Umrah Safar Buddies - PERAK

Umrah Safar Buddies - PERAK Umrah bersama Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd

✨ SALAM AIDIL ADHA 1447H ✨تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْTaqabbalallahu minna wa minkum“Semoga Allah menerima segala...
26/05/2026

✨ SALAM AIDIL ADHA 1447H ✨

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Taqabbalallahu minna wa minkum
“Semoga Allah menerima segala amal ibadah kami dan kalian.”

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Semoga Aidil Adha membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa serta mempereratkan ukhuwah sesama insan.

Buat para jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji, kami doakan agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.

“Sesungguhnya bukan darah dan daging korban itu yang sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada seluruh warga
Safar Buddies Travel & Services Sdn. Bhd.

✨ SALAM HARI ARAFAH 1448H ✨9 Zulhijjah adalah hari yang penuh kemuliaan, doa yang mustajab dan keampunan yang luas darip...
26/05/2026

✨ SALAM HARI ARAFAH 1448H ✨

9 Zulhijjah adalah hari yang penuh kemuliaan, doa yang mustajab dan keampunan yang luas daripada Allah SWT.
Semoga segala amal ibadah kita diterima, dosa-dosa diampunkan, serta dikurniakan hati yang sentiasa dekat kepada-Nya.

Buat para tetamu Allah yang sedang berwukuf di Arafah, semoga memperoleh haji yang mabrur dan diberi kemudahan dalam setiap urusan ibadah.

Jangan lupa untuk memperbanyakkan:
🤲 Doa & istighfar
📖 Bacaan Al-Quran
💛 Sedekah & amal kebaikan
🌙 Puasa Sunat Arafah
“Tiada hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.”
— (HR Muslim)

9 Zulhijjah 1448H
Ikhlas daripada Safar Buddies Travel & Services Sdn. Bhd.

20/03/2026
13/05/2025
✨ 𝟏𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧: 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫 ✨Malam-malam terakhir Ramadan bukan sekadar penghabisan bulan, tetap...
22/03/2025

✨ 𝟏𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧: 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫 ✨

Malam-malam terakhir Ramadan bukan sekadar penghabisan bulan, tetapi peluang terakhir untuk kita meraih keampunan dan rahmat Allah. Di dalamnya tersembunyi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan—𝗟𝗮𝗶𝗹𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗤𝗮𝗱𝗮𝗿.

Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam beribadah pada 10 malam terakhir ini, lebih daripada malam-malam lain. Baginda bersabda:

"Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain."
(Riwayat Muslim, No. Hadith 2009)

🔹 Jangan sia-siakan peluang ini.
✅ Perbanyakkan solat malam dan tilawah Al-Quran
✅ Bermunajat dengan doa dan istighfar
✅ Sedekahkan harta dan kebaikan kepada mereka yang memerlukan
✅ Lakukan ibadah dengan penuh keikhlasan dan harapan

Malam-malam ini menentukan siapa kita di sisi Allah. Gunakanlah dengan sebaiknya, kerana kita tidak tahu jika ini adalah Ramadan terakhir buat kita.

Ahlan wa sahlan ya Ramadan! Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa 😊
01/03/2025

Ahlan wa sahlan ya Ramadan!

Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa 😊

04/02/2025

Mewakili pengurusan Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd, takziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Meor Badi'auzzaman Bin Khairuddin, jemaah Safar Buddies Umrah Cuti Sekolah bersama Ustaz Radzi & Ustaz Zool.

Beliau telah wafat pada Isnin, 3 Februari jam 2:45 petang di Grand Plaza Madinah Hotel.

Telah selamat di solatkan selepas Subuh, Selasa 4 Februari, di Masjid Nabawi & di kebumikan di Tanah Perkuburan Baqi Al-Ghargad.

إنا لله وإنا إليه راجعون.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.

Semoga seluruh keluarganya di berikan kesabaran dan redha atas musibah yang menimpa. Mudah-mudahan almarhum dikumpulkan bersama orang-orang soleh.

Safar Buddies Travel & Services Sdn Bhd - 𝐇𝐐

27/12/2024

✨🕋 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐬𝐫𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧? 🕋✨
𝐌𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢, 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡!

𝐁𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐝𝐢𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐢𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓.
𝐁𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐬 𝐡𝐚𝐣𝐢 adalah untuk seorang Jemaah haji yang ingin menunaikan pada tahun ini.

📍𝐊𝐨𝐬 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐚𝐬𝐬𝐚𝐬𝐚𝐡 terdiri daripada:
1.Kos penerbangan
2.Kos pengangkutan
3.Kos penginapan di Arab Saudi
4.Kos sajian
5.Kursus haji
6.Kos perubatan
7.Bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi

Untuk pengetahuan lebih lanjut, sila hubungi kami:
https://wa.link/xoysjn





Address

Manjung
Manjung

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Safar Buddies - PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umrah Safar Buddies - PERAK:

Shortcuts

Share

Category