Bayu Seaview Homestay Kuala Terengganu

  • Home
  • Bayu Seaview Homestay Kuala Terengganu

Bayu Seaview Homestay Kuala Terengganu Bayu Seaview Homestay menyediakan penginapan selesa dengan pemandangan laut yang cantik di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.

Pm atau WhatsApp untuk booking:

Raja Faiz : 017-9194804
Tengku Adlin: 011-10059712

10/06/2026

Ada pelancong yang datang ke Terengganu kena saman MBKT tapi tak tahu nak bayar kat mana? Boleh check info yg admin dah sediakan ini.

Nak bayar parking sekitar Kuala Terengganu? Kini lebih mudah dengan beberapa lokasi kaunter bayaran yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

📍 Lokasi kaunter tersedia:
• Pasar Kedai Payang
• Dataran Austin
• Jalan Pejabat
• Kawasan Perkedaiian sebelah Hotel Tanjung Vista
• Jalan Sultan Ismail

Untuk maklumat lanjut:
☎️ 09-612 1111

10/06/2026

Terengganu bukan sekadar satu tempat. Ia 6 pengalaman berbeza dalam satu negeri.

Pulau dan pantai yang tak perlu filter. Tasik Kenyir yang luas sampai ada pulau sendiri. Bandaraya tepi sungai yang simpan sejarah beratus tahun. Seni dan budaya yang masih hidup, bukan sekadar pameran. Hutan dan alam yang belum habis diterokai. Jejak ulama dan tamadun Islam yang jarang orang tahu.

6 kluster. Satu negeri kami dah siapkan untuk anda terokai satu persatu.

Terokai semua di 👉
discoveryterengganu.com/kluster-pelancongan-terengganu

08/06/2026

Terengganu patenkan seni warisan Ulek Mayang, Rodat

KUALA TERENGGANU, 7 Jun 2026: Kerajaan Negeri Terengganu sedang giat mempatenkan dua seni warisan ikonik negeri itu, iaitu tarian Ulek Mayang dan Rodat bagi memastikan keaslian serta kelangsungannya terus terpelihara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), selain turut memberi perhatian kepada seni tradisional lain seperti Tarian Sabak dan Tarian Piring.

Menurutnya, proses memelihara warisan lama bukan mudah kerana ia melibatkan elemen persembahan dan penceritaan yang perlu dikekalkan. Ulek Mayang dan Rodat juga perlu dipersembahkan mengikut bentuk asal sebelum boleh diangkat ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Temasya Budaya Terengganu 2026 semalam, sambil memaklumkan kerajaan negeri berhasrat membawa tarian warisan itu ke peringkat antarabangsa menerusi kerjasama lebih erat dengan JKKN.

Sementara itu, Shaharuddin Abu Sohot berkata pemeliharaan aset budaya seperti gamelan, lagu rakyat dan Ulek Mayang bukan sahaja mengekalkan identiti negeri, malah mampu menjadi tarikan unik kepada pelancong tempatan dan luar negara.

Menurut beliau, usaha berkenaan turut selaras dengan garis panduan budaya dan hiburan patuh syariah Terengganu, sekali gus membuktikan warisan seni boleh terus berkembang dalam kerangka nilai tempatan yang beretika.

🌊 BAYU SEAVIEW HOMESTAY KUALA TERENGGANU 🌊Penginapan selesa, luas & strategik untuk percutian keluarga, urusan kerja ata...
08/06/2026

🌊 BAYU SEAVIEW HOMESTAY KUALA TERENGGANU 🌊

Penginapan selesa, luas & strategik untuk percutian keluarga, urusan kerja atau short getaway di Kuala Terengganu ✨

Nikmati suasana tenang berhampiran pantai dengan kemudahan lengkap seperti di rumah sendiri ❤️

🏡 Kemudahan Homestay:

🛋 Ruang Tamu
• Sofa
• Aircond
• ⁠Tv

🛏 4 Bilik Tidur
• Master Bedroom – Katil Queen, Aircond, Kipas
• Bilik 2 – Katil Queen, Aircond, Kipas
• Bilik 3 – Katil Queen, Aircond + Katil Single, Kipas
• Bilik 4 – Katil Single Double Decker, Kipas

🚿 3 Bilik air

☕ Pantry Concept Lengkap
• Microwave
• Kettle
• Multicooker
• Set pinggan, gelas, mug & cawan
• Sachet kopi, teh, gula
• Peti sejuk

📺 Kemudahan Tambahan
• TV
• Iron + Iron Board
• Towel
• Sejadah
• Parking 2 kereta

📍 Lokasi Menarik Berhampiran:

🌴 Pantai Tok Jembal – 2minit
🍤 Warung Pok Nong Celup Tepung – 11 minit
✈ Lapangan Terbang Sultan Mahmud – 9 minit
🎓 UMT – 7 minit
🎓 UniSZA Gong Badak – 8 minit
🍛 Nasi Dagang Atas Tol, Gong Badak – 8 minit
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin – 9 minit
🛍 Mayang Mall – 18 minit
🛍 KTCC Mall – 16 minit
🌉 Drawbridge Kuala Terengganu – 16 minit
🌊 Dataran Shahbandar – 19 minit
🏙 Pasar Payang – 20 minit
🏮 Chinatown / Kampung Cina – 22 minit
🏝 Pulau Warisan – 22 minit
🏖 Pantai Batu Buruk – 22 minit
🕌 Muzium Negeri Terengganu – 21 minit
✨ Masjid Kristal – 28 minit

✔ Sesuai untuk Family Vacation
✔ Business Trip
✔ Staycation
✔ Short Getaway

https://bit.ly/m/bayuseaviewhomestay

08/06/2026
08/06/2026

Himpunan terbesar peminat motosikal berkuasa tinggi, Terengganu International Bike Week (TIBW) 2026 yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Jun depan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu dijangka mampu menarik lebih 90,000 peminat sukan permotoran berkenaan.

Baca artikel di bawah 👇

27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙
Semoga ibadah korban dan segala amalan diterima Allah SWT, serta membawa keberkatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah buat anda dan keluarga.
Maaf zahir dan batin. 🤍

Kalau lapar malam2. Sis suggest kedai makan ni, berhadapan Shell Pulau Kambing. Ataupun boleh waze je nama kedai ni.Mee ...
25/05/2026

Kalau lapar malam2. Sis suggest kedai makan ni, berhadapan Shell Pulau Kambing. Ataupun boleh waze je nama kedai ni.

Mee Rebus dia sedap, mee rebus versi ganu👍

21/05/2026
Petang2 lepak tepi pantai macam ni. Boleh mandi pantai, bawak anak2, berkhelah dan Makan sotong celup tepung 🙂‍↔️Fuhhh 🍃...
21/05/2026

Petang2 lepak tepi pantai macam ni. Boleh mandi pantai, bawak anak2, berkhelah dan Makan sotong celup tepung 🙂‍↔️

Fuhhh 🍃🍃

Tenangnya hidup di Terengganu. Betul la orang cakap. Terengganu negeri Bahagia.

Cuti sekolah ni dah planning ke nak pergi mana?

Address

Taman Laman Bayu

21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bayu Seaview Homestay Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bayu Seaview Homestay Kuala Terengganu:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share