Kotakkalam Bangi

Kotakkalam Bangi Katering yang beroperasi di sekitar Bangi dan Selangor. Kami menyediakan pakej katering perkahwinan serta Mangkuk Tingkat dan pelbagai, dari pihak kami.

Expert Catering For Over 25 Years

Anjung Kimanis proudly offers catering services for your personal or business needs. Our catering services range from the most elegant affair to a business luncheon or a picnic at the park. We will meet your event needs by exploring options and ideas with you. You will find Anjung Kimanis catering staff to be professional, pleasant and quick to meet your needs. W

eddings
Anniversaries
Picnics
Family Reunions
Business Meetings, Luncheons, Dinners
Special Events! Formal Catering Service Options

Set up of reception tables and chairs
Break Down of reception tables and chairs
Beverage station
Bar Service
Full Cake Service
Toast Service
Break down of ceremony chairs
Buffet, Plated or Family Style Service
Rentals of plates, flatware, glassware, and linens

Set-up of food at location includes same as above for delivery plus an additional 18% charge of total cost of food order. Weddings
Catering Services Overview
Event Planning
Bar Service
Formal Catering Request

Bahan-bahan:6 keping roti sandwich – potong dua2 cawan susu segarSetengah cawan susu kastor1 sudu makan mentega1 per 4 s...
23/09/2016

Bahan-bahan:
6 keping roti sandwich – potong dua
2 cawan susu segar
Setengah cawan susu kastor
1 sudu makan mentega
1 per 4 sudu kecil garam
3 biji telur – dipukul
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit kismis

Cara-cara membuat:
1.Panaskan susu sehingga ia mendidih kemudian masukkan roti dan kacaukan sehingga terendam
2.Masukkan mentega,garam dan gula kemudian kacau lagi sehingga sebati
3.Masukkan esen vanilla, telur , kismis dan kacau perlahan-lahan sehingga rata
4.Tuangkan bahan yang dimasak tadi kedalam loyang yang telah dicalit dengan sedikit mentega
5.Bakarkan bahan tadi pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau 1 jam.
6.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Puding Roti bakar perlulah dibakar pada suhu dan minit yang betul supaya kita dapat kekalkan kelembutan dan kerangupan puding roti tersebut . Apabila sudah masak dan sedia untuk dihidangkan , masukkan sedikit serbuk kayu manis jika anda menyukainya.

Laksa JohorBahan bahan:1 paket spaghetti - makan 10 orang1kg ikan sardin/selayang¾ cawan rempah kari ikan Babas½ cawan c...
10/06/2016

Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang dis**ai.

Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau s**a makan selasih boleh bubuh.

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.

1. Bahan ASantan untuk buat taik minyak* Cara membuat taik minyak, santan dimasak hingga pecah minyak (jernih) dan taik ...
06/02/2016

1. Bahan A
Santan untuk buat taik minyak
* Cara membuat taik minyak, santan dimasak hingga pecah minyak (jernih) dan taik minyaknya berwarna putih. Yang ni je leceh nak buat sebab lama nak masaknya. Jangan kacau sangat nanti kurang taik minyaknya (kata mak gitulah).
2. Bahan B
Daun pisang dilayar dengan api agar lembut tidak pecah ketika dijadikan alas dodol kukus nanti.
3. Bahan C
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1 cawan air
* ketiga-tiga bahan dimasak hingga hancur sebati semuanya dan sejukkan (tak boleh panas sebab kalau masuk dalam tepung nanti tepung jadi masak.
4. Bahan D
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung ubi
Santan dari 1 biji
* Campur semua bahan D, gaulkan hingga sebati dan boleh isi bahan C (ingat mesti dah sejuk). Kemudian tapis bila bahan dah bersebati semua.
Sementara membuat bahan-bahan semua ni anda boleh panaskan periuk kukus anda. Dah siap bahan-bahan ditapis tadi boleh dituangkan dalam acuan (ikut s**a anda). AUC s**a guna acuan yang kecik-kecik seperti gambar di atas.
Sapu minyak dari minyak taik minyak tadi pada daun pisang dan tuangkan ke dalam acuan yang dialas dengan daun pisang tadi. Siap letakkan dalam periuk kukus, nak tau dah masak ia mengelembung dan warna kehitaman mengikut warna gula merah tadi.
dodol kukus dodol kukus Resepi Dodol Kukus dodol kukus
* Dah siap, bila nak makan baru sapukan taik minyak di atas dodol kukus tu, kalau tak campur dia boleh tahan 2 3 hari juga boleh makan lagi

Sesiapa nak order Acar Buah our Product bole whatapps no calling2
09/12/2015

Sesiapa nak order Acar Buah our Product bole whatapps no calling2

Resepi Mee Goreng SeafoodBahan-Bahan: ( 5 org makan )600g mee kuning2 ekor sotong6 ekor udang basah3 pokok sawi1 sb pes ...
26/11/2015

Resepi Mee Goreng Seafood

Bahan-Bahan: ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sb pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
garam dan gula
lada jeruk – Jika ada
cuka
gula & garam
lada besar hijau

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada dan tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.

2. Masuk sos tomato, sos tiram, kicap pekat, gula dan garam. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa biar cukup semua bahan perasa, ikut selera anda.

3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan p**a daun sawi, kalau nampak agak kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi air panas.

4. Kecilkan api & biar selama 4 minit. Kemudian gaul sekejap, bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.

5. Alihkan mee kuning dari kuali. Jangan biarkan dalam kuali, air mee akan kering. Makan panas-panas bersama lada jeruk, taburkan dengan daun bawang & bawang goreng.

Spaghetti Aglio Olio SeafoodBahan-Bahan: (5-6 Hidangan)500g spaghetti1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)1 cawan minya...
26/11/2015

Spaghetti Aglio Olio Seafood

Bahan-Bahan: (5-6 Hidangan)
500g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
Cara Memasak:
1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Simpan air rebusan seafood ini.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
3. Masukkan serbuk oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
4. Masukkan spaghetti dan seafood yang telah direbus tadi. Kacau hingga sekata.
5. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI UDANG BAKAR CHEESEBahan-bahan:beberapa ekor udang yang telah dibersihkansedikit mentega/majerinkeju mozzarellased...
26/11/2015

RESEPI UDANG BAKAR CHEESE
Bahan-bahan:
beberapa ekor udang yang telah dibersihkan
sedikit mentega/majerin
keju mozzarella
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
Cara:
1. Mula2 sekali.. udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya...
2. pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam n lada sulah dalam satu bekas...
3. setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang..
4. kemudian... bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit juga...
5. keju akan cepat cair.. jadi kalo biar lama2 nanti hangit plak cheese tu...
soo.. agak2 la... bila udang dah keperangan tu maksudnya dah masak la tuh... selamat mencuba...

MASAK DAGING RUSABahan-Bahan:Bahan A:500 gram daging/tulang rusuk2 sudu makan kicap pekat1 sudu makan gulaGaram & perasa...
23/11/2015

MASAK DAGING RUSA

Bahan-Bahan:
Bahan A:
500 gram daging/tulang rusuk
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan gula
Garam & perasa secukupnya
Sedikit lada hitam - ditumbuk

Bahan B:
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1 batang leek - hiris
Sedikit air asam jawa

Bahan tumbuk:
Halia (sebesar ibu jari)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

Cara cara:
Bahan A digaulkan sehingga sebati dan perapkan bersama daging selama 1 jam. Kalau mempunyai pressure cooker, boleh direbus dalam pressure cooker daging yang diperap.

Tumiskan bahan tumbuk/blend sehingga garing, masukkan cili giling dan tumis sehingga naik minyak.

Masukkan air asam jawa dan daging yang telah diperap. Masak sehingga daging empuk (air perlu ditambah sekiranya perlu). Setelah daging empuk, masukkan bawang besar & cili merah dihiris.

Masukkan serbuk perasa dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan. Boleh juga dimakan bersama nasi putih panas panas atau dengan roti.

Testimoni Anak Buah Kepada Biz Partner Kami Mieza.. Berumur 11 Bulan.. Terkena Minyak Panas Di Rumah Pengasuh...Hanya Sa...
22/11/2015

Testimoni Anak Buah Kepada Biz Partner Kami Mieza.. Berumur 11 Bulan.. Terkena Minyak Panas Di Rumah Pengasuh...

Hanya Sapu Produk Nu3sea Sahaja..
Alhamdulillah Asbab Produk Redha Allah Swt Usahanya Kita!

Semua Tahu Kan Keistimewaan GAMAT.. Itulah Produk Kami.. Sangat Cepat Menyembuhkan Luka Dalaman Dan Luaran Tubuh Badan.. In shaa Allah..

Whatsapp Maria/Sham Untuk Miliki Produk Kami Yang The Best Ini
📱0176056167/0193842734/0132102734

Sambil Guna Produk Jer Pun Dapat Bonus.. Dapat Rebet Tunai Sehingga Rm15k.. Giler Best
Kalau Aktif Kongsikan Kebaikan Produk Dan Share Peluang Biz Lagiiii Banyak Dapat Bonus Dari Company

Anyway ini resep untuk brining :AYAM TURKEY    10 liter air    2/3 cup garam    250 gr wortel potong2    250 gr kentang ...
16/11/2015

Anyway ini resep untuk brining :AYAM TURKEY

10 liter air
2/3 cup garam
250 gr wortel potong2
250 gr kentang potong2
200 gr bawang bombay potong2
5 batang daun bawang
2 sdt rosemary kering (dried rosemary)
1 sdt thyme kering (dried thyme)
1 sdt lada hitam bubuk
1 sdt bubuk paprika
1 sdt bubuk cayenne pepper

Rebus semua bahan dalam panci besar, kemudian biarkan sampai suhunya mencapai suhu ruang. Kemudian tempatkan kalkun yang sudah dicuci bersih ke dalam kontainer lalu tuang larutan brine sehingga merendam seluruh bagian kalkun. Masukkan ke dalam lemari pendingin selama kurang lebih 8 jam.

Untuk memanggang kalkun yang diperlukan adalah :

Kalkun yang sudah mengalami proses brining
1 bh jeruk lemon
2bh bawang bombay potong2
3-4 tangkai rosemary segar
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Mentega yang telah dicairkan secukupnya
Olive oil secukupnya.
Wortel secukupnya di potong2
Kentang secukupnya di potong2

Cara membuat

1. Bersihkan kalkun di bawah air mengalir kemudian keringkan sampai benar – benar kering. Gunakan tissue dapur untuk melap bagian luar dan rongga dalam kalkun tersebut.

2. Ambil sedikit garam dan lada hitam kemudian balurkan ke dalam rongga kalkun.

3. Potong jeruk lemon dan 1 bh bawang bombay menjadi 4 bagian sama besar, kemudian masukkan ke dalam rongga kalkun bersama rosemary.

4. Taburi bagian luar kalkun dengan garam dan lada hitam secukupnya sampai merata, kemudian olesi dengan olive oil.

5. Atur potongan wortel, kentang, dan bawang bombay di atas baki pemanggang / loyang. Gunakan loyang yang dindingnya tidak terlalu dalam.

6. Letakkan kalkun di atas potongan wortel dan kentang kemudian masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan hingga suhu 220 Celcius selama 30 menit kemudian turunkan suhunya sehingga mencapai 190 Celcius sampai kalkun matang sempurna. Oles2 dengan mentega cair disela sela waktu memanggang.

7. Kalkun matang sempurna bila suhu daging yang paling tebal mencapai 78 Celcius, untuk itu gunakan termometer daging sehingga kalkun tidak masih mentah ataupun terlalu matang. Kalkun pada umumnya dilengkapi dengan penanda suhu yang akan timbul ke atas (pop up) pada saat suhu daging mencapai 85 Celcius namun apabila menunggu penanda suhu ini berfungsi maka daging akan terlalu kering. Maka dari itu bila suhu daging sudah menunjukkan 78 Celcius maka keluarkan kalkun dari oven. Panas yang tersisa (carry over heat) akan mematangkan kalkun sehingga mencapai 85 Celcius.

8. Tunggu 30 menit setelah kalkun keluar dari oven agar kaldunya terserap kembali, kemudian siap dipotong (carving) dengan menggunakan pisau yang tajam.

9. Pindahkan kalkun ke carving board dan kemudian pisahkan sayuran (wortel dan kentang) ke dalam piring saji.

10. Cairan kaldu dan lemak kalkun dapat dikentalkan dengan tepung maizena secukupnya untuk dijadikan gravy.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...Badak BerendamBahan-bahan ( dlm 20 biji )Bahan Doh:2 cawan tepung pu...
11/11/2015

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...

Badak Berendam

Bahan-bahan ( dlm 20 biji )

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.

Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika s**a

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula

Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.

Cara Penyediaan:
Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat.

Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan.Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah.

Apam BerasBahan-bahannya: A) Tapai Nasi 250gm nasi yang telah dimasak dan disejukkan1/2 tsp ragi - dihancurkan2 tsp gula...
11/11/2015

Apam Beras

Bahan-bahannya:
A) Tapai Nasi
250gm nasi yang telah dimasak dan disejukkan
1/2 tsp ragi - dihancurkan
2 tsp gula
1 tsp air

Cara-caranya:-Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan kedalam bekas kedap udara dan bertutup. Perapkan ditempat yang gelap selama 48 jam.

B) Bahan Apam
1 paket tepung beras (500gm) - Saya guna cap teratai
270gm tapai nasi
3 cawan air
1 1/2 cawan gula caster (1 cawan gula pasir)
1 tsp yis
2 tsp Eno (2 paket Eno Biru)

Cara-caranya:-

Masukkan tapai nasi, gula dan 1 cawan air dalam pengisar. Kisar
Masukkan tepung dalam bekas dan tuang tapai yang dikisar serta baki 2 cawan air, gaul sebati.
Anda boleh kukus setelah adunan diperap lebih sejam tetapi jika anda hendak ia naik cantik, peraplah selama 3-4 jam.
Oleh kerana pengukus saya kecil dan saya hanya ada 20 cawan kecil, saya telah bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Untuk kukusan bahagian pertama, masukkan 1/2 tsp Eno @ 1/2 bungkus Eno. Anda boleh memasukkan pewarna yang anda gemari. Saya guna sirap ros Amina.
Masukkan penuh acuan dan kukus mengunakan api kuat selama 15 minit.
Setelah habis bahagian pertama, ambil bahagian kedua dan bubuh 1/2 tsp Eno lagi dan kukus sehingga habis. Begitu seterusnya sehingga habis adunan.
Boleh dimakan bersama kelapa.
Saya s**a makan begitu sahaja tanpa kelapa dan saya akan frozenkan untuk dibawa ke ofis esok.

Address

Kuala Selangor
43000

Opening Hours

Monday 07:00 - 12:00
Tuesday 07:00 - 12:00
Wednesday 07:00 - 12:00
Thursday 07:00 - 12:00
Friday 07:00 - 12:00
Saturday 07:00 - 12:00
Sunday 07:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kotakkalam Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kotakkalam Bangi:

Share

Category