IKHLAS

IKHLAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKHLAS, Kuala Lumpur.
(15)

23/08/2026

Bukan sekadar bertemu, tetapi membina silaturahim. ๐Ÿค

Pada 22 Ogos (Sabtu), Ikhlas berkesempatan menjejakkan kaki ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, sempena program Sembang Santai di Masjid Jamek Kubang Ulu.

Dalam suasana yang penuh mesra, kami berkesempatan berkongsi ruang dan pendapat bersama M***i Negeri Pulau Pinang, SS Prof. Madya Datoโ€™ Dr. Mohd. Sukki bin Othman.

Terima kasih kepada seluruh warga Kubang Ulu atas sambutan dan kemesraan yang diberikan. Semoga pertemuan kecil ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kebaikan yang akan kita bina bersama. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ“ Masjid Jamek Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kadang-kadang kita ingat nak berubah kena buat perkara yang besar. Sedangkan perubahan diri juga boleh bermula daripada ...
21/08/2026

Kadang-kadang kita ingat nak berubah kena buat perkara yang besar. Sedangkan perubahan diri juga boleh bermula daripada perkara-perkara kecil yang kita biasakan dalam kehidupan seharian.

Sunnah bukan sekadar amalan untuk dilakukan, tetapi panduan yang mengajar kita untuk membentuk akhlak, menjaga hati dan menjadi insan yang lebih baik sedikit demi sedikit.

Tak perlu tunggu jadi sempurna untuk mula. Pilih satu perkara yang baik, mulakan hari ini dan cuba istiqamah dengannya.

Semoga setiap sunnah yang kita hidupkan menjadi jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan meneladani Rasulullah SAW.

Sunnah mana yang korang nak mula amalkan hari ini?

Rasa bimbang bila fikir tentang rezeki... Adakah sumber suapan kita dan keluarga hari ini betul-betul bersih daripada pe...
21/08/2026

Rasa bimbang bila fikir tentang rezeki... Adakah sumber suapan kita dan keluarga hari ini betul-betul bersih daripada perkara haram? ๐Ÿ’”

Seketul daging yang tumbuh daripada rezeki haram hanya akan menjauhkan keberkatan dan menghalang doa kita daripada dimakbulkan. Sebab itu kita perlu sentiasa minta Allah bentengi hati dan punca pendapatan kita.

Jadikan di atas sebagai amalan konsisten selepas solat. Moga Allah cukupkan hidup kita dengan yang halal dan berkati setiap usaha kita. ๐Ÿคฒโœจ

Simpan post ini untuk ingatan harian.

Kongsi kepada ahli keluarga agar rezeki rumah tangga sentiasa terpelihara.

Komen "Amin" moga Allah kurniakan kita rezeki yang berkat! โค๏ธ

RM55 boleh dapat pakej umrah dan wang tunai?Sertai ikhlas.com Half Marathon 2026 dan rebut peluang untuk memenangi hadia...
20/08/2026

RM55 boleh dapat pakej umrah dan wang tunai?

Sertai ikhlas.com Half Marathon 2026 dan rebut peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM50,000! ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’จ

๐ŸŽ Pakej Umrah
โœˆ๏ธ Tiket penerbangan pergi balik
๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท Pakej Percutian Tรผrkiye
๐Ÿ๏ธ Motosikal SM 110E
๐Ÿงณ Luggage ikhlas.com Edisi Terhad
๐Ÿ‘Ÿ adidas Supernova Shoes
๐Ÿจ Penginapan hotel, dining & spa
๐Ÿ‘• Baucar Numa Apparel
โ€ฆdan pelbagai hadiah menarik lagi!

Bukan itu sahaja ada hadiah wang tunai turut menanti pelari terbaik kategori 21KM & 10KM. ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ Dataran Kemerdekaan Shah Alam
๐Ÿ“… 6 Disember 2026
๐Ÿƒ 5KM โ€” RM55 | 10KM โ€” RM68 | 21KM โ€” RM88

Dah bayar untuk berlari. Apa kata beri diri sendiri peluang untuk menang sesuatu yang besar?

๐Ÿ“ฒ Scan QR & DAFTAR SEKARANG!

๐Ÿ”— https://absolutego.my/event/ikhlascom-half-marathon

Sembang Santai Maulidur Rasul Bersama M***i Pulau Pinang โœจ๐ŸŒ™Ungkapkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW melalui program...
20/08/2026

Sembang Santai Maulidur Rasul Bersama M***i Pulau Pinang โœจ๐ŸŒ™
Ungkapkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW melalui program penuh barakah ini, yang menampilkan tetamu khas Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Sukki Bin Othman, M***i Negeri Pulau Pinang.
๐Ÿ“Œ Lokasi: Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Kubang Ulu, 14400 Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 22 Ogos 2026
โฐ Masa: 9.30 AM โ€“ 2.00 PM
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk seluruh lapisan umur, antaranya sesi belajar Bahasa Arab serta kuiz berkaitan umrah & sirah Rasulullah SAW. Bagi menceriakan anak-anak, pertandingan mewarna turut disediakan di samping cabutan bertuah dengan hadiah istimewa!
Ayuh ajak seluruh ahli keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga untuk sama-sama mengimarahkan majlis ini sambil menimba ilmu dan mengeratkan silaturahim. Jumpa anda di sana!

20/08/2026

Zamzam bukan sekadar air yang diminum ketika berada di Tanah Suci.
Di sebalik setiap titisan, ada sesuatu yang boleh kita pelajari sama ada daripada komposisi mineral dan sifat kimianya, hinggalah kepada kisah Siti Hajar AS dan rahmat Allah yang mengalir bersama Zamzam.
Sains boleh mengkaji mineral, pH dan apa yang terkandung di dalamnya. Tetapi ada sesuatu yang tidak mampu diukur oleh makmal iaitu nilai dan makna Zamzam dalam iman.
Ia mengingatkan kita tentang doa yang tidak pernah sia-sia, usaha yang tidak pernah dilupakan dan tawakkal kepada Allah yang sentiasa mempunyai jalan.
Zamzam boleh dikaji oleh sains, tetapi kisahnya hanya benar-benar difahami melalui iman. ๐Ÿค

20/08/2026

Siapa sangka, impian yang sekian lama terpendam dalam hati insan-insan asnaf akhirnya menjadi kenyataan. ๐Ÿฅนโœจ
Bagi kebanyakan kita, menjejakkan kaki ke Tanah Suci mungkin soal kumpul wang dan masa. Tapi buat 100 asnaf di Johor, ia sebuah keajaiban yang tak pernah dibayangkan. Perasaan sebak dan bersyukur menyelubungi suasana apabila tajaan Pakej Umrah Percuma diserahkan sendiri oleh YB Dato' (Dr) Haji Nooh bin Gadot bersama ikhlas.com dan MAINJ.

Ingatlah hadis Nabi SAW:
"ุงู„ุฏูŽู‘ุงู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ูƒูŽููŽุงุนูู„ูู‡ู"
"Orang yang menunjukkan jalan atau menaja kebaikan, ganjarannya adalah seperti orang yang melakukannya." (HR Muslim, 1893)
Pesanan mendalam daripada YB Dato' Nooh Gadut buat para jemaah:
"Mana bumi yang tidak ditimpa hujan... "
Sesungguhnya, manusia tidak akan lari dari kesilapan. Jadi, minta ampun dan doa banyak-banyak dekat Allah ketika berada di sana kenrana doa daripada mereka yang sedang bermusafir dan berada di Tanah Suci adalah doa yang sangat mustajab. Semoga ibadah mereka dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrurah! ๐Ÿ•‹๐ŸŒธ
๐Ÿ“Œ Simpan video ini sebagai peringatan buat diri kita untuk sentiasa bermurah hati.
โœˆ๏ธ Kongsi video ini untuk menyebarkan berita gembira dan menjadi asbab kebaikan buat orang lain.

Setiap orang pasti pernah merasakan pedihnya bila disakiti dan dizalimi. Sampaikan pernah terfikir untuk mendoakan kemud...
20/08/2026

Setiap orang pasti pernah merasakan pedihnya bila disakiti dan dizalimi. Sampaikan pernah terfikir untuk mendoakan kemudaratan orang yg menzalimi itu.

Islam memahami dan mengangkat darjat orang-orang yang dizalimi ini
Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œTakutlah kamu terhadap doa orang yang dizalimi, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah.โ€
(HR al-Bukhari, 2448; Muslim, 19)

Namun, Islam juga mengajar sesuatu yang lebih tinggi. Memaafkan itu mulia jika kita mampu

Tak semua luka perlu dibalas dengan tangan kita. Ada urusan yang lebih selamat diserahkan kepada Tuhan yang Maha Adil.

Semoga Allah menguatkan hati setiap insan yang sedang menanggung kezaliman, dan mengurniakan kita hikmah untuk memilih jalan yang paling diredai-Nya. ๐Ÿค

19/08/2026

Sunnah Nabi bukan sekadar benda yang patut tahu, tapi benda yang patut kita hidupkan

Kadang-kadang benda tu nampak simple dan kecil, tapi perkara yang bermula daripada kecil ini lah yang boleh membantu kita membina peribadi yang mulia

Sabda Rasululullah SAW:
"Maka sesiapa yang sahaja membenci sunnahku dia bukan daripada golonganku"

Riwayat Muslim(1401)

Marilah sama-sama kita terangkat hidup kita dengan amalan-amalan sunnah Rasulullah SAW agar hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai. InsyaAllah๐Ÿค

19/08/2026

Hukum umrah bagi wanita merangkumi beberapa syarat khusus dalam fiqah, di mana mengikut mazhab Syafii, wanita dibenarkan menunaikan umrah wajib tanpa mahram sekiranya ditemani kumpulan wanita yang dipercayai.
(Sumber: Laman Web M***i Wilayah Persekutuan)
Semoga Allah SWT menjemput setiap hati yang sedang merindui Baitullah, dan mengurniakan rezeki untuk kembali menghadap Kaabah pada waktu yang terbaik menurut perancangan-Nya. Aamiin.

๐Ÿ”—ikhlas.com/umrah/

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKHLAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IKHLAS:

Shortcuts

Share