24/02/2026
Perlu kita tahu bahawa perairan air tawar semulajadi terbahagi kepada beberapa jenis, termasuklah di negara kita. Jangan asalkan air nampak gelap kehitaman atau keruh kita terus buat andaian sendiri bahawa sungai itu tercemar, pencemaran perlu dinilai berdasarkan beberapa indikasi, bukan sekadar warna air.
Secara umumnya, ada 4 jenis air tawar semulajadi utama di Malaysia, iaitu air jernih (clearwater), air hitam (blackwater), air keruh (whitewater), dan air perang (brownwater). Setiap jenis air ini dipengaruhi oleh persekitaran, geologi, dan pelbagai lagi, dan setiap jenis air memiliki parameter yang sedikit berbeza termasuk kandungan mineral (hardwater vs softwater).
- Air jernih (clearwater)
β’ Air jernih atau clearwater di Malaysia kebanyakannya ditemui di hulu sungai pergunungan dan kawasan hutan dara, seperti di Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker, dan kawasan pedalaman sama ada tinggi atau rendah. Air jernih biasanya berpunca daripada mata air gunung, tadahan hujan, dan aliran yang melalui batuan granit, metamorfik atau batu pasir yang kurang larut.
β’ Litupan hutan tebal mengurangkan hakisan tanah, menyebabkan air kekal jernih dengan sedimen yang rendah. Kadar pH air jernih di Malaysia biasanya neutral (7.0) tapi ada yang hampir berasid, iaitu sekitar pH 6.0 hingga 7.5, dan boleh meningkat ke pH yang beralkali jika melalui kawasan batu kapur.
β’ Dari segi kandungan mineral, air jernih di Malaysia lazimnya adalah softwater sederhana, kecuali di kawasan karst seperti Perlis, Gua Musang dan Gunung Mulu di mana air jernih boleh menjadi hardwater akibat pelarutan kalsium karbonat.
β’ Habitat air jernih penting untuk ikan rheofilik seperti Kelah (Tor tambra), Tengas (Neolissocheilus sp.), Daun (Poropuntius deauratus) dan beberapa lagi spesies terutamanya dari kalangan keluarga Cyprinidae. Sebab itu perlu tahu, bukan semua anak sungai ada ikan Kelah, tapi hampir kesemuanya ada ikan Tengas, kerana faktor parameter dan biodiversiti yang serasi.
- Air hitam (blackwater)
β’ Air hitam atau blackwater di Malaysia lazimnya terbentuk di kawasan hutan paya gambut dan dataran rendah, tapi ada juga air hitam dari tanah tinggi seperti bukit atau pergunungan. Tanah gambut tropika yang tebal dan kaya bahan organik menghasilkan asid humik dan tannin apabila daun, kayu dan bahan tumbuhan mereput dalam keadaan anaerobik. Hujan tropika yang tinggi p**a mencuci keluar mineral asas, menyebabkan air menjadi sangat miskin kalsium dan magnesium.
β’ Kadar pH air hitam di Malaysia biasanya sangat berasid, sekitar 3.0 hingga 5.5, walaupun ada sistem yang sedikit lebih neutral jika bercampur air mineral. Dari segi kandungan mineral, air hitam di Malaysia hampir selalunya adalah softwater yang ekstrem, dengan kekonduksian elektrik rendah dan alkaliniti hampir sifar.
β’ Ekosistem air hitam ini menyokong banyak spesies ikan yang adaptif seperti Pelaga (Betta sp.), Seluang Kerdil (Boraras sp.), Ruanjuk (Channa bankanensis.), Kelisa (Scleropages formosus), dan pelbagai lagi, termasuk komuniti invertebrata yang tahan asid.
- Air keruh (whitewater)
β’ Air keruh atau whitewater di Malaysia biasanya dominan di bahagian tengah hingga hilir sungai besar seperti Sungai Perak, Sungai Pahang, Sungai Rajang, dan beberapa lagi sungai. Ia terbentuk secara semula jadi melalui hakisan tanah laterit tropika, runtuhan tebing sungai, proses aluvium dataran banjir, serta banjir bermusim monsun yang membawa sedimen halus dalam jumlah besar.
β’ Faktor tanah tropika yang kaya oksida besi dan aluminium yang mudah terhakis, menyebabkan warna air menjadi keruh seperti warna tanah atau kelabu susu. Kadar pH air keruh di Malaysia lazimnya hampir neutral hingga sedikit alkali, sekitar 6.5 hingga 8.0, bergantung kepada sumber sedimen dan geologi.
β’ Dari segi kandungan mineral, air keruh biasanya adalah hardwater sederhana hingga tinggi, kerana sedimen mineral dan ion terlarut meningkatkan alkaliniti dan hardness air.
β’ Ekosistem air keruh Malaysia sangat produktif, menyokong spesies ikan dataran banjir seperti Patin (keluarga Pangasiidae), Baung (keluarga Bagridae), Lampam (Barbonymus sp.), Temoleh (Probarbus jullieni), Tapah (Wallagonia leerii), dan pelbagai lagu spesies migratori.
- Air perang (brownwater)
β’ Air perang atau brownwater di Malaysia sering ditemui di kawasan hutan sekunder, pertanian, ladang, dan sungai dataran rendah yang menerima campuran bahan organik dan sedimen mineral. Ia boleh dianggap sebagai peralihan antara air hitam dan air keruh aluvium. Penyebab utama termasuk input daun reput, tanah organik separa terdegradasi, serta hakisan tanah mineral sederhana akibat aktiviti semula jadi atau manusia.
β’ Kadar pH air perang di Malaysia biasanya sedikit berasid hingga hampir neutral, sekitar 5.5 hingga 7.0. Dari segi kandungan mineral, air perang boleh menjadi softwater hingga hardwater yang sederhana, bergantung kepada sama ada kawasan tadahan didominasi tanah gambut (lebih lembut) atau tanah mineral dan batu kapur (lebih keras).
β’ Ekosistem air perang biasanya menyokong komuniti ikan campuran antara spesies paya dan sungai utama, menjadikan biodiversitinya lebih pelbagai berbanding ketiga-tiga jenis air tawar di atas.
Dalam konteks di Malaysia, softwater vs hardwater sangat dipengaruhi oleh faktor geologi dan iklim tropika.
Softwater lazim ditemui di kawasan batuan granit, batu pasir, dan tanah gambut, di mana hujan lebat tropika melarut dan mencairkan mineral terlarut, menghasilkan air dengan kandungan kalsium dan magnesium yang rendah serta kapasiti penampan yang lemah. Kadar pH softwater di Malaysia biasanya berasid hingga neutral (pH sekitar 4.0β7.0).
Hardwater p**a lazim ditemui di kawasan batu kapur dan karst, di mana pelarutan kalsium karbonat meningkatkan pH dan kandungan mineral air kepada neutral hingga beralkali (pH sekitar 7.0β8.5).
Air jernih, air keruh, dan air perang di Malaysia boleh menjadi hardwater jika melalui formasi batu kapur, manakala air hitam hampir sentiasa adalah softwater kerana sifat tanah gambut yang miskin mineral.
Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti air tawar yang sebenarnya tercemar? Ada beberapa indikasi yang perlu diteliti, antaranya ialah kesan yang signifikan seperti ada banyak sampah pepejal, warna air yang abnormal, bau yang abnormal, dan banyak kematian ikan serta hidupan akuatik yang lain. Kerana, ada juga sungai yang telah kepupusan ikan (kesan penangkapan berlebihan, renjatan, dll.) namun tiada berlaku pencemaran, tapi sungai begini boleh dikenal pasti melalui rantaian makanan yang dilihat tidak seimbang, seperti ledakan alga, atau ada satu ke dua pesies yang pop**asinya menjadi berlebihan dari kebiasaan.
Kredit : JejakAirTawar