Kembara Umrah USN - Pulau Pinang

Kembara Umrah USN - Pulau Pinang Pakej Haji & Umrah - Musim Baharu

Soalan: Mengapa kelihatan jemaah lelaki tidak memakai 2 helai pakaian ihram ? Penjelasan: Setelah selesai mengerjakan du...
09/06/2025

Soalan: Mengapa kelihatan jemaah lelaki tidak memakai 2 helai pakaian ihram ?

Penjelasan: Setelah selesai mengerjakan dua rukun haji (iaitu wukuf di Arafah dan melontar Jamrah Al Qubra), jemaah sudah boleh bertahallul (memotong rambut) dan bebas dari sebahagian besar larangan ihram.

Oleh sebab itulah perlaksanaan rukun haji yang berikutnya iaitu tawaf ifadah dan saie, jemaah haji lelaki tidak lagi perlu memakai kain ihram. Sebaliknya jemaah akan lebih selesa memakai pakaian bersarung seperti seluar dan baju.

Gambar: Tawaf di Kaabah, Masjidil Haram (Hari Tasyrik yg ke 3, jam 3 petang waktu Saudi)

Setiap tahun, cerita mengenai jemaah terkandas di KLIA adalah hampir sama dan akan berulang.Mengapa ?Kerana tidak mempun...
04/06/2025

Setiap tahun, cerita mengenai jemaah terkandas di KLIA adalah hampir sama dan akan berulang.

Mengapa ?

Kerana tidak mempunyai visa haji atau kelulusan NUSUK dari pihak Saudi.

Samada jemaah akan terkandas di tanah air sendiri atau pun di luar Arafah/Mekah.

21/05/2025
https://www.facebook.com/share/1WFRgLEjYu/
20/05/2025

https://www.facebook.com/share/1WFRgLEjYu/

Kisah 85 ribu rayuan Haji dan bagaimana kita kena memahami Haji sebagai medan ilmu dan misi membangkitkan umat. Ini bacaan khusus buat para tetamu Allah. Kau bacalah.

Tahun 2025 menyaksikan lebih 85,000 permohonan rayuan haji direkodkan oleh Tabung Haji Malaysia. Angka ini bukan angka kosong. Ia adalah suara umat. Ia adalah gelombang harapan yang mengalir dari segenap pelosok tanah air dari golongan tua yang ingin menamatkan riwayat hidup dalam keadaan suci, hingga anak muda yang mahu mempercepat langkah menuju kepada Allah.

Tetapi di sebalik semangat luar biasa ini, satu persoalan penting perlu kita tanya, adakah kita sudah faham apa sebenarnya erti haji?

Dalam bahasa Arab, "Hajj" (حَجّ) berasal dari akar kata ḥa-jīm-jīm (ح ج ج) yang membawa tiga makna utama dik.

Menuju.
Bertujuan.
BERHUJJAH.

Maknanya, haji bukan sekadar perjalanan fizikal ke Tanah Suci. Ia adalah perjalanan menuju Allah. Ia adalah misi yang penuh tujuan. Dan yang menarik, ia juga membawa maksud BERHUJJAH, persoalannya dengan siapa?

Dengan diri sendiri.

Kerana hakikat haji adalah medan kita membongkar dosa, menggali makna dan berhujah dengan jiwa yang selama ini lalai. Maka haji bukan sekadar destinasi, ia adalah satu konvensyen jiwa untuk mencari semula fungsi diri.

Di sinilah wahyu pertama, IQRA BISMI ROBB menjadi asbab untuk kau bersoal jawab. Tanya, kaji, gali, korek, analisa semula iman dan Islam kau, IQRA KITABAKA "Kaji kitab engkau" dik.

Siapa pengatur hidup kau selama ini?

Adakah Allah?
Adakah manusia?
Adakah ibubapa?
Adakah boss kau yang suruh kau buat itu ini kerana gaji?
Adakah harta, status dan isi dunia ni yang mengatur tujuan hidup kau?

Sehingga kau berbuat segala sesuatu kerana nama? Kerana nafsu, kerana kau.

Selalunya Allah menjadi alasan 'cliche' yang menunjukkan itulah normalisasi hidup beragama. Tapi malangnya ia sedap disebut di bibir tetapi tidak dihayati di hati.

Iqra bismi robb, bukan sekadar ayat biasa, ia adalah perintah untuk kita KENAL SIAPA PENGATUR KITA, YANG MENCIPTA CARA HIDUP KITA BERAGAMA.

Sistem siapa yang menjadi pakaian hidup kita?
Sistem Allah? Atau sistem manusia?
Di situlah halusnya bicara PENGATUR untuk kita fahamkan.
Kerana di dalam kubur nanti, itulah soalan pertama yang bakal disoal, bakal dijawab oleh kita?

MAN ROBBUKA?
Siapa pengatur engkau?

Manasik dan maqasid haji, di antara ritual dan matlamat. Dik, ramai yang hafal manasik haji dari niat, tawaf, sa’i, wukuf, melontar jamrah, tahallul. Tapi berapa ramai yang faham maqasid sebagai satu matlamat di sebalik semua gerak fizikal itu?

Manasik itu pergerakan.
Maqasid itu tujuan.

Tawaf mengajar kita untuk kembali memutar masa untuk mencari semula tujuan hidup untuk Allah. Muhasabah mecari titik hitam (hajarul aswad) yang perlu kita tinggalkan (istilam).

Sa’i menghidupkan semangat Siti Hajar, seorang ibu yang berlari demi anak, demi harapan, demi rezeki. Mencari AIR satu analogi mensucikan diri dengan ILMU, itulah falsafah Safa dan Marwah. (Best topik ni kalau nak sembang panjang).

Manakala melontar Jamrah bukan sekadar tentang batu, tapi tentang melepaskan sifat keji dalam diri. Melempar syaitan yang selama ini bermaharajalela dalam jiwa kau.

Wukuf di Arafah p**a... itulah puncaknya.
Wukuf di Arafah adalah hari umat mencari arah.

Nabi berpesan, “Al-Hajj ‘Arafah” (HR Abu Dawud)

Wukuf ialah waktu umat Islam dari 180 negara berhenti serentak, berkumpul di padang Arafah tanpa pangkat, tanpa gelaran. Hanya selembar kain putih dan air mata penyesalan atau kegembiraan.

Kau ada misi di sini.
Kau jangan ingat hanya duduk diam saja.
Kau ada kerja. Kau ada task untuk menghidupkan balik agama.
Kau ada amanah untuk dibawa p**ang ke tanah air.

Di situlah Nabi sampaikan khutbah terakhir.
Di situlah kita menyusun semula hidup.
Di situlah kita sepatutnya berfikir sebagai satu umat, bukan sekadar individu. Kau bukan hanya pentingkan diri untuk berdoa mencari dunia. Tapi kau dah mula memikir apakah nasib agama.

Kalau benar haji itu konvensyen tahunan umat Islam, maka wukuf di Arafah ialah tempat kita memikirkan arah tuju umat, masa depan keluarga dan hala tuju agama. Kau kena sedar, kau adalah PEWARIS kitab dan sunnah Nabi yang perlu dibawa p**ang HUJJAHnya untuk membijakkan diri dan keluarga.

Sebab itu kau diberi gelaran HAJI dan HAJJAH. Orang yang membawa p**ang hujjah agama untuk disampaikan pada mereka yang tidak dapat hadir ke Arafah.

Jadi apa erti 85,000 rayuan ini kepada kita?

Dik angka ini menyimpan banyak makna.

Ia bukti bahawa masih ramai umat Islam mencintai akhirat.
Ia tanda bahawa umat ini masih ada harapan untuk dibentuk dan dibangkitkan.

Ia juga isyarat bahawa kesedaran umat makin hidup, walau dalam dunia yang makin lalai.

Namun... adakah semua yang merayu itu benar-benar mengerti makna haji? Atau sekadar mengejar 'checklist' rukun Islam yang kelima?

Haji adalah konvensyen tahunan terbesar umat Islam. Di sinilah;

Ulama dan orang awam bertemu.
Pemimpin dan rakyat duduk sama rendah.
Yang kaya dan miskin sujud di tanah yang sama.
Jika benar haji itu medan pertemuan dan kesatuan, maka kita sebagai umat perlu berusaha menjadikannya lebih dari sekadar ibadah bersifat individu. Ia perlu dikembalikan sebagai institusi tarbiyah dan peradaban.

Jika kau salah seorang dari 85,000 yang merayu, tanya diri kau.
Adakah aku benar-benar faham kenapa aku mahu ke sana?

Dan jika kau belum berpeluang untuk sampai ke bumi Arafah maka bersiaplah dari sekarang. Kerana haji bukan bermula di Kaabah, ia bermula dalam hati kau. Untuk kembali mengenal Allah. Mencari semula diri kau dalam jutaan manusia yang hadir.

Dan wukuf bukan berlaku hanya di Arafah, ia berlaku bila kau sedar dan tunduk di hadapan Allah di mana-mana pun kau berada.

Kau kena ingat pesanan Allah untuk kita semua, “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” Surah Al-Hajj, 22:27.

Dan ingat dik, tak semua yang mampu akan dipanggil.
Tapi sesiapa yang berusaha memahami, itu yang Allah jemput.

Haji bukan untuk orang yang cukup duit.
Haji untuk orang yang mahu mencari Allah.

Semoga Allah pilih kita, bukan sekadar sebagai tetamu,
Tapi sebagai umat yang tahu apa erti dijemput ke rumah-Nya.

Dan mungkin, daripada 85,000 rayuan itu hanya segelintir yang benar-benar faham apa erti dipanggil menjadi tetamu Allah.

Moga Allah jadikan kita antara yang layak… walau sekadar berdoa dari jauh. Kalau belum mampu ke sana, adakah kau sudah mula bersiap dengan ilmu?

Kerana jika Allah belum beri peluang menjejakkan kaki ke Arafah, mungkin Dia mahu kau menjejakkan hati ke arah-Nya dahulu.

Kalau kau rasa tulisan ini menyentuh hati, kongsikan.
Tag mereka yang pernah atau sedang merindui untuk kembali ke Tanah Suci.

Shauqi Hasan
Teringat bila berkhutbah di Arafah dulu, semangat mahu meninggalkan kesan dan hujjah pada para jemaah. Moga mereka dapat bawa p**ang sesuatu dari program tahunan umat di bumi Mekah.

P/s : Jumpa di PBAKL2025 nanti, Sabtu 24hb Mei, 3.30 petang bersama saya dan Saiful Nang sempena pelancaran buku kami berdua. Kalau tak dapat ke PBAKL, boleh dapatkan di sini https://bit.ly/KisahMutawifRare

Hanya bakal jemaah dengan Visa Haji yang diterima masuk ke Tanah Suci.
18/05/2025

Hanya bakal jemaah dengan Visa Haji yang diterima masuk ke Tanah Suci.

5363 likes, 187 comments. “🕋 More than 67,000 Pakistanis have been denied access to Hajj 2025. This was due to incomplete data entries by private Hajj operators on the Saudi Ministry of Hajj portal, leading to visa cancellations and portal closures. But Pakistan isn't alone. 🇮🇳 India – ...

Kembara Umrah Sdn Bhd (1026053-V) adalah agensi pelancongan berdaftar dalam mengendalikan jemaah bagi pakej haji dan jug...
05/03/2025

Kembara Umrah Sdn Bhd (1026053-V) adalah agensi pelancongan berdaftar dalam mengendalikan jemaah bagi pakej haji dan juga umrah.

(kredit foto: Lembaga Tabung Haji)

14/02/2025

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى

Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”.

[Riwayat al-Bukhari (1189)]

Antara panduan lengkap bagi persediaan menunaikan haji dan umrah dari karangan asal Imam An Nawawi RA, yang disyarahkan ...
13/02/2025

Antara panduan lengkap bagi persediaan menunaikan haji dan umrah dari karangan asal Imam An Nawawi RA, yang disyarahkan oleh Dato Dr. Zulkifli. Jika dapat difahami sebaiknya, kita akan berlapang dada dengan perbezaan kaedah menunaikan kedua² ibadah tersebut.

Pakej Ammar (Nov 2025)
07/02/2025

Pakej Ammar (Nov 2025)

06/02/2025

"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
[AlBaqarah 196]⬇️

05/02/2025

Bezanya ibadah haji ketimbang umrah adalah pada rukun berwuquf di Arafah. Rukun² suatu ibadah itulah yg. mesti dilaksanakan...

Address

Block 9-G-3A, Taman Jubilee, Lengkok Nipah
Gelugor
11700GELUGOR,PENANG

Telephone

+60194742818

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Umrah USN - Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara Umrah USN - Pulau Pinang:

Share

Category