Explore Langkawi

Explore Langkawi Page yang memaparkan info tempat penginapan, restoran & tempat yang menarik di pulau Langkawi, Kedah

Cuti sekolah datang lagiAdmin mengucapkan selamat beristirehat bersama keluarga & berhati-hati di jalan raya
24/05/2024

Cuti sekolah datang lagi

Admin mengucapkan selamat beristirehat bersama keluarga & berhati-hati di jalan raya

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.Berhati-hati memandu di jalan raya. Semoga selamat tiba ke destinasi....
09/04/2024

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Berhati-hati memandu di jalan raya. Semoga selamat tiba ke destinasi.

Jom datang ke Langkawi!

8 Tempat Membeli Belah di LangkawiSelain kaya dengan keunikan alam semula jadi, pulau berstatus bebas cukai ini juga men...
17/01/2024

8 Tempat Membeli Belah di Langkawi

Selain kaya dengan keunikan alam semula jadi, pulau berstatus bebas cukai ini juga menjadi destinasi membeli-belah kepada pengunjung dalam dan luar negara. Antara lokasi popular untuk shopping adalah :

1) The Zon Duty Free Zone, Pantai Cenang
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/Qbipion55GEHYg7p9

2) Teow Soon Huat Duty Free, Pokok Asam
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/jH8LuJWuiyWN37ig7

3) Jetty Point Complex, Kuah
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/JAekdcKWdct7fBc28

4) Atma Alam Batik Village, Padang Mat Sirat
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/XyKTDJEGY5a7k4ZA6

5) Cenang Mall, Pantai Cenang
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/KdU1JR7QqYifbrhC7

6) Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/2rpfbXEk7b4ecCbg8

7) Coco Valley, Jalan Padang Matsirat
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/e7PYijusn9EANVoRA

8) Perniagaan Haji Ismail Group, Kuah
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/aWRfZKRtEZsC5Q4NA

Boleh share di komen kalau ada lagi spot shopping lain yang anda tahu. Selamat bercuti.

Pulau Payar Marine ParkPulau Payar terletak dalam 30 km dari Pulau Langkawi. Pulau taman laut ini tidak mempunyai kediam...
15/01/2024

Pulau Payar Marine Park

Pulau Payar terletak dalam 30 km dari Pulau Langkawi. Pulau taman laut ini tidak mempunyai kediaman ataupun resort. Pengunjung boleh join aktiviti snorkeling dan scuba diving di sini. Pulau ini ditutup pada setiap hari Selasa dan Rabu serta antara bulan Mac hingga Mei setiap tahun.

Pengunjung boleh ke Pulau Payar dari 3 jeti ini :
- Jeti Kuah, Langkawi (1 jam)
- Jeti Kuala Kedah (30 minit)
- Pulau Pinang (2 jam)

Pakej snorkeling bermula dari harga RM280/pax untuk dewasa. Boleh beli di sini : https://shope.ee/7UrMHOes0C

Kepada peminat hidupan laut, boleh save post ni & share dengan kawan-kawan.

Air Terjun Telaga TujuhTempat ini adalah diantara tarikan utama kepada pelancong asing. Tetapi kurang menjadi tumpuan ke...
09/01/2024

Air Terjun Telaga Tujuh

Tempat ini adalah diantara tarikan utama kepada pelancong asing. Tetapi kurang menjadi tumpuan kepada warga tempatan. Lokasi tempat ini adalah berhampiran dengan Cable Car Langkawi. Ada 7 kolam kecil di air terjun ini.

Untuk ke tempat ini, pengunjung perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga. Namun, jangan risau, ada disediakan tempat duduk untuk anda berehat sebentar sebelum sambung semula perjalanan. Nikmati keindahan alam semula jadi di sini sepuasnya sebelum pulang ke hotel.

Pasar Malam di LangkawiSelain tempat-tempat yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, Langkawi juga meriah dengan Pas...
05/01/2024

Pasar Malam di Langkawi

Selain tempat-tempat yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, Langkawi juga meriah dengan Pasar Malam. Mungkin tempat ini kurang menarik bagi pengunjung tempatan, tetapi bagi pengunjung luar, di pasar malamlah tempat untuk mereka melihat budaya kita serta menikmati makanan tempatan pada harga yang berpatutan.

Berikut adalah senarai lokasi pasar malam sepanjang minggu di Langkawi :

Isnin : Ulu Melaka (Jalan Makam Mahsuri Lama)
Selasa : Kedawang
Rabu : Kuah (Berhampiran Baron Hotel)
Khamis : Kg Temonyong, Cenang
Jumaat : Ayer Hangat (Padang Lalang)
Sabtu : Kuah (Berhampiran Baron Hotel)
Ahad : Padang Mat Sirat (Berhampiran Beras Terbakar)

Boleh share dengan kawan-kawan yang nak pi melawat Langkawi nanti.

Kilim Geoforest ParkIni adalah diantara aktiviti yang menarik di Pulau Langkawi. Menyusuri kawasan hutan bakau, rizab al...
03/01/2024

Kilim Geoforest Park

Ini adalah diantara aktiviti yang menarik di Pulau Langkawi. Menyusuri kawasan hutan bakau, rizab alam semula jadi seluas 100 km persegi mempunyai warisan geologi purba yang berusia lebih 500 juta tahun. Ia telah diisytihar oleh UNESCO dan terpelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan.

Taman eko ini mempunyai banyak pokok bakau yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis haiwan. Para pengunjung dapat melihat pokok-pokok bakau di kiri dan kanan sungai semasa perjalanan melawat tempat menarik di Kilim Geoforest Park.

Ada banyak operator menawarkan perkhidmatan untuk membawa pengunjung ke sini. Sebuah bot yang boleh muat seramai 8 orang & tour selama 2 jam dikenakan caj sebanyak RM205/bot. Boleh beli siap-siap di link ini : https://shope.ee/5fPNS2ddur

Share gambar-gambar & komen semasa anda berkunjung ke sana. Boleh berikan juga tips kepada bakal pengunjung yang nak ke sana nanti.

Selamat Tahun Baru 2024Admin mengucapkan selamat tahun baru 2024 kepada semua. Semoga semua dimurahkan lagi rezeki & dap...
01/01/2024

Selamat Tahun Baru 2024

Admin mengucapkan selamat tahun baru 2024 kepada semua. Semoga semua dimurahkan lagi rezeki & dapat mencapai impian seperti yang dirancang, insyaAllah.

Ikhlas dari Team Explore!

Explore Langkawi
Explore Melaka
Explore Kuala Lumpur
Explore Cameron Highlands

Selamat petang semua. Jom sama-sama melihat pemandangan indah di Gunung Mat Cincang. Siapa yang s**a melihat pemandangan...
30/12/2023

Selamat petang semua.

Jom sama-sama melihat pemandangan indah di Gunung Mat Cincang. Siapa yang s**a melihat pemandangan indah Langkawi dari atas gunung? Yang mana lagi best? Masa matahari naik di waktu pagi atau pada waktu senja? Cuba share gambar-gambar di bahagian komen.

Selamat pagi dari Langkawi! Hari ini kita akan menerokai keindahan Pantai Cenang. Pantai Cenang terletak hanya 8 km dari...
28/12/2023

Selamat pagi dari Langkawi!

Hari ini kita akan menerokai keindahan Pantai Cenang. Pantai Cenang terletak hanya 8 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan merupakan antara spot pantai yang 'wajib singgah' kepada pengunjung. Ada pelbagai aktiviti menarik tersedia di sekitar kawasan pantai ini.

Siapa yang pernah mengunjungi Pantai Cenang sebelum ini? Ceritakan pengalaman anda di ruang komen!

Cuti Panjang Tahun 2024Tahun 2024 dah makin hampir. Dah boleh plan siap-siap tarikh untuk nak bercuti panjang.
24/12/2023

Cuti Panjang Tahun 2024

Tahun 2024 dah makin hampir. Dah boleh plan siap-siap tarikh untuk nak bercuti panjang.

Villa baru buka di LangkawiROCK CREEKVilla 7 bilik ini terletak di bahagian utara Pulau Langkawi, dalam 10 min dari Pant...
23/12/2023

Villa baru buka di Langkawi

ROCK CREEK

Villa 7 bilik ini terletak di bahagian utara Pulau Langkawi, dalam 10 min dari Pantai Tanjung Rhu.

Setiap bilik dilengkapi satu katil queen, aircond, kipas & water heater. Terdapat common area (berkongsi) yang ada kemudahan meja makan, water filter, peti ais & dapur.

Untuk tempahan, hubungi : wasap.my/60124767269

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61554639242042&mibextid=ZbWKwL

Skywalk Eagle NestAkan dibuka dalam Januari 2024 di Langkawi Cable Car Credit Langkawi SkyCab
17/12/2023

Skywalk Eagle Nest

Akan dibuka dalam Januari 2024 di Langkawi Cable Car

Credit Langkawi SkyCab

Underwater World LangkawiAntara tarikan utama di Pulau Langkawi adalah Underwater World Langkawi yang dibuka sejak Ogos ...
17/12/2023

Underwater World Langkawi

Antara tarikan utama di Pulau Langkawi adalah Underwater World Langkawi yang dibuka sejak Ogos 1995 dan terletak di Jalan Pantai Chenang. Ada pelbagai jenis kehidupan laut di sini. Jenis yang tak pernah dilihat pun ada. Ia bukan sahaja menjadi tempat rujukan ilmu, tetapi juga hiburan untuk seisi keluarga.

Admin ada offer promo discount untuk tiket masuk. Harga normal adalah RM40 (Dewasa) dan RM30 (Kanak-kanak). Harga selepas diskaun adalah RM34.90 (Dewasa) dan RM25.90 (Kanak-kanak).

Boleh beli di link berikut : https://shope.ee/7KXBacswB3

Jom share info ni kot-kot ada family atau kawan-kawan tengah plan nak ke Langkawi masa cuti sekolah ni.

Address

Langkawi
Langkawi

Telephone

+60123202611

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Explore Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share