Kopi Camping

Kopi Camping The answer is alway coffee

🌿🌿🌿Prepared for the worstHope for the bestWhoever is reading this. Have a good day! ☀️
03/11/2022

🌿🌿🌿
Prepared for the worst
Hope for the best

Whoever is reading this. Have a good day! ☀️

🌿🌿🌿Never quit. And you never lose.Stay strong.
02/10/2022

🌿🌿🌿

Never quit. And you never lose.
Stay strong.

🌿🌿🌿Coffee Day Out ☕️Hari Belia Negara 2022Peringkat Kwsn Bukit Bintang Kuala Lumpur
25/09/2022

🌿🌿🌿
Coffee Day Out ☕️

Hari Belia Negara 2022
Peringkat Kwsn Bukit Bintang
Kuala Lumpur

Free bhai!
23/09/2022

Free bhai!

500 cup kopi Percuma !

Ayuh meriahkan Coffee Day Out Peminat Kopi bersempena hari sambutan belia negara kawasan Bukit Bintang pada 24.9.2022(Sabtu).

Jom belajar pouring coffee bersama saudara Razak dan brewing kopi menggunakan aeropress bersama saudara Rio Ramadhani. Selain itu, pengunjung juga boleh merasai seduhan mereka sepanjang sesi berlangsung secara percuma. (di booth Peminat Kopi)

Belian air kopi, beans dan cenderamata daripada vendor terlibat bersama meraikan coffee day out peminat kopi julung kalinya.

Selain itu ada juga jualan kopi espresso based, coldbrew, kopi tekan, kopi moctail, kopi oren, kopi gula melaka, frape dan juga jualan biji kopi. Yang pastinya luar daripada biasa tetapi masih mengekalkan konsep seduhan kopi sebenar.

Pengunjung dan belia juga diberi peluang untuk mendekati dan bersoaljawab bersama vendor yang terpilih ini bagi meluaskan pengetahuan kopi.

Vendor yang terlibat ada yang dari jauh dan berdekatan bukit bintang seperti pedalhaus(Temasik, Terengganu), Pondok Kopi 68 dan Literallykoffe (Ipoh,Perak), Garisan Kopi(KL), Kopi rumah(KL), Joe carter(KL), JDcoffee(KL), Kopi camping x Jatuh cinta brew (KL), dan aksaragayo sebagai pengendali bersama Peminat Kopi.

Diharapkan sokongan semua untuk memeriahkan event sulung Peminat Kopi.



🌿🌿🌿Hari Belia Negara 2022Coffee Day Out sempena Sambutan Hari Belia Negara 2022 Kawasan Bukit Bintang. Pelbagai acara me...
23/09/2022

🌿🌿🌿
Hari Belia Negara 2022

Coffee Day Out sempena Sambutan Hari Belia Negara 2022 Kawasan Bukit Bintang. Pelbagai acara menarik menanti anda.

COFFEE DAY OUT DI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Peminat Kopi.

Sukacita dimaklumkan bahawa grup Peminat Kopi telah menjadi rakan strategik untuk acara Coffee Day Out bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2022 peringkat kawasan Bukit Bintang pada Sabtu 24 September ini.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya :

• Sesi tasting Pour over coffee oleh Peminat Kopi (Razzak Ajjak)

• Sesi pengenalan aeropress oleh saudara Rio Ramadhani

• Jualan merchandise oleh Pedalhäus, Peminat Kopi & semua peniaga yang terlibat

• Jualan air kopi pelbagai method seduhan

• Jualan air kopi dan frape oleh JD Coffee

• Jualan air kopi mocktail dan mokapot oleh Jatuh cinta brew dan Kopi Camping

• Jualan air kopi espresso based oleh kopi rumah, Pedalhäus dan JD coffee

• Jualan kopi tekan menggunakan Flair oleh Pondok Kopi 68 dan Literally Kopie

• Jualan air kopi espresso menggunakan Flair 58 oleh Garisan Kopi

• Jualan air kopi cold brew oleh Joe Carter

• Jualan biji kopi siap panggang oleh Aksara Gayo & Kopi Camping

Belia juga boleh mendapatkan penerangan dan maklumat bagi memulakan perniagaan kopi dari setiap pengusaha.

Inisiatif pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara 2022 ini menggambarkan sokongan kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor swasta yang berterusan kepada golongan belia disamping mempersiapkan golongan belia untuk terus menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.

Ayuh sama-sama kita meriahkan HBN2022BB yang akan diadakan pada 24 September 2022, dari 7 pagi hingga 10 malam di MATIC Jalan Ampang.

Semua dijemput hadir.

Jumpa anda disana!

🌿🌿🌿Kopi Camping✖️Jatuh Cinta BrewPesta Kopi: By The Lake.10 & 11 September 202211AM - 8PMJoin us!
09/09/2022

🌿🌿🌿

Kopi Camping✖️Jatuh Cinta Brew

Pesta Kopi: By The Lake.

10 & 11 September 2022
11AM - 8PM

Join us!

Ini barang baek. Definisi kopi sebenar.
01/07/2022

Ini barang baek. Definisi kopi sebenar.

Pesta Kopi Extended KLJumaat, Sabtu dan Ahad1 hingga 3 Julai 2022Dengan tidak semena-mena, Kopi Camping muncul saat akhi...
27/06/2022

Pesta Kopi Extended KL
Jumaat, Sabtu dan Ahad
1 hingga 3 Julai 2022

Dengan tidak semena-mena, Kopi Camping muncul saat akhir menjelang bermulanya event Pesta Kopi hujung minggu ini. Featuring yang kini semakin dikenali sebaris dengan pemain kopi jalanan lain yang terkenal di Lembah Klang.

Kami bawakan sesuatu yang berbeza kali ini. Minuman kopi yang cukup unik dan satu-satunya di The Curve Mutiara Damansara. Masih kekal dengan kaedah brew secara manual dan pastinya biji kopi Aceh Gayo Burni Telong yang dipanggang istimewa segar oleh Kopi Camping.

Dengan tema tersendiri, kita mainkan sesuatu luar daripada norma kopi biasa.

Handcrafted Coffee Mocktail 🍹

Antara yang kami persembahkan nanti ialah:

✅ Dark & Delusion
✅ Dewi Malam
✅ Terlalu Rindu
✅ Coffee Orange
✅ Lemonade Coffee
✅ Aloha Margarita

Dengar namanya je pun dah rasa nak cuba kan?

Jangan lepaskan peluang untuk rasa sendiri bagaimana kami olah permainan kopi mocktail yang lazat dan padu, pastinya akan mengocak emosi dan deria rasa anda. Cuma kali ini, dibawakan khas untuk anda semua dan akan mengundang kejutan buat peminat kopi tempatan.

Cari kami di Booth 13A bahagian Centre Court (indoor). Jumpa anda di sana!

Terima kasih Pesta Kopi dan Tempatan Fest atas ruang dan peluang.








Address

109 Jalan Ampang
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kopi Camping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share