Info Semasa Darulnaim

Info Semasa Darulnaim Info-info semasa dalam negeri Kelantan

25/09/2025

PEMASANGAN LAMPU JALAN SOLAR

Kerja-kerja pemasangan lampu jalan berkuasa solar sedang dijalankan di Laluan FT008, Seksyen 349.00 – 350.00 (LHS), Jalan Gua Musang – Kota Bharu (Bypass Kweng Hitam, Machang) oleh JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan JKR Elektrik Kelantan.

25/09/2025

Esok doh tu adik kakok pakat hadir beramai-ramai ke Dataran Kemahkotaan, Machang!

Tawaran pinjaman pelajaran YAKIN khusus utk pelajar yg melanjutkan pelajaran ke IPTA & KIAS!
25/09/2025

Tawaran pinjaman pelajaran YAKIN khusus utk pelajar yg melanjutkan pelajaran ke IPTA & KIAS!

[PAKAT SHARE]Malam esok terrr adik kakok, Jumaat malam Sabtu (23 September) mari ttemu mato dengan Abe Mus CEO Megah Hol...
25/09/2025

[PAKAT SHARE]

Malam esok terrr adik kakok, Jumaat malam Sabtu (23 September) mari ttemu mato dengan Abe Mus CEO Megah Holdings dan Isteri Kak Susan bele2 layan dikir 3,4 lagu bersama 2 beradik Amran dan Arman DBA.

Di mana? Di Dataran Kemahkotaan Machang jam 8.00 malam.

~UPKN

24/09/2025

Cuti Hari Keputeraan pada 29&30 September bagi negeri Kelantan

24/09/2025

Bermula 30 September 2025 rakyat Malaysia perlu guna IC utk beli petrol kalau nk dapatkan harga subsidi RM1.99/L.
Meh tonton video ni untuk lebih jelas.

MDTM MUSNAHKAN ROKOK ELEKTRONIK HASIL SITAANTANAH MERAH, 24 September – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) melaksanakan pr...
24/09/2025

MDTM MUSNAHKAN ROKOK ELEKTRONIK HASIL SITAAN
TANAH MERAH, 24 September – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) melaksanakan proses pemusnahan rokok elektronik (v**e) yang dirampas hasil operasi penguatkuasaan di sekitar kawasan pentadbirannya, semalam.

Proses tersebut disaksikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Panau,YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood bersama Ahli-Ahli Majlis MDTM, wakil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Setiausaha serta pegawai-pegawai MDTM.

Yang Dipertua MDTM Wan Ahmad Suwaidi Zainal Abidin berkata larangan penjualan rokok elektronik di Kelantan telah dikuatkuasakan sejak 2015, namun masih terdapat pihak yang cuba melanggar peraturan tersebut.

“MDTM akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi. Peniaga diminta menghentikan segera aktiviti penjualan cecair v**e dan peranti rokok elektronik. Operasi penguatkuasaan terhadap larangan ini akan dilaksanakan secara berterusan di daerah Tanah Merah,” tegasnya menerusi satu kenyataan di laman rasmi MDTM.

Beliau turut mengingatkan masyarakat serta pemilik premis agar sentiasa mematuhi undang-undang negeri demi kesejahteraan bersama.

Sumber: UPKN

24/09/2025

Pertabalan Tengku Mahkota Kelantan Sempena Perayaan Keputeraan Ke-50

KELANTAN PERKENAL TAPAK MOTORHOME, TARIK PELANCONG DAN SOKONG PERNIAGAAN TEMPATANKelantan kini melangkah setapak ke hada...
23/09/2025

KELANTAN PERKENAL TAPAK MOTORHOME, TARIK PELANCONG DAN SOKONG PERNIAGAAN TEMPATAN
Kelantan kini melangkah setapak ke hadapan dalam segmen pelancongan rekreasi dengan memperkenalkan beberapa tapak khas motorhome dan karavan, sekali gus menjadikan negeri ini destinasi baharu bagi peminat kembara jalan raya.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamaruddin Md Nor berkata tiga lokasi utama telah dikenal pasti iaitu Gunung Reng di Jeli, Jeram Mengaji di Pasir Puteh dan Pantai Kemasin di Bachok.
“Tapak ini dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan tandas bagi memberi keselesaan kepada pengunjung. Gunung Reng mampu menampung 80 motorhome, Jeram Mengaji 120, manakala Pantai Kemasin lebih 300 kenderaan rekreasi,” katanya selepas merasmikan pembukaan semula Pasar Pelancongan Pengkalan Datu, semalam.
Beliau menegaskan bahawa penyediaan tapak tersebut mampu menarik kedatangan pelancong serta memberi ruang kepada usahawan tempatan memasarkan produk dan makanan tradisional, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu.
Menurutnya lagi, fenomena motorhome di Kelantan semakin rancak selepas Pesta Rakyat Gunung Reng hujung minggu lalu yang menarik penyertaan 47 motorhome. Sejak itu, aktiviti konvoi dan percutian berkumpulan kenderaan rekreasi semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.
“Penganjur acara kini menekankan elemen budaya dalam program rasmi, swasta dan komuniti. Langkah ini bukan sahaja memartabatkan identiti Kelantan, malah memberi nilai tambah kepada produk pelancongan negeri,” ujar Datuk Kamaruddin.
Beliau juga yakin melalui penyediaan tapak motorhome yang lebih sistematik, Kelantan dijangka muncul sebagai hub baharu pelancongan rekreasi jalan raya, menggabungkan kembara motorhome, keindahan alam, dan warisan budaya yang unik di negeri ini.
“Selain keindahan alam semula jadi, Kelantan turut mengekalkan pesona budayanya. Dikir barat, silat, wau, mak yong, pakaian serta makanan tradisional terus dipersembahkan sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan negeri,” jelasnya.

Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Semasa Darulnaim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share