03/05/2026
Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM) mengesahkan bahawa musim haji 2025 (1446H) menandakan kali terakhir haji jatuh pada puncak musim panas, dan corak ini tidak akan kembali untuk 25 tahun lagi
Ini sebab kalendar Hijrah lebih pendek kira-kira 11 hari berbanding kalendar Masihi, jadi tarikh haji beralih lebih awal setiap tahun. Susunan musim haji yang akan datang:
Lapan tahun pertama (mulai 2026), musim bunga (spring)
• Lapan tahun seterusnya, musim sejuk (winter)
• Kemudian musim luruh (autumn) dengan suhu yang beransur-ansur naik
• Kembali ke musim panas sekitar tahun 2050
Implikasinya besar, suhu dijangka 10 hingga 15 darjah lebih rendah berbanding tahun-tahun kebelakangan ini, yang akan mengurangkan risiko kepenatan haba dan strok haba khususnya bagi jemaah warga emas . Tahun lepas (haji 2024), suhu di Mekah pernah mencecah 46-51°C dengan lebih 2,760 kes strok haba dalam sehari.