24/04/2026
" Impian tercapai "
LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK...................................................................
Ketika saya menjadi Menteri Tenaga & Sumber Asli ( KeTSA ) dan dalam lawatan rasmi saya ke Kawasan Geopark Kinta Perak pada 21 Februari 2021, saya membuat pengumuman Lenggong bakal menjadi kawasan GEOPARK. Ketika itu saya sudah meyakini kerana dengan kelebihan yang ada Lenggong mampu mendapat status LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK dan ianya menjadi realiti kini.
Malah Lenggong menjadi satu satu kawasan di Semenanjung Malaysia mendapat 2 pengiktirafan bertaraf antarabangsa iaitu :
" LENGGONG TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO dan LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK "
Saya yakin semua ini akan mampu membawa kemajuan dalam pelbagai bidang selepas ini. Segala kelebihan yang ada akan dipelihara dan ditingkatkan serta kekurangan yang ada akan diperingkatkan.
Semoga Lenggong kekal harum dipersada dunia dan rakyat mendapat limpahan ekonominya.
Saya, bersama Pegawai Daerah Hulu Perak, YDP & Setiausaha Majlis Daerah Lenggong akan bersama YAB Menteri Besar Perak ( ADUN Kota Tampan Lenggong ) di berada di Paris 27 April 2026 ini bagi menerima Pengiktirafan LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK oleh UNESCO.
Catatan:
Dalam waktu yang sama program Promosi LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK & LENGGONG TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO juga akan dilakukan di Pejabat Tourism Malaysia Paris serta Pejabat Tourism Malaysia London sebagai usaha promosikan Lenggong di UK dan Eropah.
Source: Harian Metro https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2021/02/677142/lenggong-bakal-diisytihar-sebagai-geopark-kebangsaan-metrotv
VEDIO LAWATAN KE GEOPARK KINTA
Source: YouTube https://share.google/WCG35NlUFvoeNfzhy
LENGGONG LEMBAH WARISAN DUNIA/WORLD HERITAGE SITE Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - PERAK SADC Penerangan UMNO Malaysia Sayangi Lenggong Studio Kementerian Dalam Negeri (KDN) Gerik Fan Club Lenggong News Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia National Geographic Animals Tourism Perak Gerik Press : Persatuan Anak Gerik Di Perantauan Tourism Malaysia