24/09/2022
Jalan-jalan ke Cameron Highlands adalah cerita tentang "makan dan makan" selain nak dapat "suasana"... view cantik untuk ootd bagi yang s**a bergambar... kerana mostly makanan sedap-sedap. Antara tempat yang boleh dilawati atau pergi untuk cari makanan-makanan best ini:
1.Abang Strawberry di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
Nasi lemak sambal strawberry dia memang sedap. Highly recommended. No wonder orang sanggup beratur panjang nak masuk restaurant ni..Kami bernasib baik dapat awal jugak.Menu lain ada jugak,macam mee kari, lontong...Tapi kami tak sempat rasa la sebab perut dah kenyang makan nasi lemak. So, tak boleh komen.
2.Restoren Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill,
Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata.
Restoren berkonsepkan rimbunan daun ni dekat dengan Stesen Bas, Tanah Rata. Steamboat boleh tahan sedap.
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas, Brinchang.
For me, this is the best ladang teh kat Cameron Highlands kot even jalan dia paling jauh kena masuk ke dalam dan berliku. Datang sini kena try tea tiramisu cake atau kalau lebih senang nak kenal dengan kek colour hijau. Banyak lagi jenis kek, pastries, muffin yang ada kat sini... Dan antara ladang teh yang saya pergi, kat sini paling banyak menu kot.
4. Cameron Highlands Valley Tea, Ringlet.
Yang ni rasanya paling mudah nak pergi sebab tepi jalan je. Signature kat sini teh tarik,strawberry scones dan strawberry cheese cake.
5.The View House Glass Cafe, Flora Park.
Cafe ni terletak dalam Flora Park, Cameron Highlands. Dekat dengan area Kea Farm jugak. Cuma perjalanan nk ke Cafe ni jauh sikit, kena mendaki..Tapi puas hati sebab dikelilingi dengan bunga dan pemandangan yang cantik. Kat sini ada Strawberry Scone, strawberry blended (yang ni saya lupa nama betul dia).
6.Jagung Bakar Adam Bob di Tanah Rata.
Gerai jagung bakar ni dekat dengan kedai makan. Memang kawasan ni banyak kedai makan dan dekat dengan bank. Nak ceritanya, jagung bakar Adam Bob ni memang sedap.. Dengan manis dan freshnya. Gerai ni buka waktu malam aje.
7.Pasar Kea Farm di Brinchang.
Pasar Kea Farm ni memang terkenal sebab macam-boleh beli kat sini. Sayur, Jagung, strawberry...souvenier..macam-macam lagi lah. Kalau datang sini, boleh cari aiskrim viral Puku dan askrim berasap. Memang sedap.
Sebenarnya banyak lagi tempat untuk cari makanan best2 di Cameron Highlands ni. Ini antara yang sempat pergi.
Last, kena bersedialah untuk menikmati "jem" di Cameron Highlands especially pada hari cuti atau hujung minggu.
reviewed by Zakaria
Terima kseh kerana memilih Cameron Highlands sebagai destinasi percutian anda sekeluarga