17/02/2025
7 Tempat Menarik kat Banda Aceh yang korang wajib pergi!
Kalau korang nak tahu, Banda Aceh penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh buatkan korang rasa lebih dekat dengan sejarah dan budaya Aceh. Jom tengok apa yang ada kat sini!
1️⃣ Masjid Raya Baiturrahman
Masjid ikonik di tengah bandar serambi mekah ni dibina pada abad ke-19. Pemandangan masjid yang megah ni, dengan seni bina Islam yang cantik, mesti buat korang terpukau. Siapa yang datang Banda Aceh, mesti kena singgah masjid ni!
2️⃣ Muzium Tsunami Aceh
Satu tempat yang penuh dgn pengajaran tentang bencana tsunami pada tahun 2004. Muzium ni bukan pasal sejarah je, tapi juga menunjukkan kekuatan dan ketabahan rakyat Aceh. Siap ada video dan pameran yang buat korang rasa macam mana suasana kelam kabut masa tu.
3️⃣ Kuburan Massal Siron
Tempat bersejarah yang menyimpan kenangan pahit tsunami. Tanah perkuburan ni adalah tempat persemadian lebih dari 46,000 mangsa tsunami. Satu tempat yang penuh emosi dan sangat menghormati mereka yang terkorban.
4️⃣ Gunongan Taman Putro Phang
Taman yang penuh dengan cerita cinta! Dulu, ia adalah hadiah Sultan Iskandar Muda untuk permaisurinya. Kalau korang s**a tempat yang penuh cerita romantis, Gunongan ni mesti kena singgah!
5️⃣ Muzium Cut Nyak Dhien / Rumoh Aceh
Kat sini, korang boleh belajar tentang perjuangan Cut Nyak Dhien, pahlawan wanita Aceh yang terkenal dengan semangat juangnya. Selain tu, korang boleh tengok Rumah Aceh tradisional yang penuh dengan seni dan sejarah.
6️⃣ PLTD Kapal Apung 2600tan
Kapal besar ni hanyut akibat tsunami dan terdampar jauh dari laut di tengah-tengah bandar. Kapal Apung ni adalah simbol kekuatan dan kesan tsunami yang tak boleh dilupakan. Satu lagi spot yang penuh dengan kenangan sejarah sekaligus menunjuk kebesaran dan kekuatan Allah S.W.T.
7️⃣ Pantai Lampuuk
Bila korang rasa nak lepak dan nikmati pantai yang tenang, pantai Lampuuk ni tempat terbaik! Dengan pasir putih dan pemandangan yang cantik, tempat yang sgt sesuai korang yg nak bersantai sambil menikmati alam semula jadi.
Kenapa Banda Aceh?
Banda Aceh, dikenali sebagai "Serambi Mekah," kerana Aceh adalah tempat jemaah Haji yang ke Makkah berkumpul sebelum berlepas dan Aceh juga tempat pertama masuknya Agama Islam ke Nusantara. Aceh juga mengamalkan undang-undang syariah.
Dikelilingi oleh alam semula jadi, pemandangan pantai, gunung, dan hutan yang memukau. Orang-orang Aceh pun sgt mesra dan ramah menjadikan pengalaman korang kat sini seronok dan tak kan menyesal! ✨
Jom ikut The Aceh Escape jalan-jalan ke Banda Aceh. DM kami untuk info lebih lanjut.
Website: https://theacehescape.com/
Instagram:
Ade soalan? WhatsAap jer wa.me/601116625971