Kg Pantai Sabak Kelantan

Call Contact the business

Kg Pantai Sabak Kelantan Pantai Sabak, sebuah perkampungan nelayan yang terletak 12 km dari Pusat Bandar, Kota Bharu. Semoga legasinya kekal sepanjang zaman.

Satu-satunya perkampungan nelayan yang masih menggunakan perahu tradisi kolek untuk menangkap ikan di Laut. Pantai sabak merupakan sebuah pantai yang terletak 18Km dari Kota Bharu. Pantai Sabak menjadi terkenal kerana pada tanggal 08.12.1941, tentera Jepun telah melakukan pendaratan yang pertamanya dalam misi 'Asia Untuk Asia'. Kedatangan tentera Jepun seramai 5600 orang dibawah pimpinan General Takumi ini menjadi titik permulaan kepada kemasukan ribuan lagi tentera negara matahari terbit itu ke Tanah Melayu. Kedatangan tentera Jepun menandakan kelemahan kuasa British di Tanah Melayu dan menjadi suntikan semangat yang mendorong penduduk Tanah Melayu bangun berjuang menentang penjajahan.Pantai Sabak dikenali pada suatu masa dulu kerana menjalankan kegiatan perikanan secara tradisional. Nelayan-nelayan disini pada masa dahulu ke laut dengan menaiki bot-bot kecil dan menggunakan enjin yang berkuasa rendah. Uniknya nelayan di Pantai Sabak ini berbanding nelayan di tempat lain ialah mereka mewarnakan dan mengecat perahu mereka dengan ukiran-ukiran yang menarik dan menamakan perahu mereka dengan pelbagai ragam nama. Biasanya, nelayan di Pantai Sabak akan turun selepas subuh atau kadang-kadang sebelum subuh untuk ke laut. Bila petang, isteri-isteri dan anak-anak kecil akan menunggu kep**angan mereka. Jikalau hari ribut, semua pasti akan berada dalam kerisauan mengenangkan nyawa nelayan di laut yang sedang bertarung dengan bahaya. Bila sampai sahaja di darat, ikan-ikan yang ditangkap akan diusung terlebih dahulu ke pantai dan dikerumuni oleh peraih atau pembeli. Kemudian, perahu-perahu nelayan Pantai Sabak akan ditarik naik ke pantai dan dilapik dengan galang (kayu yang berbentuk bulat, perahu bergolek di atasnya). Kemudian buluh diikat pada atas perahu dan ditolak beramai-ramai. Waktu itu, suasana cukup hingar bingar tetapi ianya menyeronokkan dan sungguh noslagic. Waktu aku kecil, aku selalu menyibuk semasa orang-orang dewasa menolak perahu. Jika tidak ke laut (hari Jumaat), nelayan Pantai Sabak akan beramai-ramai duduk di atas wakaf dan menjahit pukat sambil berborak-borak. Pantai Sabak yang dahulunya antara tercantik di Kelantan sudah tiada lagi. Ianya sudah berbatu-batu dimamah ombak. Kini yang tinggal hanyalah pantai yang sudah ditambak dengan batu. Sekarang, perahu tidak lagi ditarik ke pantai tetapi diparking di dalam tali air buatan manusia. Tiada lagi pantai untuk kanak-kanak bermain, menangkap ketam atau mandi manda. walau apa jua keadaan geografi dan fizikalnya, Pantai Sabak tetap menjadi kampung halaman yang aku sentiasa ingati dan rindui. Bagi sesiapa yang ada memiliki gambar-gambar lama Pantai Sabak, sila email kan di [email protected] agar dapat diuploadkan di sini untuk kenangan dan tatapan bersama.

01/09/2026

1/9/2026 ......Kredit kepada Owner TikTok : hafizhusain5

Makluman !!!!!!!!
25/08/2026

Makluman !!!!!!!!

PAK DO ABAS DAN TOK HUSSIN JANGGUT - PEMAJAK TELUR PENYU DI PANTAI SABAKBagi generasi hari ini, mungkin sukar membayangk...
25/08/2026

PAK DO ABAS DAN TOK HUSSIN JANGGUT - PEMAJAK TELUR PENYU DI PANTAI SABAK

Bagi generasi hari ini, mungkin sukar membayangkan penyu pernah naik dan bertelur di Pantai Sabak, Kelantan. Pantai yang kita lihat sekarang sudah banyak berubah akibat hakisan dan sebahagiannya dipenuhi benteng batu.

Namun bagi orang-orang lama Kampung Pantai Sabak, cerita penyu bukan sesuatu yang asing.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, suatu ketika dahulu penyu memang pernah naik ke Pantai Sabak untuk bertelur. Malah, terdapat individu yang dikenali sebagai “pemajak telur penyu” di Pantai Sabak.

🐢 APA MAKSUD “PEMAJAK TELUR PENYU”?

Pada zaman dahulu, telur penyu mempunyai nilai ekonomi. Di Kelantan memang terdapat sejarah pengawalan pengambilan telur penyu melalui sistem lesen atau kontrak. Individu yang memperoleh hak mengutip telur di sesuatu kawasan pantai dikenali masyarakat sebagai pemajak telur penyu.

Kajian mengenai industri penyu di Malaysia merekodkan sebuah hatcheri Penyu terdapat di Dalam Rhu, Semerak, Kelantan yang bermula pada 1964.

Telur penyu yang dikutip oleh pemajak-pemajak berlesen kemudiannya dibeli oleh Jabatan Perikanan untuk dipindahkan dan ditanam semula di kawasan hatcheri supaya anak-anak penyu dapat menetas. Selepas menetas, anak-anak penyu tersebut akan dilepaskan kembali ke dalam laut.

Berdasarkan ingatan dan cerita yang masih diwarisi penduduk Pantai Sabak, kawasan kutipan dikaitkan dengan dua bahagian yang disebut oleh masyarakat tempatan sebagai :

“Alik Naik” dan “Alik Jatuh”.

Antara nama Pemajak yang masih disebut ialah:

Alik Naik — Arwah Pak Do Abas
( Tok Tuo - Mek Yah Pok No)

Alik Jatuh — Arwah Tok Hussin Janggut

Ini bukan sekadar cerita masyarakat.

Kelantan mempunyai sejarah undang-undang berkaitan penyu yang sangat lama. Rekod SEAFDEC menyenaraikan Turtles and Turtle Eggs 1932, yang dipinda pada 1935, diikuti Fisheries (Turtles and Turtles' Eggs) Rules 1978.

Peraturan Kelantan 1978 juga diketahui membenarkan pengutipan telur melalui sistem berlesen.
Maknanya, istilah orang tua kita seperti “pajak telur penyu” memang mempunyai konteks sejarah yang nyata.

Hari ini, keadaan Pantai Sabak sudah jauh berbeza. Hakisan selama berpuluh-puluh tahun telah mengubah garis pantainya. Kawasan berpasir yang pernah dikenali generasi terdahulu semakin hilang dan sebahagiannya digantikan dengan benteng batu bagi menahan hakisan. 🐢🌊

Sumber & rujukan:

• SEAFDEC / Jabatan Perikanan Malaysia — laporan teknikal berkaitan pengurusan dan konservasi penyu di Malaysia.

• Rekod sejarah perundangan dan pengurusan telur penyu di Kelantan.

• Jabatan Perikanan Malaysia — Perangkaan Perikanan Tahunan.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Atas usaha pemajak-pemajak inilah kitaran kehidupan penyu dapat diselamatkan .

Al-Fatihah ....

Harap dio naik bertelur balik di Pantai Sabak , seperti dulu.....
24/08/2026

Harap dio naik bertelur balik di Pantai Sabak , seperti dulu.....

Tong sampah baru di Pantai Sabak. Lokasi : Jalan pantai, selepas kedai mee celup Kak Pah...
24/08/2026

Tong sampah baru di Pantai Sabak. Lokasi : Jalan pantai, selepas kedai mee celup Kak Pah...

🇲🇾 “ASKAR PUNJAB” DI PANTAI SABAK — SIAPA MEREKA SEBENARNYA?Selamat menyambut bulan Ogos, bulan Kemerdekaan negara.Apabi...
22/08/2026

🇲🇾 “ASKAR PUNJAB” DI PANTAI SABAK — SIAPA MEREKA SEBENARNYA?

Selamat menyambut bulan Ogos, bulan Kemerdekaan negara.

Apabila orang-orang lama di sekitar Pantai Sabak dan Badang, Kelantan bercerita tentang serangan Jepun pada tahun 1941, kadang-kadang kita mendengar istilah “askar Punjab” atau sebutan tempatan yang hampir sama.

Tetapi siapakah mereka sebenarnya?

Mereka bukan tentera upahan. Mereka merupakan anggota British Indian Army, iaitu angkatan tentera India di bawah pemerintahan British ketika itu. Pasukan India membentuk sebahagian besar kekuatan tentera British yang mempertahankan Tanah Melayu apabila Jepun menyerang pada Disember 1941.

Namun ada satu perkara penting yang perlu diperbetulkan.

👉 Tentera yang berada di barisan pertahanan pantai Sabak–Badang ketika pendaratan pertama Jepun bukan semuanya orang Punjab.

Pasukan utama yang menjaga kawasan pantai tersebut ialah 3rd Battalion, 17th Dogra Regiment (3/17 Dogra), di bawah pimpinan Lt. Col. George Alan Preston. Mereka merupakan sebahagian daripada 8th Indian Infantry Brigade, 9th Indian Division.

Pada malam 7 Disember menuju awal pagi 8 Disember 1941, kapal-kapal Jepun muncul di luar pantai Kelantan. Tidak lama kemudian, bot-bot pendaratan mula membawa tentera Jepun menuju kawasan Sabak–Badang.

Di sinilah askar Dogra berhadapan secara langsung dengan gelombang pertama tentera Jepun.

Mengapa masyarakat tempatan mengenali mereka sebagai “ASKAR PUNJAB”?

Kemungkinan besar istilah itu digunakan secara umum oleh masyarakat dahulu untuk merujuk kepada tentera India yang berkhidmat bersama British. Hakikatnya, British Indian Army terdiri daripada pelbagai komuniti dan rejimen — termasuk Dogra, Sikh, Punjabi, Baluch, Garhwal dan lain-lain.

Sebab itu, apabila kita menyebut sejarah Pantai Sabak dengan lebih tepat, pasukan yang paling penting untuk disebut ialah:

3/17th Dogra Regiment — antara tentera yang berada di barisan hadapan ketika Jepun mendarat di kawasan Sabak–Badang.

Mereka bukan berasal dari Kelantan, tetapi pada awal pagi 8 Disember 1941, mereka berada di dalam kubu-kubu pertahanan di pantai dan menjadi antara pasukan pertama tentera Komanwel yang bertempur dengan tentera Jepun dalam Pertempuran Kota Bharu.

Hari ini, apabila kita melihat pillbox lama yang masih ada di sekitar pantai Kelantan, ia bukan sekadar bongkah konkrit.

Di situlah pernah berdiri manusia sebenar — menunggu dalam kegelapan, sementara bot-bot tentera Jepun semakin hampir dari Laut China Selatan.

📚 SUMBER RUJUKAN

• A.E. Percival, The War in Malaya — laporan mengenai kempen Malaya.
• Australian War Memorial, Australia in the War of 1939–1945: The Japanese Thrust — catatan Pertempuran Kota Bharu dan tindakan 8th Indian Brigade.
• The Army Medical Services: Campaigns, Volume II — catatan rasmi mengenai pendaratan di Badang–Sabak dan kedudukan 3/17 Dogra.
• Order of Battle, Malaya Command, 8 Disember 1941 — susunan 8th Indian Infantry Brigade.
• Kajian sejarah mengenai Pertempuran Kota Bharu dan pertahanan 3/17 Dogra di Pantai Sabak–Badang.

Hari : Jumaat Tarikh : 21/8/2026Tempat : Masjid Mukim Sabak
21/08/2026

Hari : Jumaat
Tarikh : 21/8/2026
Tempat : Masjid Mukim Sabak

🇲🇾 JOM SERTAI SENAM SIHAT  MERDEKA 2026! 🇲🇾Ayuh kita meriahkan program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 bersama NADI! 💪🎉📅...
20/08/2026

🇲🇾 JOM SERTAI SENAM SIHAT MERDEKA 2026! 🇲🇾

Ayuh kita meriahkan program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 bersama NADI! 💪🎉

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 NADI Kampung Pantai Sabak

❤️ Senam bersama, hidup lebih sihat!
🤝 Eratkan silaturahim & perpaduan
🇲🇾 Meriahkan semangat Merdeka bersama-sama!

🍽️ Makanan disediakan untuk semua peserta!

🚨 TERHAD KEPADA 50 PESERTA SAHAJA!
⚡ Tempat adalah terhad — siapa cepat, dia dapat!

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan program ini dan menjadi sebahagian daripada rekod Malaysian Book of Records! 🏆🇲🇾

Jom ramai-ramai turun padang!
Sihat, Gembira, Bersama! 💙

📞 Untuk maklumat lanjut: 012-6132549

PENGGUNAAN PETA TOPOGRAFI, DI SEBALIK SERANGAN JEPUN KE PANTAI SABAK.Selamat menyambut bulan Ogos, bulan kemerdekaan neg...
18/08/2026

PENGGUNAAN PETA TOPOGRAFI, DI SEBALIK SERANGAN JEPUN KE PANTAI SABAK.

Selamat menyambut bulan Ogos, bulan kemerdekaan negara.

Pernahkah anda terfikir, **bagaimana tentera Jepun tahu arah dan kedudukan penting di Kelantan ketika mendarat pada 8 Disember 1941? **

Ketika itu belum ada GPS, apatah lagi Google Maps. Namun ilmu pemetaan dan navigasi ketenteraan sebenarnya sudah sangat maju.

# # JEPUN SUDAH MEMETAKAN KOTA BHARU

Satu rekod yang sangat menarik menyebut:

**“Japanese Military Map of KOTA BHARU and Vicinity — Issued in October 1941.”**

Maknanya, **peta tentera Jepun mengenai Kota Bharu dan kawasan sekitarnya sudah wujud sekurang-kurangnya beberapa minggu sebelum serangan Disember 1941.**

Ini penting kerana kawasan pendaratan **Kuala Pak Amat–Pantai Sabak** bukan dipilih secara membuta tuli.

Dalam operasi ketenteraan, peta membantu pegawai mengenal pasti pantai, sungai, jalan, kampung, lapangan terbang serta jarak antara satu lokasi dengan lokasi yang lain.

Jepun juga mempunyai peta topografi Malaya. Koleksi Kyoto University, misalnya, mempunyai simpanan siri **Japanese Army Map Service berskala 1:50,000** bagi Malaya.

Pada skala ini:

**1 cm pada peta = 500 meter di bumi.**

Cukup terperinci untuk merancang pergerakan tentera.

# # TANPA GPS, BAGAIMANA MEREKA BERGERAK?

Pegawai tentera menggunakan gabungan:

**Peta + kompas + arah/bearing + tanda muka bumi.**

Mereka melihat sungai, jalan, kampung atau persimpangan di hadapan, kemudian memadankannya dengan peta.

Sebab itulah kemahiran membaca peta sangat penting dalam ketenteraan ketika itu.

Bagi serangan Kota Bharu p**a, Pantai Sabak hanyalah **pintu masuk**.

Secara mudah, perancangannya boleh dibayangkan begini:

**Laut China Selatan**
⬇️
**Kuala Pak Amat / Pantai Sabak**
⬇️
**Menembusi pertahanan pantai**
⬇️
**Bergerak ke pedalaman**
⬇️
**Lapangan Terbang Kota Bharu**

Jadi sebelum senapang ditembak dan sebelum askar turun daripada bot pendaratan, satu perkara sudah memainkan peranan penting:

**maklumat geografi.**

Dan antara “senjata” terpenting untuk menyusun maklumat itu ialah...Sekeping PETA

Bagi saya, kisah peta ini menjadikan sejarah serangan Jepun ke Kelantan lebih menarik.

Kita selalu melihat peperangan melalui senapang, meriam, kapal dan pesawat.

Tetapi sebelum semua itu bergerak, ada orang yang duduk di sebuah meja.

Di hadapannya terbentang sekeping peta.

Dia mengukur jarak.

Dia melihat sungai.

Dia mencari jalan.

Dia menandakan lapangan terbang.

Dia menentukan pantai.

Dan beberapa minggu kemudian, tempat-tempat yang sebelum itu hanyalah garisan dan simbol di atas kertas menjadi medan perang sebenar.

Pada awal pagi 8 Disember 1941, kawasan Pantai Sabak dan Kuala Pak Amat tidak lagi sekadar nama di atas peta.

Di situlah bermulanya satu episod besar Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

Dan semakin kita mencari peta-peta lama ini, semakin kita dapat melihat bahawa serangan tersebut bukan dilakukan secara membuta tuli.

Sebelum tentera bergerak, maklumat bergerak terlebih dahulu.

Dan salah satu bentuk maklumat yang paling penting ketika itu ialah...

sekeping peta.

# # # 📚 SUMBER RUJUKAN

1. **Allied Translator and Interpreter Section (ATIS), *Japan's Decision to Fight*** — rekod *“Japanese Military Map of Kota Bharu and Vicinity, October 1941.”*
2. **CSEAS, Kyoto University** — koleksi *Malaya, Japanese Army Map Service, Topographic Map, 1:50,000, 1941–1943*.
3. **Gaihozu Digital Archives, Tohoku University** — koleksi dan penerangan peta ketenteraan Jepun bagi wilayah luar Jepun.

Tarikh    :  18/8/2026Tempat  :  Surau Haji Ali, Pantai SabakMasa     :   9.00 Pagi
16/08/2026

Tarikh : 18/8/2026
Tempat : Surau Haji Ali, Pantai Sabak
Masa : 9.00 Pagi

Address

Kampong Pulau Gajah

Telephone

+601137560124

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kg Pantai Sabak Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kg Pantai Sabak Kelantan:

Shortcuts

Share