26/10/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ โ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ต๐ฐ
Alhamdulillah! Pengembaraan hari ke-7 rombongan Zafirah Travel di Pakistan diteruskan dengan perjalanan dari Attabad/Passu menuju ke Gilgit, sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang memukau.
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, rombongan memulakan perjalanan ke Gilgit. Dalam perjalanan, rombongan berpeluang melawat Hussaini Suspension Bridge, sebuah jambatan gantung yang terkenal dengan pemandangan pergunungan yang menakjubkan dan pengalaman yang cukup mendebarkan.
Seterusnya, rombongan singgah di Attabad Lake untuk menikmati keindahan tasik yang terkenal dengan airnya yang berwarna biru kehijauan. Rombongan turut berpeluang menaiki bot sambil menghayati panorama tasik yang dikelilingi pergunungan yang indah.
Setibanya di Gilgit, rombongan menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat sebelum meneruskan lawatan ke Gilgit Bazaar untuk melihat suasana tempatan dan membeli-belah. Selepas selesai aktiviti, rombongan berehat dan bermalam di Gilgit bagi mempersiapkan diri untuk pengembaraan seterusnya.
Semoga perjalanan kali ini terus membawa pengalaman yang bermakna, pemandangan yang indah dan kenangan manis buat semua peserta.
Mereka dah pilih Zafirah Travel untuk cipta kenangan di Pakistan, anda bila lagi?
JOM TRAVEL BERSAMA ZAFIRAH TRAVEL!