20/10/2024
Salah satu aktiviti wajib yg ramai lakukan semasa berada di Royal Belum adalah memancing.
Spisis yg sering dijadikan target apabila berkunjung kesini adalah ikan 'TOMAN dan SEBARAU'.
IKAN TOMAN
Salah satu pemangsa ulung ikan air tawar yg ada di Malaysia. ikan ni sering dijadikan target oleh pemancing yg berkunjung ke sini. drpd pemancing dalam dan luar negara. Antara pemancing negara luar yg sering kesini adlh drpd negara China dan Jepun Cara mendapatkannya juga tdk lah mudah seperti di sangka. teknik 'casting' menggunakan umpan tiruan adalah sgt popular dlm memikat spesis Toman. penggunaan 'Setup' yg bersesuaian adlh sgt perlu. Sebagai contoh, Rod berkekuatan 10-20LB bersama mesin pancing berkekuatan 5++ kg drag disesuaikan dengan tali pancing berkekuatan 30LB++ adalah perlu. Ikan ini mempunyai gigi yg tajam dan rahang yg kuat, sekaligus blh memutuskan tali dgn larian atau gigitan. Gewang hardlure pun kalau pd hari tdk baik blh 'pecah' dengan gigitan ikan ini. Selain itu teknik menggunakan umpan hidup iaitu 'ikan keli' juga blh digunakan. Biasanya digunakan bersama perambut dawai utk mengelakkan putus digigit ikan Toman.
IKAN SEBARAU
Ikan ini juga merupakan spisis target disini. Keupayaan ikan ini memecut semasa mengambil umpan membuatkan pemancing tergila2 kan ikan ini selain rsanya yg sedap. Teknik yg sering digunakan juga adalah teknik casting. Menggunakan umpan berkilat seperti ' spoon, blade dan lain2'. Teknik popular yg sering digunakan disini adalah 'korek'. Teknik ini memerlukan gewang direndam ke dasar 'reba kayu' yg dijadikan sarang ikan ini. Risiko gewang utk tersangkut juga tinggi.
Banyak lg spisis ikan yg lain ada disini, kalau berkesemapatan jemputlah dtg kesini utk merasainya sendiri.
share pd rakan2 untuk perkongsian seterusnya.
Pakej Houseboat Royal Belum Bait'x Fishing Ahmad Aj