Jet Kertas Travels

Jet Kertas Travels Page ini bawah kelolaan Jet Kertas Travels Sdn Bhd (SSM 1336307-H, KPK/LN : 11929). Kami bergiat dalam bidang travel sejak 2011.

Mimm Travel & Tours Sdn Bhd
No SSM : 1027996-A
No KPK/LN : 7265

Beribupejabat di No 22-27, Avenue Crest, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor

TRIP SCANDINAVIA JELAJAH 4 NEGARA + FREE 1 NEGARA DALAM SATU HARGA !Ada rasa nak tour negara - negara Scandinavia tak ?✨...
24/07/2025

TRIP SCANDINAVIA JELAJAH 4 NEGARA + FREE 1 NEGARA DALAM SATU HARGA !

Ada rasa nak tour negara - negara Scandinavia tak ?

✨ City tour bandar2 mewah di negara- negara termahal dunia. Kita akan melawat bandar Oslo, Stockholm, Copenhagen, Helsinki dan free tour di Tallinn, Estonia.

✨ 2 jam pengalaman memukau menaiki Fjord Cruise ke Gudvangen sambil tour Seven Sisters Waterfall

✨ Merasai pengalaman menaiki train antara tercantik di dunia iaitu Flamsbana Scenic Train dengan view gunung ganang yang magnificient

✨ Menaiki Silja night cruise yang merentas lautan Baltik ke Helsinki

✨ Meneroka sejarah Viking dan Istana Diraja dan Parlimen sekaligus melihat keindahan seni bina klasik

Dan banyak lagi tempat2 menarik sepanjang 13H10M kita dekat sana tau !

RM 15990 per pax included :

✈️ Return Flight Ticket
🚐 Private Bus 20 pax
🏨 Hotel 3-4 Stars
🍜 Full Board Halal Meals
🎫 Entrance Fees
🙋‍♂️ Experince Local Guide
💸 Tipping
🏥 Insurans

Alhamdulillah dan tahniah kepada pemenang cabutan bertuah penginapan 2H1M di Hotel Sheraton Kuala Lumpur.Do enjoy your d...
24/07/2025

Alhamdulillah dan tahniah kepada pemenang cabutan bertuah penginapan 2H1M di Hotel Sheraton Kuala Lumpur.

Do enjoy your day!

Kenapa semua kapal terbang di dunia mengelak daripada terbang di kawasan ini?Kawasan ini sangat luas lebih 5 kali ganda ...
24/07/2025

Kenapa semua kapal terbang di dunia mengelak daripada terbang di kawasan ini?

Kawasan ini sangat luas lebih 5 kali ganda saiz negara Perancis. Jika kita lihat pada radar penerbangan, kita akan nampak satu kawasan yang besar dan kosong tanpa sebarang pesawat.

Inilah Dataran Tinggi Tibet. Terdapat tiga sebab utama mengapa kapal terbang tidak terbang merentasi kawasan ini:

1. Tibet adalah dataran tinggi tertinggi di dunia, dengan ketinggian purata sekitar 14,800 kaki dari paras laut. Ia juga menjadi rumah kepada beberapa gunung tertinggi di dunia termasuk Gunung Everest. Pesawat komersial biasanya terbang pada ketinggian kira-kira 33,000 kaki, tetapi jika berlaku kecemasan seperti tekanan kabin hilang, pesawat perlu segera turun ke 10,000 kaki — sesuatu yang hampir mustahil dilakukan di kawasan setinggi ini.

2. Cuaca di Tibet sangat tidak menentu. Angin kencang, turbulens dan perubahan cuaca secara tiba-tiba menjadikan penerbangan di kawasan ini sangat berisiko dan mencabar.

3. Kekurangan lapangan terbang untuk pendaratan kecemasan. Di seluruh Tibet, hanya terdapat 5 buah lapangan terbang sahaja. Ini menjadikan sebarang penerbangan merentasi kawasan ini amat berisiko jika berlaku kecemasan.

Suasana malam yang cukup magik, makan malam bertemankan cahaya kota Kuala Lumpur dari atas langit diiringi alunan muzik....
24/07/2025

Suasana malam yang cukup magik, makan malam bertemankan cahaya kota Kuala Lumpur dari atas langit diiringi alunan muzik.

Alhamdulillah dinner exclusive di KL Tower berjalan dengan lancar.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah memenangi cabutan bertuah sempena Grand Opening 2026 Package pada 1 Jun lepas.

SEPANYOL • PORTUGAL • MAGHRIBI + GIBRALTAR📆 16 Hari 13 Malam | 💥 RM13,990 All-Inclusive3 Benua. 1 Trip. Pengalaman Seumu...
23/07/2025

SEPANYOL • PORTUGAL • MAGHRIBI + GIBRALTAR
📆 16 Hari 13 Malam | 💥 RM13,990 All-Inclusive

3 Benua. 1 Trip. Pengalaman Seumur Hidup.

Ziarah sejarah kegemilangan Islam di Andalusia
📍Alhambra. Mezquita Cordoba. Madinat Azahara.
🚢 Naik cruise rentas Selat Gibraltar – dari Eropah ke Afrika.
📸 Chefchaouen si Bandar Biru, Masjid Hassan II, Ronda, Volubilis & tapak tamadun purba Rom.
🥘 Makan halal & solat dijaga – travel tanpa was-was.
👥 Private group, coach selesa & tour guide berpengalaman dari Malaysia.
💼 Bukan trip tengok-tengok je.
Ini trip jejak sejarah, rasa budaya & kutip memori yang tak boleh dibeli balik.

Next Departure: Tempat TERHAD!
Jom join untuk trip paling epik tahun ni!

https://ezy.la/JoinTrip-SpainMoroccoPortugal
https://ezy.la/JoinTrip-SpainMoroccoPortugal
https://ezy.la/JoinTrip-SpainMoroccoPortugal

Tak perlu tengok filem fiksyen sains.Tempat macam ni memang wujud atas muka bumi.Namanya Pulau Socotra.255km dari Somali...
23/07/2025

Tak perlu tengok filem fiksyen sains.
Tempat macam ni memang wujud atas muka bumi.

Namanya Pulau Socotra.
255km dari Somalia. 340km dari Yaman. Tapi suasananya macam planet lain.

Pokok paling terkenal kat sini?
Pokok Darah Naga.
Batangnya tegak. Dahannya merebak macam payung UFO.
Getahnya merah. Betul-betul merah macam darah.

Tapi itu baru permulaan.
90% reptilia dan 95% siput darat kat sini tak wujud langsung di tempat lain.
Bila alam terpisah selama 20 juta tahun, hasilnya memang luar biasa.

Tak ramai tahu…
Tapi ada 60,000 orang tinggal kat sini.
Masih bercakap dalam bahasa kuno yang tak pernah ditulis hanya diwariskan mulut ke mulut.

Hidup mereka tenang.
Bercucuk tanam. Menangkap ikan.
Dan menjaga sebuah dunia yang nampak asing bagi kita tapi sangat asli bagi mereka.

22/07/2025

Tempat atau negara mana yang anda rasa overrated, tapi sebenarnya biasa-biasa je?

Antara jalan paling epik di dunia - tinggi, indah dan penuh sejarah.Karakoram Highway memang rare!
22/07/2025

Antara jalan paling epik di dunia - tinggi, indah dan penuh sejarah.

Karakoram Highway memang rare!

The Karakoram Highway, also called the "eighth wonder of the world," is one of the highest and most scenic roads on Earth.

It connects Pakistan with China, passing through stunning places like Gilgit, Hunza, and the mighty Karakoram mountains.

Built by Pakistani and Chinese workers over 20 years, this 805-mile road reaches up to 4,693 meters. It features more than 20,000 ancient rock carvings and offers amazing but risky travel for adventure lovers.

The highway is a symbol of strong Pak-China friendship and modern engineering.

Disclaimer: Image is Ai-generated and is used for reference.

Another trip to Hokkaido 6D5N 🇯🇵Have a safe flight and enjoy your summer trip at Hokkaido!
21/07/2025

Another trip to Hokkaido 6D5N 🇯🇵

Have a safe flight and enjoy your summer trip at Hokkaido!

Bila orang tanya tempat paling best kat Jepun… saya senyum je.Sebab jawapan saya, bukan Tokyo. Bukan Osaka.Tapi… Shiraka...
21/07/2025

Bila orang tanya tempat paling best kat Jepun… saya senyum je.

Sebab jawapan saya, bukan Tokyo. Bukan Osaka.
Tapi… Shirakawago, Narai Juku, Hida Furukawa, Matsumoto, dan satu ride bullet train dari Toyama ke Kanazawa.

Saya tahu nama-nama ni bukan yang viral kat TikTok. Tapi percaya cakap saya, inilah Jepun yang paling susah nak lupa.

Di Shirakawago, kami berdiri di tengah kampung berusia ratusan tahun. Rumah-rumah atap jerami tegak berdiri, dikelilingi bukit dan daun-daun merah menyala.
Rasa macam masuk dalam lukisan musim luruh.

Di Narai Juku, kami menyusuri laluan pejalan kaki dari zaman Edo. Lorong kayu klasik, kedai teh, dan artisan tempatan. Sunyi, tenang, penuh nostalgia macam masa perlahan sendiri.

Kemudian, di Matsumoto, kami menatap salah satu istana asal tercantik Jepun warna hitam putih kebiruan, berdiri megah di atas tasik. Gambar kat sini… memang wallpaper level.

Tapi pengalaman paling wow?

🚄 Naik bullet train dari Toyama ke Kanazawa.
Dalam sekelip mata, kami rasa macam dari zaman tradisi ke zaman moden. Cepat, smooth, dan luar tingkap gunung bersalji dan pokok maple berbaris macam nak ucap selamat tinggal.

Dan akhirnya…
Hida Furukawa.
Pekan kecil. Rumah kayu tradisional. Dan yang paling rare parit air jernih dengan ikan koi berenang bebas.
Saya duduk tepi jalan, tengok air mengalir… dan saya rasa, tenang sangat.

Jepun versi tenang, penuh budaya & alam.
Nak seat untuk Autumn ni?

Tinggal beberapa tarikh je yang masih available. Tekan link sekarang.
https://ezy.la/JoinTrip-Hokuriku
https://ezy.la/JoinTrip-Hokuriku
https://ezy.la/JoinTrip-Hokuriku

Semua Orang Kenal Takayama. Tapi Yang Paling Rare… Duduk Sebelah Dia Je.Nak tahu kat mana Jepun masih rasa ‘pure’?Tak ra...
21/07/2025

Semua Orang Kenal Takayama. Tapi Yang Paling Rare… Duduk Sebelah Dia Je.

Nak tahu kat mana Jepun masih rasa ‘pure’?
Tak ramai tahu, tapi Hida Furukawa adalah rahsianya.

🚫 Tiada hiruk-pikuk pelancong.
🚫 Tiada neon kelip-kelip.
✅ Hanya lorong sunyi, rumah kayu klasik, dan… parit bersih yang ada KOI berenang bebas!

Yes. KOI. Dalam longkang. Di tepi jalan.

Di Hida Furukawa, longkang = spot gambar aesthetic + terapi mata + tempat ikan koi

Dan rumah-rumah di sini?
Macam baru keluar dari zaman samurai.
Bukan replika. Bukan rekaan moden.
Ini real warisan hidup yang masih didiami, masih dijaga.

Hida Furukawa is your kind of place.

Sebab ini bukan Jepun yang disuap Google.
Ini Jepun yang orang tempatan sendiri banggakan dan orang luar terlepas pandang.

Alhamdulillah… Trip Hokkaido Summer kami baru saja selesai. Dan satu je perkataan yang paling tepat — INDAH.Cuaca nyaman...
19/07/2025

Alhamdulillah… Trip Hokkaido Summer kami baru saja selesai. Dan satu je perkataan yang paling tepat — INDAH.

Cuaca nyaman, pemandangan luar biasa, dan peserta pun semua happy.

Nak tahu apa yang best sangat pasal trip ni? Nah, kami ringkaskan untuk anda:

APA YANG KAMI BUAT DI HOKKAIDO SUMMER KALI INI?
🛶 Otaru Canal & Otaru Mosque
– Jalan-jalan di kanal klasik yang penuh sejarah
– Solat di masjid kecil tapi tenang
– Petik buah segar terus dari ladang (manis & juicy!)

🌼 Furano & Biei Flower Farms
– Lautan bunga lavender, poppy & sunflower
– Naik Norokko Scenic Train sambil layan view countryside
– Singgah di Shirogane Blue Pond — air biru semula jadi!

🥷 Noboribetsu Ninja Village
– Belajar jadi ninja Jepun & join aktiviti interaktif
– Bergambar sakan dalam suasana kampung ninja
– Beli-belah di Mitsui Premium Outlet (jenama famous!)

🌳 Sapporo City Tour
– Berjalan santai di Odori Park & lihat Clock Tower
– Shopping & makan best di Sapporo Factory
– Sesi bergambar pakai kimono tradisional 😍

KENAPA PERLU PERGI DENGAN KAMI?
✅ Small group – lebih tenang, lebih rapat, lebih selesa
✅ Itinerari santai – tak rushing, sesuai untuk semua peringkat umur
✅ Pakej all-inclusive – siap dengan wagyu halal dan king crab
✅ Mesra warga emas – trip ini sesuai untuk mak ayah anda juga
✅ Ada aktiviti menarik + pengalaman budaya Jepun sebenar

Next trip ke Hokkaido Summer akan datang!
Nak jadi sebahagian daripada kisah indah ini?

Tempat TERHAD, sebab kami bawa small group saja.
Klik link untuk tengok tarikh & tempah tempat.

https://ezy.la/Nakjoin-Hokkaido
https://ezy.la/Nakjoin-Hokkaido
https://ezy.la/Nakjoin-Hokkaido

Address

Kampong Jalan Kebun

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6012 885 4965

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jet Kertas Travels posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

TRAVEL SELAGI SEMPAT, SELAGI LARAT

Trip bajet, percutian keluarga, backpack kawan-kawan, self drive di negara orang, lawatan kerja organisasi, pakej VVIP, semuanya ada. Anda pilih, kami uruskan.