21/03/2022
As salam YBhg Tuan.
*Syarat-syarat masuk ke THAILAND pada 1 APR 2022 Oleh Kerajaan THAILAND*
Pada 10 mac 2022, Jam 0900- 1130 bertempat di pejabat daerah Sungai Golok, Narathiwat , satu mesyuarat telah di adakan melibatkan agensi sempdan pihak Thailand. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:-
a) Pelawat dari Malaysia boleh masuk tetapi perlu dibuat swad test di CIQ Sg.Golok sebelum di benarkan masuk ke Thailand.
b) Kadar bayaran untuk Swad test antara 300.00 hingga 1,000.00 Bhat setiap seorang.
c) Bagi kemasukan pelawat secara berkumpulan mereka perlu kemukakan resit atau surat tempahan hotel yang akan mereka tinggal dan perlu membeli insuran diri, insuran ini akan dikeluarkan oleh pihak Imigresen atau Kastam Thailand.
d) Bagi yang tinggal lebih daripada sehari apabila mereka hendak pulang atau keluar daripada Thailand mereka perlu membuat swad test di CIQ Sungai Golok, Thailand sebelum meninggalkan Thailand.
e) Kenderaan pendaftaran Malaysia tidak dibenarkan masuk ke Thailand buat sementara waktu. Semua pergerakan di Thailand hanya menggunakan kenderaan Thailand. Hanya kenderaan perdagangan sahaja dibenarkan masuk ke Thailand.
f) Hanya pada bulan Jun 2022 pihak kerajaan Thailand baru membenarkan semua kenderaan luar masuk ke Thailand.
Lain - lain
a) Pada 14 mac 2022 semua agensi di ICQS Rantau Panjang, Kelantan akan ke CIQ Sg. Golok, Narathiwat untuk mesyuarat berkaitan pembukaan pintu sempdan.
*nota*
Perancangan ini adalah persediaan bagi pihak Thailand sekiranya pintu sempdan ICQS Rantau Panjang - CIQ Sg Golok di benarkan beroperasi pada 1 Apr 2022.
Syarat-syarat masih lagi dalam perbincangan serta dalam kajian pihak Thailand dan ianya akan berubah mengikut masa serta keadaan yang sesuai.
Untuk makluman Tuan.