06/07/2025
Bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 yang akan diadakan pada 8 hingga 11 Julai di KLCC, beberapa jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur dan laluan ke KLIA akan ditutup dan diubah suai secara berperingkat mulai 7 hingga 11 Julai.