, kebodohan tentang hal Akhirat, kebodohan tentang hal Syurga dan Neraka maka akan tenggelam lebih dalam didalam kemaksiatan.
•
Allah SWT beri lagi solusi dalam Surah An Nahl
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا۟ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَٰلَةٍ ثُمَّ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوٓا۟ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ (١١٩)
“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kebodohan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah mereka bertaubat itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
•
Dalam kitab Taklim Al Muta3llem menjelaskan seseorang perlu menuntut ilmu bertujuan mengharap Redha Allah SWT disamping mencari kebahagiaan Akhirat serta menghilangkan kebodohan diri sendiri mahupun orang lain, menghidupkan Agama serta melestarikan Islam. Kerana Islam itu dapat dilestari kalau pemeluknya Berilmu. Zuhud dan Taqwa tidak sah tanpa disertai Ilmu.
•
Kata Ulama : Sahabat sahabat Baginda Nabi SAW adalah umpama bintang bintang di Langit. Pilihlah bintang itu, nescaya kamu diterangi ✨❤️