02/07/2026
π PENGUMUMAN RASMI
KEPUTUSAN AKHIR PENCARIAN MUTAWWIF HAFIZ TRAVEL & TOURS 2026
Alhamdulillah, setelah melalui beberapa peringkat penilaian yang teliti merangkumi ujian bertulis, temuduga, penguasaan ilmu, kemahiran komunikasi serta penilaian keseluruhan, maka keputusan akhir bagi Pencarian Mutawwif Hafiz Travel & Tours 2026 kini diumumkan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah memberikan komitmen, kesungguhan dan usaha terbaik sepanjang proses pemilihan ini.
Kepada calon yang berjaya, semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh keikhlasan dalam membimbing para Dhuyufurrahman menuju ibadah umrah yang sempurna.
Buat calon yang belum berjaya, jangan berputus asa. Teruslah menimba ilmu, memperbaiki diri dan memperkukuhkan pengalaman. Insya-Allah, setiap usaha yang dilakukan kerana Allah pasti akan diberi ganjaran yang terbaik.
Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan mendoakan sepanjang perjalanan pencarian ini.
π€² Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan menjadikan para mutawwif Hafiz Travel & Tours sebagai pembimbing yang berilmu, berakhlak mulia serta sentiasa ikhlas dalam berkhidmat kepada para tetamu Allah.
Tahniah kepada semua calon! Jom Bina Memori Yang Telus Bersama Hafiz Travel & Tours!