10/02/2026
MESYUARAT PENILAIAN PERMOHONAN PERSATUAN² HOMESTAY UNTUK PENAMBAHBAIKAN LAMAN SESAWANG JOMHOMESTAY.MY DAN GO2HOMESTAY.MY.
📅 : 9 FEBRUARY 2026 (ISNIN)
⌚ : 2:30 petang
📍 : Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 16, Tourism Malaysia
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Zuraini (Pengarah BPP, TM Tourism Malaysia) dan Puan Nely Stephanie Nasir (SUB, BPI, MOTAC Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia).
Agenda Mesyuarat :-
1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat
2. Taklimat dan Pembentangan :
a. BPP, TM
b. BPI, MOTAC
c. PPHM - secara berasingan
d. MKHA - secara berasingan
3. Penilaian dan ulasan ke atas permohonan
4. Hal-hal lain
5. Penutup
MKHA diwakili oleh:-
1. Tuan Zohaime Muhamad Sori (Presiden)
2. Tuan Mistam Taib (SUA)
3. Puan Jenny (NP)
MKHA telah membentangkan beberapa cadangan demi menambah baik dan memperkasakan laman web jomhomestay.my agar kekal relevan seterusnya menjadikan website ini sebagai platform utama untuk tempahan Pakej² Program Pengalaman Homestay dan Kampungstay Malaysia setanding dengan Agoda.com dan Booking.com.
Antara yg dicadangkan oleh MKHA :-
1. Road tour setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
2. Sesi bimbingan latihan dan Teknikal jomhomestay.my.
3. Pemilihan content seperti gambar dan video yang menarik dan berkualiti.
4. Penambahan Pelbagai Bahasa seperti Inggeris, Cina, Jepun dll.
5. Sistem Rekod Pelawat / Pelayar.
6. Payment gateway di tambah seperti VISA dan MASTERCARD untuk pembelian pelancong Antarabangsa.
Semoga pembentangan semalam mendapat Perhatian dan kelulusan yang sewajarnya daripada TM dan MOTAC demi manfaat bersama Pejuang² Homestay dan Kampungstay / Pelancongan Desa di Malaysia.
Mesyuarat semalam berakhir pada jam 5:30 petang.
Sekian,
Terima Kasih.
Jenny - NP MKHA 🌹