Umrah bersama Cahaya Laila 017-746 2731

Umrah bersama Cahaya Laila 017-746 2731 Jom Umrah bersama Cahaya Laila. Mutawifah berdaftar sejak tahun 2019 sehingga sekarang.

02/06/2026

Tujuan utama ibadah Saie adalah untuk menyempurnakan rukun Haji atau Umrah dengan mencontohi kesabaran dan usaha gigih Siti Hajar berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah bagi mencari air demi menyelamatkan nyawa bayinya, Nabi Ismail A.S.

Ibadah ini melambangkan nilai pengorbanan, tawakal, dan usaha.

Mengingat Peristiwa Sejarah:

Ia adalah simbolik kepada pencarian air dan makanan yang dilakukan oleh Siti Hajar sehingga terbitnya air zam-zamBukti Kepatuhan: Melaksanakan perintah Allah S.W.T. sebagai ibadah mutlak untuk mendapatkan keredaan-Nya

Muzium Al Amoudi Muzium yang terletak di daerah El Shimeisi, sempadan Jeddah-Makkah. Museum Abu Bakr Al Amoudi, Kota Mak...
02/06/2026

Muzium Al Amoudi

Muzium yang terletak di daerah El Shimeisi, sempadan Jeddah-Makkah. Museum Abu Bakr Al Amoudi, Kota Makah antara lokasi disaran untuk dilawati sekiranya berpeluang ke Kota Mekah ini.

Muzium ini mempamerkan pameran peradaban masyarakat Arab daripada pelbagai daerah pada masa dahulu.

02/06/2026

Para Jemaah Umrah Wanita beratur untuk masuk ke Raudhah, Masjid Nabawi 🥰

Fadilat & Keistimewaan Raudhah:

❤️ Taman Syurga: Sabda Nabi SAW bermaksud, "Antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga."

❤️ Tempat Mustajab: Berdoa di ruang ini amat digalakkan kerana ia adalah antara lokasi yang paling makbul untuk memohon doa.

❤️ Mendapat Syafaat: Menziarahi Makam Rasulullah SAW dan bersolat di Raudhah mendekatkan diri kepada Baginda SAW, sekaligus meraih syafaat di akhirat kelak.

Menjalani ibadah umrah juga dapat memberi peluang untuk umat Islam melipatgandakan pahala dan ganjaran yang akan dapat d...
02/06/2026

Menjalani ibadah umrah juga dapat memberi peluang untuk umat Islam melipatgandakan pahala dan ganjaran yang akan dapat di akhirat kelak.

Umrah merupakan ibadah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ.

Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah duta Allah ﷻ. Apabila mereka meminta maka akan diberi. Apabila mereka berdoa, maka akan dikabulkan. Apabila mereka berinfak, maka akan diganti. Sungguh, demi Penguasa jiwa Abu Al-Qassim (Rasulullah), tidaklah seseorang membaca talbiyah dan bertakbir dengan penuh pengagungan melainkan semua yang berada di hadapannya pun bertalbiyah dan bertakbir dengan takbirnya, bahkan tanah (tempat berdiri).”
(HR Imam Al-Razi dan Ibnu Al-Jauzi)

Besarnya ganjaran haji dan umrah, sebagai tanda keredhaan dan kasih Allah kepada hamba-Nya.

02/06/2026

Ia sangat terkenal dalam kalangan jemaah umrah kerana rasanya yang enak serta dihiasi dengan kelopak bunga mawar segar di atasnya, menjadikannya pencuci mulut yang sangat menyegarkan di cuaca panas.

Lokasi Utama: Terletak di sekitar perkarangan Masjid Nabawi, lazimnya berdekatan dengan Gate 333 atau Gate 341. Kedudukannya juga ada kalanya berubah sedikit bergantung pada tapak premis berhampiran

Harga: Dijual pada harga sekitar SAR 10 (bersamaan lebih kurang RM12).

Masjid Quba di Madinah, Arab Saudi merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam. Terletak kira-kira 3 kilome...
02/06/2026

Masjid Quba di Madinah, Arab Saudi merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam.

Terletak kira-kira 3 kilometer dari tenggara Masjid Nabawi, ia dibina sendiri oleh Nabi Muhammad ﷺ bersama para sahabat pada tahun 622 Masihi

Umrah dapat meningkatkan kasih sayang kita terhadap Nabi Muhammad ﷺ kerana kita melakukan suatu perjalanan untuk mengiku...
02/06/2026

Umrah dapat meningkatkan kasih sayang kita terhadap Nabi Muhammad ﷺ kerana kita melakukan suatu perjalanan untuk mengikuti jejak baginda.

Melalui umrah, kita dapat berjalan di tempat-tempat yang pernah dituju oleh Rasulullah semasa kehidupan baginda.

Alhamdulillah.

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH EXSenai🗓 *TARIKH*: *2026*📌 15 DISEMBER 2026 - 29 DISEMBER 2026⏳Pakej *15 Hari 13 Malam* 🛫 FLIGH...
02/06/2026

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH
EXSenai

🗓 *TARIKH*:
*2026*
📌
15 DISEMBER 2026 - 29 DISEMBER 2026

⏳Pakej *15 Hari 13 Malam*
🛫 FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES*
(SENAI - JEDDAH, MEDINAH - SENAI)
🏩 HOTEL *MEKAH: KUNUZ / MARSA (280M+)* 7MALAM
🏩 HOTEL *MADINAH: ROSE HOLIDAY (150M)* 6MALAM

🍝 *SAJIAN MAKANAN: FULLBOARD HOTEL*
⏳ *TEMPOH: 15H 13M*
🧾 *VISA TOURIST*

📌 *ZIARAH MEKAH 2x*
📌 *ZIARAH MADINAH 1x*
📌 *ZIARAH BADAR (FREE)*
📌 *1 MALAM TAIF*
📌 *KURSUS UMRAH PERCUMA*
📌 *BEG DAN BUKU PANDUAN PERCUMA*
📌 *FREE AIR ZAM ZAM*

Jika Haji/Hajah berminat boleh hubungi kami di talian tertera.
HQ : 07-2370585
WHATSAPP : http://wa.me/60177562731

Address

Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah bersama Cahaya Laila 017-746 2731 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category