25/02/2026
Ramadan malam ke-8
Semalam sampai dari tanah suci hari ni bertugas imam jemputan sebagai imam solat tarawih di Masjid Al-Muttaqeen Kg.Kelanahan,Papar.
Moga kita mengambil kelebihan Ramadan yang sedang kita lalui pada kali ini dengan sebaik mungkin. Kerana Allah SWT menghamparkan pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang tidak terhingga banyaknya.
قال رسول الله ﷺ
«إذا جاء رمضان فُتحت أبواب الجنة، وغُلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين».
“Apabila datang Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan.”
(HR:al-Bukhari & Imam Muslim)