25/03/2020
i-lestari Pengeluaran RM500 akaun 2 KWSP untuk tempoh 12 bulan.
Berbaloi atau tidak terpulang kepada penilaian dan keperluan masing².
Senario² berikut dikira dengan andaian:
1. Anda keluarkan RM500 x 12 bulan = RM6,000 sepenuhnya.
2. Kadar faedah KWSP pada kadar 5% setahun
3. Kesan kadar inflasi tidak diambil kira (kadar inflasi semasa Malaysia adalah 2.08%)
Senario 1:
Simpanan: RM6,000
Kadar faedah: 5%
Tempoh ke umur bersara: 15tahun
Jumlah faedah atas faedah tempoh 15 tahun: RM6,473.57
Andai hanya akan rugi faedah atas faedah sahaja RM6,473.57 jika RM6,000 dikeluarkan tujuan sekarang.
Senario 2:
Simpanan: RM6,000
Kadar faedah: 5%
Tempoh ke umur bersara: 20tahun
Jumlah faedah atas faedah tempoh 20 tahun: RM9,919.79
Andai hanya rugi faedah atas faedah sahaja RM9,919.79 jika RM6,000 dikeluarkan tujuan sekarang.
KESIMPULAN:
Mungkin nilai kumulatif dilihatkan agak besar untuk masa 15 atau 20 tahun. Terpulang pada pandangan dan keperluan individu.
Saya ulang, anda hanya hilang FAEDAH atas FAEDAH. Duit simpanan RM6,000 tidak hilang tetapi telah digunapakai lebih awal sebelum tempoh persaraan atas keperluan semasa.
NOTA:
Pengiraan ini dibuat untuk tujuan kefahaman secara konsep nilai wang simpanan anda sahaja. No offence.
JIKA ADA KEPERLUAN anda buatlah permohonan pengeluaran. Semoga ia membantu meringankan beban.
Untuk makluman para pencarum KWSP, akaun 2* juga boleh dikeluarkan untuk tujuan berikut:
1. Pendidikan
2. Pelunasan hutang ptptn
3. Masalah kesihatan
4. Beli/bina rumah
5. Bayaran ansuran bulan pinjaman perumahan
6. Pengurangan pinjaman perumahan
7. i-lestari RM500 untuk 12 bulan sahaja (tempoh dr 1.04.2020 hingga 31.03.2021 sahaja)
*tertakluk pada syarat (rujukan KWSP)