Pasir Gudang Tourism Association -PGTA

Pasir Gudang Tourism Association -PGTA Memperlihatkan program serta aktiviti-aktiviti pembangunan Pelancongan di Pasir Gudang,Johor

SESI PERBINCANGAN PGTA - KPJ PASIR GUDANGPetang semalam (April 21, 2025), Pengerusi Persatuan Pelancongan Pasir Gudang (...
22/04/2025

SESI PERBINCANGAN PGTA - KPJ PASIR GUDANG

Petang semalam (April 21, 2025), Pengerusi Persatuan Pelancongan Pasir Gudang (PGTA), Encik Madyasir telah melakukan sesi perbicangan bersama Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang.

Agenda utama sesi berkenaan adalah untuk membincangkan kerjasama antara PGTA dan KPJ Pasir Gudang dalam bidang Pelancongan Kesihatan (Health Tourism) di Pasir Gudang.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Erman dan Encik Raden atas kesudian meluangkan masa. Moga segala yang dibincangkan membuahkan hasil yang bermanfaat untuk industri pelancongan di Pasir Gudang.

Insya-Allah.

14/03/2025
02/03/2025
MESYUARAT PERSATUAN PELANCONGAN PASIR GUDANG BIL. 1/2025Petang tadi telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Persatuan...
08/02/2025

MESYUARAT PERSATUAN PELANCONGAN PASIR GUDANG BIL. 1/2025

Petang tadi telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Persatuan Pelancongan Pasir Gudang (PGTA) Bil. 1/2025. Mesyuarat berkenaan diadakan di Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Dipengerusikan oleh Tuan Madyasir Ahmad Basir selaku Pengerusi PGTA 2024/2026. Agenda utama mesyuarat membincangkan hala tuju dan takwim PGTA bagi tahun 2025.

Alhamdulillah, kata putus telah dicapai. Moga segala yang dirancang berjalan dengan baik dan dipermudah seadanya. Demi kemajuan industri pelancongan Pasir Gudang.

Insya-Allah.

08/02/2025
08/02/2025

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG (FLLSPG) KALI KE-27 (12-16 Feb 2025)

Tempat :
Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang, Johor

Anjuran :
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia dengan kerjasama Tourism Johor, Tourism Malaysia, Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) dan Persatuan Pelancongan Pasir Gudang (PGTA)

Pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), 2024 buat Kali Ke-27, sila hubungi:-
Sektetariat
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), 2024 buat Kali Ke-27
📲 : 019-757 0779
(Haji Ismail Bin Haji Mat Taib - Setiausaha)
📱 : 013-712 8242
(Haji Anuar Bin Abd Ghani)
Jawatankuasa Gerai-Gerai Jualan
📱 : 011-726 88212
(Encik Razali)



02/02/2025
SUMBANGAN BAKUL KASIH JOHOR KEPADA PEMANDU BAS DAN TEKSI Januari 12, 2025.Pengerusi Persatuan Pelancongan Pasir Gudang (...
12/01/2025

SUMBANGAN BAKUL KASIH JOHOR KEPADA PEMANDU BAS DAN TEKSI

Januari 12, 2025.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Pasir Gudang (PGTA), Tuan Madyasir Ahmad Basir menyatuni golongan penggerak industri pelancongan iaitu pemandu-pemandu bas dan teksi di Terminal Bas Pasir Gudang.

Sesi serahan sumbangan Bakul Kasih Johor turut diadakan kepada 10 orang pemandu bas dan 10 orang pemandu teksi di Terminal tersebut. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan YB ADUN Permas Tn. Hj. Bahar atas sumbangan berkenaan.

Moga hubungan yang baik antara PGTA dan golongan pemandu bas dan teksi di Pasir Gudang akan membantu merancakkan lagi pembanguan industri pelancongan di Pasir Gudang.

Insya-Allah.

Address

Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar
Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasir Gudang Tourism Association -PGTA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pasir Gudang Tourism Association -PGTA:

Share