13/10/2022
[RANCANG PERCUTIAN ANDA]
Ha..ni min share sebahagian tempat-tempat menarik sekitar Terengganu.
1. Taman Tamadun Islam (TTI)
Selain ada Masjid Kristal, antara masjid tercantik di Malaysia, di TTI juga terdapat pelbagai replika masjid-masjid tercantik seluruh dunia. Terdapat juga river cruise bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Terengganu melalui Sungai Terengganu.
Jika merancang mengadakan majlis perkahwinan atau majlis rasmi boleh menempah slot di Dewan Konvensyen TTI. Nak makan pun ada restoran dan ada taman rekreasi untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
2. Muzium Negeri
Seperti diketahui umum, Muzium Negeri Terengganu adalah muzium terbesar di Malaysia. Kawan min cakap, dia kalau datang Terengganu selalu pergi sini, 4 jam pun belum habis pusing-pusing lagi. Bosau bonar!😳
Lagi best sekarang ada Pameran Alam Haiwan dan Dinasour Encounter sehingga Februari 2022. Selain pameran haiwan dan dinasour, ada juga virtual ride dan augmented reality.
Boleh dapatkan maklumat lanjut disini;
https://museum.terengganu.gov.my/
3. Jambatan Angkat / Drawbridge
Dah datang Terengganu tu rugilah kalau tak singgah mercu tanda terbaru kami kan? Jom bergambar kat sini, pasti jadi kenangan dan tular. 😆
4. Pasar Kedai Payang
Bangunan baru, susunan baru; lebih kemas, bersih dan menyegarkan. Pusat shopping utama barangan buatan Terengganu. Nak cari batik ada, songket pun ada. Keropok mestilah wajib beli. Kuih tradisi Terengganu pun banyak kat sini.
5. Pantai-pantai di Terengganu
Tempat wajib untuk tenangkan fikiran di Terengganu, pantai-pantai yang cantik, bersih dan menenangkan. Sebut sahaja Pantai Batu Burok, Miami Beach, Pantai Penarik, Rantau Abang, Pantai Kemasik dan lain-lain; semnua cantik-cantik belaka. masa untuk OOTD uolls. 😍
6. Pulau-pulau
Yang ni maafkan Min belum ada gambar, banyak sangat gambar menarik tak tahu nak pilih. Pulau Redang ke Perhentian ek? Ke Pulau Kapas? Pulau Lang Tengah pun menarik jugak. Ah, pening la nak pilih. Pergi semua jom! 😁😎
Next Min akan update lokasi menarik untuk makan-makan di Terengganu. Ada cadangan pm je Min kita bincang. Nung air lu ke.