My Kelantanese - Tourism

My Kelantanese - Tourism Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from My Kelantanese - Tourism, Kota Bharu.

17/08/2026

Wow.. Sekarang korang boleh pusing Sg Kelantan dari Kg Laut Tumpat ke Jambatan Sultan Yahya Petra hanya RM8. Trip Ronda Sungai Kelantan.
Info lanjut rujuk komen šŸ˜

Tambahan Pingat Emas dari Kem Olahraga untuk Kontinjen Kelantan ā€¼ļøAtlet Lompat Jauh Wanita Alia Batrisha berjaya sumbang...
16/08/2026

Tambahan Pingat Emas dari Kem Olahraga untuk Kontinjen Kelantan ā€¼ļø

Atlet Lompat Jauh Wanita Alia Batrisha berjaya sumbang pingat ke empat Kontinjen Kelantan.

Tahniah dan Syabas diucapan.

Kredit Info FB: Majlis Sukan Negeri Kelantan

Tok Bali makin maju sejak adanya Jeti Tok Bali ke Pulau Perhentian āœ…Pelancong turun di Airport KB terus ke Tok Bali šŸ”„Sap...
16/08/2026

Tok Bali makin maju sejak adanya Jeti Tok Bali ke Pulau Perhentian āœ…
Pelancong turun di Airport KB terus ke Tok Bali šŸ”„

Sape dah cuba naik Jeti Tok Bali ?

[KOTA BHARU]ECRL Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, KelantanKredit : Fawwaz Media
15/08/2026

[KOTA BHARU]

ECRL Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan

Kredit : Fawwaz Media

TUMPATRamai orang Tumpat sendiri mungkin tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu Kelantan pernah mempunyai dua pelabuhan y...
06/08/2026

TUMPAT

Ramai orang Tumpat sendiri mungkin tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu Kelantan pernah mempunyai dua pelabuhan yang sangat sibuk, iaitu (Pelabuhan Palekbang- Kota Bharu) dan (Pelabuhan Tumpat).

Sehingga hari ini, masih terdapat sisa-sisa peninggalan yang menjadi saksi kegemilangan pelabuhan-pelabuhan tersebut, yang pernah menjadi nadi perdagangan dan pengangkutan di Kelantan.

Pelabuhan Palekbang, yang terletak di Kampung Sungai Nyior, berfungsi sebagai pelabuhan utama bagi Kota Bharu. Kawasan ini menjadi pilihan kapal-kapal untuk berlabuh kerana mempunyai laluan air yang lebih dalam berbanding tebing Sungai Kelantan di sebelah Kota Bharu. Oleh sebab itu, kapal-kapal bersaiz besar sukar untuk berlabuh di kawasan Tambatan Diraja.

Manakala Pelabuhan Tumpat p**a memainkan peranan penting sebagai pintu masuk perdagangan dan pengangkutan di utara Kelantan, selain menjadi penghubung dengan kawasan berhampiran termasuk Siam (Thailand) pada suatu ketika dahulu.

Sejarah ini membuktikan bahawa Kelantan pernah memiliki rangkaian pelabuhan yang aktif dan penting dalam perkembangan ekonomi negeri. Tinggalan yang masih wujud hari ini menjadi warisan berharga yang mengingatkan kita kepada kegemilangan tersebut.

Kredit. : Amrie Ist

Fuh... lawa teruk dalam dan luar ECRL Tunjong Kota Bharu ni .. Tak silap awal tahun depan dah boleh naik.. Cuma tiket ta...
04/08/2026

Fuh... lawa teruk dalam dan luar ECRL Tunjong Kota Bharu ni ..
Tak silap awal tahun depan dah boleh naik..
Cuma tiket tak pasti berapa tambang..

Tgk gambar lagi tekan di komen..

Kredit Foto: Kelate Media

Masyarakat Melayu Kelantan merupakan salah satu subetnik Melayu tertua di Semenanjung Malaysia memandangkan sejarah pene...
04/08/2026

Masyarakat Melayu Kelantan merupakan salah satu subetnik Melayu tertua di Semenanjung Malaysia memandangkan sejarah penempatannya dikatakan telah bermula sejak 60,000 tahun yang lalu. Berdasarkan kajian genetik, mereka dikatakan memiliki profil DNA yang sangat stabil dan tulen. Selain itu, mereka dikaitkan sebagai antara penghuni terawal yang mewarisi keturunan prasejarah di rantau ini. Identiti mereka bukan sahaja dibentuk oleh faktor geografi yang bersempadan dengan Thailand tetapi juga oleh warisan kerajaan purba seperti Langkasuka yang pernah menjadi pusat tamadun di utara tanah air.

Keunikan Melayu Kelantan dapat dilihat jelas melalui dialek "Baso Kelate" yang mempunyai struktur sebutan dan kosa kata yang jauh berbeza daripada bahasa Melayu standard. Dialek ini bukan sahaja alat komunikasi, sebaliknya menjadi simbol penyatuan komuniti yang melangkaui sempadan negeri hingga ke Besut, Terengganu dan wilayah Selatan Thailand. Tambahan p**a, mereka juga terkenal dengan kepelbagaian seni tradisional seperti Dikir Barat, Wayang Kulit, dan Mak Yong yang masih dipelihara sebagai lambang keagungan budaya dan jati diri anak watan yang tidak lekang dek zaman.

Dari sudut sosiobudaya, keperibadian Melayu Kelantan sering dikaitkan dengan semangat keusahawanan yang tinggi serta keramahan yang tiada galang gantinya. Kepelbagaian pada makanan seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, dan kuih-muih tradisional yang kaya dengan rasa manis dan berlemak mencerminkan kreativiti masyarakatnya dalam mengolah sumber alam. Keharmonian hidup yang menggabungkan elemen kepercayaan agama yang mendalam dengan adat resam turun-temurun menjadikan sub-etnik ini sebuah entiti yang sangat berwarna-warni dalam naratif kepelbagaian bangsa Malaysia.

Kredit Info FB: JAGAT IMPAK

*JETI TOK BALI KINI DIBUKA*Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jeti Tok Bali kini dibuka secara rasmi kepada orang ram...
28/07/2026

*JETI TOK BALI KINI DIBUKA*
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jeti Tok Bali kini dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula 24 Julai 2026 (Jumaat).

Orang ramai kini boleh mendapatkan perkhidmatan bot ke Pulau Perhentian melalui Jeti Tok Bali yang dikendalikan oleh Nasrom Travel & Tours Sdn. Bhd.

Perkhidmatan Disediakan:

• Tiket Bot ke Pulau Perhentian
• Private Boat Charter
• Tempahan Individu & Berkump**an
• Pakej Percutian
• Corporate & Group Trip Parking Kenderaan gated & selamat dibawah pengawasan cctv

Promosi Pembukaan

Tambang Bot Bermula RM90 Dua hala

Kami mengalu-alukan kehadiran semua pelancong tempatan dan antarabangsa serta menjemput hotel, resort, homestay dan ejen pelancongan untuk bekerjasama sebagai rakan strategik dalam mempromosikan Jeti Tok Bali sebagai pintu masuk utama ke Pulau Perhentian.

Tempahan & Pertanyaan

šŸ“ž +60 12 969 7178

Nasrom Travel & Tours Sdn. Bhd.
Operator – Jeti Tok Bali

ā€œJeti Tok Bali – Jeti Mesra Pelancong.ā€

Kredit Info FB: Syazwani Halim

Kedai legend dalam pasar Mache..Tempat sy beli rempah gulai dalam pasar Mache… royat je nk gulai gapo ke uncle ni..dia a...
18/04/2026

Kedai legend dalam pasar Mache..

Tempat sy beli rempah gulai dalam pasar Mache… royat je nk gulai gapo ke uncle ni..dia akan mix rempah2 tu semua…siap ajar cara masak lg.. terbaik la…

Hari ni g oyat nok beli rempah gulai ayam untk kuah roti jala.. di terus buat campur2 semua rempah yg sesuai.. dan campuran tu sentiasa sedap ye.. tinggal air tangan orang yg masak p**a la untuk ejas lg bg sedap..

Tukang2 masak kampung meme kebanyakkan akn suggest beli rempah gulai timbang untk kenduri .. gulai darat, gulai kawah, gulai kerutuk, rempah dalca, rempah perap..

Gulai cara Kelantan xpernah mengecewakan.. beli rempah sikit2 untk masakan rumah pun boleh ye.. ada yg nak kirim rempah dari Kelantan boleh pm sy 🤭🤭🤭

Credit : suraya ismail

[KOTA BHARU]Selamat Datang PMX Dato Seri Anwar Ibrahim Ke KelantanšŸ“ Perasmian Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSI...
18/04/2026

[KOTA BHARU]

Selamat Datang PMX Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Kelantan

šŸ“ Perasmian Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang telah disempurnakan oleh YAB PMX, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke Siew F**k serta YAB Menteri Besar Kelantan bersama kepimpinan negeri dan Persekutuan.

Lapangan terbang yang dinaik taraf dengan kos sekitar RM440 juta ini tampil lebih moden, selesa dan berteknologi tinggi, dilengkapi kemudahan terkini bagi menampung peningkatan jumlah penumpang dan keperluan industri penerbangan masa hadapan.

✨ Manfaat besar kepada Kelantan:

* Meningkatkan aksesibiliti dan kesalinghubungan ke negeri Kelantan
* Merancakkan sektor pelancongan domestik & antarabangsa
* Memperkukuh aktiviti perdagangan, logistik dan pelaburan
* Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan
* Menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi wilayah Pantai Timur

šŸ’” Peranan Kerajaan Negeri ke hadapan:

* Memperkasa produk pelancongan berasaskan warisan, budaya dan ekopelancongan
* Menarik pelaburan strategik dalam sektor logistik, halal hub dan industri kecil & sederhana (IKS)
* Menambah baik infrastruktur sokongan seperti jalan raya, pengangkutan awam dan kemudahan pelancong
* Memperhebat promosi Kelantan sebagai destinasi unik di peringkat nasional dan antarabangsa
* Menggalakkan pembangunan usahawan tempatan & ekonomi komuniti

InsyaAllah, dengan sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, LTSIP akan menjadi gerbang utama kemajuan Kelantan serta membawa limpahan manfaat kepada seluruh rakyat.

Kelantan maju, rakyat sejahtera.

Kredit FB: Dr Hafidzah Mustakim

Address

Kota Bharu
15###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Kelantanese - Tourism posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share