28/01/2026
Bila ziarah baginda Rasulullah ๏ทบ, Sayyiduna Abu Bakar dan Sayyiduna Umar. Teringat banyak detik mereka bersama di dunia sehingga akhirnya wafat pun dikebumikan bersama.
1๏ธโฃ) Ketika di telaga Aris di Quba', baginda Nabi ๏ทบ di tengah, Sayyiduna Abu Bakar di sebelah kanan, Sayyiduna Umar di sebelah kiri baginda
2๏ธโฃ) Ketika naik bukit Uhud, mereka berdua naik sekali. Turut bersama ialah Sayyiduna Uthman. Uhud hanya bukit tetapi ingin mengikuti baginda, lalu ditenangkan baginda Nabi ๏ทบ
ุฃุซุจุช ุฃุญุฏ ูุฅูู
ุง ุนููู ูุจู ูุตุฏูู ูุดููุฏุงู
((Tetaplah wahai Uhud, sesungguhnya di atas engkau ini seorang Nabi, Siddiq dan dua orang syahid)) iaitu Sayyudina Umar & Sayyiduna Uthman
3๏ธโฃ) Ketika baginda Rasulullah ๏ทบ terserempak dengan Sayyiduna Abu Bakar dan Sayyiduna Umar, baginda bertanya:
ู
ูุง ุฃูุฎูุฑูุฌูููู
ูุง ู
ููู ุจููููุชูููู
ุง ูุฐููู ุงูุณููุงุนูุฉู
((Apa yang menyebabkan kalian berdua keluar dari rumah kalian pada waktu ini?)).
Mereka berdua berkata: "Kerana lapar wahai Rasulullah". Lalu baginda pun berkata : (( Aku juga demikian))
Ajaib, lapar pun bersama. Lalu mereka berangkat ke rumah Abu Haitham dan dijamu makan sehingga kenyang. Kemudian baginda berkata:
ููุงูููุฐูู ููููุณู ุจูููุฏูููุ ููุชูุณูุฃูููููู ุนููู ูุฐูุง ุงููููุนูู
ู ููููู
ู ุงููููุงู
ูุฉูุ ุฃูุฎูุฑูุฌูููู
ู ู
ููู ุจููููุชูููู
ู ุงูุฌููุนูุ ุซูู
ูู ููู
ู ุชูุฑูุฌูุนููุง ุญูุชููู ุฃูุตูุงุจูููู
ู ูุฐุง ุงููููุนููู
ู ุฑูุงู ู
ุณูู
((Demi jiwaku dalam genggamanNya, kalian akan ditanya tentang nikmat ini pada hari kiamat kelak, kalian keluar dari rumah dalam keadaan lapar, kemudian kalian tidak balik sehinggalah dapat merasai nikmat seperti ini)) ๐ญ - Riwayat Muslim
4๏ธโฃ) Ketika baginda Nabi ๏ทบ dipimpin oleh Sayyidina Abu Bakar dan Sayyiduna Umar, baginda bersabda:
ููุฐุง ูุญูุง ูููุฐุง ูู
ูุช ูููุฐุง ูุฏุฎู ุงูุฌูุฉ.
((Beginilah kita hidup, dan begini kita akan mati dan begini jugalah kita akan dibangkitkan)).
๐ข Persahabatan yang dibina oleh baginda Rasulullah ๏ทบ bersama sahabat baginda, bukan hanya didunia , tapi membawa sampai ke syurga.
Rasulullah ๏ทบ ajar berkawan kerana Allah. Jangan buat sesuatu yang kita sendiri benci, lalu kita buat p**a pada orang.
Moga kita dapat mengambil pengajaran cara yang Rasulullah ๏ทบ ajarkan cara berkawan.
Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir