Quntum Travel&Tours

Call Contact the business

Quntum Travel&Tours PENERAJU PERKHIDMATAN PELANCONGAN ISLAMIK BERLESEN KPL/LN 10584 Inspirasi Dunia Hijab

Gambar ni kiriman jemaah kamisebelum perpisahan sementara penamat trip di KLIA, akrab jadi keluarga dalam satu tiket per...
20/09/2026

Gambar ni kiriman jemaah kami
sebelum perpisahan sementara penamat trip di KLIA, akrab jadi keluarga dalam satu tiket permusafiran

merajuk, nak makan, penat, sakit kaki, degil. Lepas tu masing-masing lap airmata sebelum berpisah,
semua di sulam dalam satu memory bersama Peranan MAK oleh petugas Pengikat semua emosi

Terima kasih bersama kami
menjadikan kami sebahagian dalam lipatan kenangan. Bukan yang terbaik atau sempurna, sebab sempurna milik Allah

Semoga semua ilmu kehidupan sepanjang permusafiran menjadi tambatan ikatan kekal istiqmah dalam ibadat

sayang semua ๐Ÿ’œ

Niat pakcik kali ni pergi umrahdapat ziarah maqam..gambar ni la nanti jadi kenangan nak cerita kat cucu Nikmat ni mungki...
18/09/2026

Niat pakcik kali ni pergi umrah
dapat ziarah maqam..
gambar ni la nanti jadi kenangan nak cerita kat cucu

Nikmat ni mungkin sekali
tapi rindu tu dan asbab doa , boleh jadi perantara di panggil berkali-kali pada waktu dan kadar yang menjadi kalam rahsia

Pokoknya , jangan berhenti berdoa

17/09/2026
Telaga Aris (Biโ€™r Aris), juga dikenali sebagai Telaga Cincin atau Biโ€™r al-Khatam, yang terletak berhampiran Masjid Quba,...
17/09/2026

Telaga Aris (Biโ€™r Aris), juga dikenali sebagai Telaga Cincin atau Biโ€™r al-Khatam, yang terletak berhampiran Masjid Quba, Madinah.

Kisah paling masyhur di sebalik telaga ini ialah Rasulullah ๏ทบ pernah duduk di tepinya sambil menjuntaikan kaki Baginda ke dalam telaga. Kemudian datang Abu Bakar, Umar dan Uthman ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…. Rasulullah ๏ทบ menyampaikan khabar gembira syurga kepada mereka, namun kepada Saidina Uthman turut disebut bahawa beliau akan menghadapi satu ujian besar.

Telaga ini dinamakan Telaga Cincin kerana cincin Rasulullah ๏ทบ yang kemudiannya dipakai oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman telah terjatuh ke dalamnya daripada tangan Saidina Uthman. Cincin itu dicari selama beberapa hari tetapi tidak ditemukan kembali. Kisah cincin tersebut disebut dalam hadis sahih.

Padang, Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ โ€” officially masuk dalam koleksi kenangan! โœˆ๏ธ๐Ÿ˜ŽDatang dengan niat nak bercuti dan menikmati suasana,...
17/09/2026

Padang, Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ โ€” officially masuk dalam koleksi kenangan! โœˆ๏ธ๐Ÿ˜Ž

Datang dengan niat nak bercuti dan menikmati suasana, balik p**a dengan galeri penuh gambar, perut kenyang dengan makanan sedap, dan kepala penuh dengan cerita untuk dibawa p**ang. ๐Ÿ˜‚๐Ÿœ๐Ÿ“ธ



Mutawif kata rehat sekejapโ€ฆSekali jemaah semua dah buka sesi fotografi! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ“ธBeginilah perjalanan bersama Quntum โ€” ibadah d...
16/09/2026

Mutawif kata rehat sekejapโ€ฆ

Sekali jemaah semua dah buka sesi fotografi! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ“ธ

Beginilah perjalanan bersama Quntum โ€” ibadah dibimbing, kebajikan dijaga, gelak ketawa pun ada. Yang penting, bila mutawif kata โ€œkita bergerakโ€, jangan ada yang masih memilih gambar nak masuk status! ๐Ÿ˜†

Kenangan indah bersama tetamu Allah. ๐Ÿค

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026Bersatu dalam kepelbagaian,melangkah bersama demi sebuah Malaysia yang lebih harmoni. โค๏ธSem...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

Bersatu dalam kepelbagaian,
melangkah bersama demi sebuah Malaysia yang lebih harmoni. โค๏ธ

Semoga tanah air tercinta terus aman, makmur dan diberkati, serta sentiasa menjadi tempat yang kita banggakan untuk p**ang.

Selamat Hari Malaysia!
Daripada kami, Quntum Travel & Tours ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

15/09/2026

AL-FATIHAH DAN KELEBIHANNYA

Membaca Surah Al-Fatihah adalah satu bentuk dialog dan munajat langsung antara hamba dengan Allah SWT yang mengandungi kelebihan besar serta dibalas dengan jawapan daripada Allah berdasarkan Hadis Sahih Muslim.

Kelebihan Utama Surah Al-Fatihah

1. Ummul Quran: Menjadi ibu segala isi kandungan Al-Quran dan rukun solat yang menentukan sah atau tidak solat seseorang.

2. Penawar dan Cahaya (Nur): Merupakan cahaya (nur) yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW serta penawar bagi rohani dan jasmani.

3. Doa yang Mustajab: Menjadi asas permohonan petunjuk dan perlindungan yang paling sempurna dalam kehidupan.

::

Jawapan Allah SWT Setiap Ayat Al-Fatihah

Berdasarkan Hadis Qudsi (Riwayat Muslim no. 395), Allah SWT membahagikan solat (Al-Fatihah) antara diri-Nya dan hamba-Nya. Setiap kali kita membaca sepotong ayat, Allah SWT membalasnya dengan firman berikut:

1. Hamba membaca:
ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†
(Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam).

Jawapan Allah:
"Hamba-Ku telah memuji-Ku."

2. Hamba membaca:
ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…
(Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani).

Jawapan Allah:
"Hamba-Ku telah menyanjung-Ku."

3. Hamba membaca:
ู…ูŽุงู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุฏู‘ููŠู†
(Yang Menguasai pembalasan hari akhirat).

Jawapan Allah:
"Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku" (atau "Hamba-Ku telah menyerahkan urusan kepada-Ku").

4. Hamba membaca:
ุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ูˆูŽุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู†
(Kepada-kamilah kami menyembah dan kepada-kamilah kami memohon pertolongan).

Jawapan Allah:
"Ini adalah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta."

5. Hamba membaca:
ุงู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตู‘ูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู… * ุตูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุถููˆุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ุถู‘ูŽุงู„ู‘ููŠู†ูŽ
(Tunjukilah kami jalan yang lurus...)

Jawapan Allah:
"Ini adalah khusus untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia pinta."

Address

Kluang

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+601135529877

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Quntum Travel&Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Quntum Travel&Tours:

Shortcuts

Share

Category