Jalan Jalan Dalam Malaysia

Jalan Jalan Dalam Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jalan Jalan Dalam Malaysia, Pulau Tengah, Mersing.

25/12/2023
Assalamualaikum. Salam sejahtera, berhabuk dah page ni. Lama x post. Harini aku nak post 1 tempat yg tgh panas, baru kel...
03/05/2023

Assalamualaikum. Salam sejahtera, berhabuk dah page ni. Lama x post. Harini aku nak post 1 tempat yg tgh panas, baru keluar dari ketuhar.
KgStay Teluk Buih, terletak lebih kurang 12km dari Bandar Mersing. Kawasan ni asalnya kawasan nelayan melabuhkan hasil tangkapan. Siapa sangka akan jd secantik ini. Mmg blh bg 10 🌟 kepada Majlis Daerah Mersing, ECERDC & keseluruhan team yg telah menyiapakan tempat ni. Kg Stay menyediakan 8unit chalet berkembar & 2unit chalet banglo berkonsepkan kampung & modern. Di sini juga ada menyediakan sebuah Dewan yg luas & sngt sesuai utk apa jua jenis program. Tp kalau buat utk majlis perkahwinan lg cun la. Sbb view dlm album kahwin korg akan cun giler. Korg xyah g jauh2 nak buat outdoor. Semua elimen ada di kg stay teluk buih. Berdekatan tempat ini juga terletaknya bukit selantai, bukit ni dgr cerita jadi track mountain bike yg bertaraf antara bangsa. Di sini juga tempat bot2 trip memancing akan berlepas. Jd dgn adanya pasar nelayan, track mountain bike, jeti memancing & jeti nelayan akan menaikan lagi ketenangan dlm percutian anda. Tempat ni akan berjaya buat korg lupa bertapa s**arnya perjalanan ke Mersing. Sy percaya & berharap kawasan ni akan naik tanpa mengenepikan org2 tempatan. Cukup smpai sini je post sy. Bg pengemar Jalan Jalan dalam Malaysia. Ini adalah salah 1 tempat wajib korg pergi.

Untuk tempahan blh click link di bawah :-
https://forms.gle/VjqfyWJYqP4eS8sCA

Sebarang pertanyaan korg blh hubungi Majlis Daerah Mersing Mdmg.

Assalamualaikum & salam sejahtera.


24/06/2020

Assalamualikum dan salam sejahtera
Admin nak babtu promo 1 tempat yg ramai di kalangan kita tidak tahu. Pulau ni terletak di Negeri Johor. Mengambil masa lebih kuranh 2jam 30minit perjalanan menaiki bot laju dari Terminal Jeti Mersing.
Tempat yang indah dah tenang.
Sesuai untuk percutian keluarga dan berkumpulan.


16/06/2020

Boleh cuba pergi. Tempat cantik dan tenang.
Sesuai utk percutian keluarga.


Assalamualaikum dan salam sejahteraMemandangkan kerajaan Malaysia sudah mengumukan PKPP akan di mulakan dan beberapa ind...
09/06/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memandangkan kerajaan Malaysia sudah mengumukan PKPP akan di mulakan dan beberapa industri boleh beroperasi termasuk industri pelancongan domestic. Alhamdulillah. Takde la ramai dari industri ni hilang mata pencarian.

Jd kali ni kami nak bawa anda semua ke kampung paya yg berada di pulau yg terkenal di Malaysia malah pulau ini juga termasuk dalam salah 1 pulau tercantik dari 10 pulau tercantik di dunia.

Pulau tioman berada di negeri Pahang Darul Makmur. Dari jeti tg gemok atau jeti mersing anda semua boleh sampai ke pulau tioman dalam masa 1jam 30minit perjalanan menaiki ferry yg selesa dan selamat.

Sy memilih kampung paya sebab kami penah sampai dan percutian 3h2m kami sngt puas hati dan selesa.

Ada beberapa resort, chalet private, sea sport center dan dive center di kampung paya. Penduduk asal kampung paya juga ramah dan baik. Sepanjang kami duduk di kampung paya ni tidak ada perkara yg tidak di ingini berlaku. Contoh mcm kecurian atau lain2 masalah. Kemudahan di kampung paya ini boleh dikatakan lengkap.

Sebelum terlupa anda juga boleh lakukan aktiviti lasak seperti jungle trekking di temani oleh tourists guide berpengalaman dan pergi ke rockfall untuk menyejukan badan dgn air yg sejuk dan nyaman dari bukit batu.

Akhir kata. Kampung lain di tioman juga indah dan selamat utk di kunjungi. Pilihan di tgn anda.


Assalamualaikum & salam sejahteraLokasi yang bakal anda semua pergi kali ni terletak di daerah paling timur Johor iaitu ...
27/05/2020

Assalamualaikum & salam sejahtera

Lokasi yang bakal anda semua pergi kali ni terletak di daerah paling timur Johor iaitu Mersing.

Kami sebenarnya berat hati nak post pasal destinasi percutian memandangkan kita dlm tempoh PKPB. Industry pelancongan adalah industry yg paling terjejas dalam masa kita melawan virus Covid-19 ini.

Jadi bagi peminat dan pengemar travel kami hidangkan santapan mata untuk anda semua melepaskan rindu untuk travel terutama di dalam Malaysia.

Kita ke Batu Batu Resort, Tengah Island Mersing, Johor Darul Takzim.
Kira2 15KM dari jeti Mersing. Dan mengambil masa 30Minit(paling lama) untuk sampai ke pulau ini.

Pulau tengah ni hak milik persendirian. Dan pada zaman 70an - 80an pulau ini pernah menjadi tempat perlindungan pelarian Vietnam.

Pulau ini antara pulau yg digazet sebagai Taman Laut Sultan Iskandar kerana hidupan marin dan keindahan terumbu karang nya. Dan aktiviti riadah pantai yg lain seperti snorkeling, diving dan berkayak juga boleh di lakukan di sana.

Akhir kata, semoga kita dijauhkan dari wabak covid-19 dan kita sama2 lawan virus untuk kita.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.batubatu.com.my/diving-activities




08/05/2020

Mana tempat pertama anda nak lawati selepas PKP ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Taman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di luar bandar Melaka, berhampiran ...
20/01/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Taman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di luar bandar Melaka, berhampiran bandar Ayer Keroh. Jika anda mempunyai minat dalam seni bina tradisional dan s**akan cara hidup sebegini, ini adalah tempat yang hebat dan paling sesuai untuk diterokai.Taman ini merupakan tempat menarik di Melaka.

Setiap rumah mewakili gaya seni bina 13 buah negeri di Malaysia dan dilengkapi dengan pelbagai barangan, seni dan kraftangan yang menggambarkan budaya setiap negeri.

Setiap binaan di dalam taman ini hampir kepada senibina, struktur dan material asal rumah melayu... Pada pendapat admin tempat ini sesuai untuk riadah keluarga dan menjadi ujikaji bagi pelajar dalam jurusan Senibina...

Pada asasnya, ini adalah peluang untuk melihat kesemua senibina dan warisan Malaysia. Ia adalah kawasan persinggahan yang boleh menenangkan fikiran dari kesibukan dan hiruk-pikuk bandar Melaka yang berdekatan. Jadi jangan lupa ntuk singga ke Taman mini Malaysia ini.

Alamat : Berhampiran Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Nombor Telefon : 06-234 9988

Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m (Ahad tutup)

Harga tiket :
Warganegara Dewasa : RM 10.00
Warganegara Kanak-kanak : RM 5.00
Warganegara Pelajar : RM 7.00
Bukan Warganegara Dewasa : RM 15.00
Bukan Warganegara Kanak-kanak : RM 7.00
Bukan Warganegara Pelajar : RM 10.00






Sumber : Tempat Menarik Malaysia

Assalamualikum dan salam sejahtera...Destinasi kita kali ini di Kelantan Darul Naim yang sinonim dengan gelaran negeri s...
29/12/2019

Assalamualikum dan salam sejahtera...
Destinasi kita kali ini di Kelantan Darul Naim yang sinonim dengan gelaran negeri serambi mekah...

Pasar terapung / floting market cukup sinonim dgn negara jiran kita iaitu Thailand, kini boleh di dapati di daerah Tumpat, Kelantan dan lokasinya di Kampung Pulau Suri, Tumpat.
Bagi mereka yang gemarkan makanan popular orang Kelantan anda di galakkan ke sini sambil merasai pengalaman yang berbeza ketika membeli juadah. Pasar terapung ini juga sangat unik dan tiada negeri lain lagi yang menawarkan produk pelancongan seperti ini...

Selain membeli belah, di pasar ini juga menawarkan pakej "River Cruise" dengan harga antara RM5 hingga RM15 seorang bergantung kepada pilihan bot yang ingin dinaiki untuk bersiar-siar menelusuri sungai yang ada di daerah Tumpat.

Semoga tempat ini menjadi terkenal dan bertambah maju hendaknya...

Alamat
Kampung Pulau Suri, Tumpat

Waktu Operasi
Setiap hari Sabtu
8.00am - 3.00pm

Bayaran/tiket
- menaiki bot dari Jeti Kuala Besar, Kota Bahru
Rm 2.00 / sehala ( perjalanan 10minit )
-Bayaran masuk ke Pasar Pulau Suri
Dewasa RM 5.00
Kanak2 RM 2.00




Assalamualikum dan Salam sejahtera...Kepada peminat haiwan jenis mamalia yang terbesar hidup di daratan... Anda di syork...
28/12/2019

Assalamualikum dan Salam sejahtera...
Kepada peminat haiwan jenis mamalia yang terbesar hidup di daratan... Anda di syorkan untuk pergi ke *KENYIR ELEPHANT VILLAGE* yang terletak berhampiran dengan tasik kenyir... Tempat liburan seisi keluarga...di lengkapi dengan kemudahan surau, kafeteria dan tandas awam... harga berpatutan... Anda boleh mencabar diri anda untuk berjalan di jambatan gantung... Dan mempunyai 2 menara tinjau... Selepas letih berjalan anda boleh menjalan kan aktiviti seperti memberi makan gajah, menunggang gajah(yg ni admin tak s**a), melihat persembahan gajah dan yang paling istimewa pengunjung boleh merasa pengalaman memandikan gajah...

BAYARAN MASUK KENYIR ELEPHANT VILLAGE
Dewasa: RM40
Kanak-kanak: RM20 / RM10

Waktu Operasi
9AM - 5.30PM (setiap hari)
Closed during Friday prayer (12.30 pm - 2.30 pm)

Alamat
Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia



Majlis penyerahan projek pembangunan Tanjung Penyabong, Mersing, Johor... Di sempurnakan oleh Menteri Besar Johor dan di...
09/12/2019

Majlis penyerahan projek pembangunan Tanjung Penyabong, Mersing, Johor... Di sempurnakan oleh Menteri Besar Johor dan diraikan oleh CEO ECERDC, Ahli Parlimen Mersing dan ADUN Endau... Semoga Tanjung Penyabong Menjadi destinasi pelancongan yang maju dan berjaya... Amin inshaAllah...

Address

Pulau Tengah
Mersing

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalan Jalan Dalam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share