22/06/2024
Musim umrah bermula lagi, ada yang dah pergi pun sehari dua ini.
Sedikit perkongsian buat rakan-rakan sebelum bertolak ke Tanah Suci. Pesanan dari guru dan pelajaran dari pengalaman.
1. Niat
Ikhlas dan semata-mata kerana Allah
2. Sumber kewangan
Pastikan halal, tetapi jangan sampai takut atau was-was. Was-was ni kerja syaitan.
3. Bersiap sedia dengan ilmu
Umrah bukan ibadah berjemaah, jadi kita wajib ada ilmu supaya dapat melaksanakannya dengan sempurna. Laksanakan sebaik mungkin. Mutawwif hanya pembimbing dan bukan seperti imam dalam solat.
Fahami Rukun dan Wajib umrah
Belajar dan bertanya jika tidak faham, dan bertanya pada yang orang yang selayaknya. Rujuk segala masaalah berkaitan dengan Mutawwif, bukan tanya facebook atau google.
4. Redha dengan keadaan yang bukan dalam kawalan kita
Fahami bahawa budaya jemaah berbeza-beza. Contohnya mungkin ada jemaah yang tidak pernah jumpa eskalator. Jemaah yang buta huruf dan lain2.
5. Umrah ibadah fizikal
Tidak ada bacaan wajib seperti solat, tetapi baik banyakkan doa. Berdoa dan bukan baca doa. Boleh siap-siap tulis atas kertas segala yang nak kita minta dari Allah SWT.
Sediakan fizikal kita dengan exercise secukupnya sebelum pergi umrah.
6. Jangan ikut-ikut
Buat ibadah seperti yang kita pelajari. Kita akan nampak macam-macam perkara semasa umrah.
7. Jaga adab, jaga pertuturan.
Jaga silaturrahim dengan rakan serombongan. Bertolak ansur sentiasa.
8. Sentiasa ingat *kita adalah TETAMU* kepada yang Maha Agong. Insan terpilih dari jutaan, hargai jemputan ini sebaiknya.
9. Umrah yang Mabrur akan dibawa didalam kehidupan kita seterusnya. Kita jaga ibadah, jaga silaturrahmi, jaga adab dan sentiasa menyukai sifat2 mahmudah.
Ramai yang bercita-cita untuk pergi umrah tetapi tidak berusaha. Ramai yang ada duit, tetapi melengah2kan. Pokoknya, umrah jemputan Allah SWT tetapi kita wajib berusaha untuk mendapat jemputan ini.
Semoga bermanfaat.
Wallahua'lam.