Travel Treasure

  • Home
  • Travel Treasure

Travel Treasure Full-time traveler who passionately plan her solo trip around the world & with like-minded buddies.

Kalau Marrakech tu ibarat sebuah lagu yang meriah dan berwarna-warni, Majorelle Garden ni macam chorus dia — tenang, can...
20/07/2025

Kalau Marrakech tu ibarat sebuah lagu yang meriah dan berwarna-warni, Majorelle Garden ni macam chorus dia — tenang, cantik, tapi tetap penuh karakter.

Taman ni dulu milik pelukis Perancis, Jacques Majorelle. Dia jatuh cinta dengan Morocco, beli tanah ni, dan ambil masa hampir 40 tahun untuk hasilkan taman botanical paling iconic kat Marrakech. Pokok kaktus yang tinggi menjulang, kolam biru dengan teratai, dan bangunan warna biru elektrik — Majorelle Blue — yang sekarang jadi warna trademark taman ni.

Tapi lepas Majorelle meninggal, taman ni hampir dibiarkan terbengkalai… sampai datang dua penyelamat: Yves Saint Laurent dan Pierre Bergé. Diorang beli taman ni, restore balik, dan jadikan tempat awam. Sekarang, ramai yang datang bukan je sebab kecantikan dia, tapi juga sebab rasa tenang yang susah nak explain.

Kalau penat dengan hiruk-pikuk souk dan jem kota, inilah tempat untuk tarik nafas dalam-dalam. Boleh lepak bawah pokok, dengar bunyi air, dan ambil gambar kat setiap sudut (seriously, every angle is IG-worthy).

Ada juga Museum of Berber Art kat dalam taman ni — kalau korang nak tengok koleksi pakaian dan barang tradisi kaum Berber yang penuh warna dan budaya.

Satu jam dalam Majorelle Garden, rasa macam reset otak. Balik nanti, korang mungkin cari pasu biru kat Shopee sebab rindu vibe taman ni 😆

📆 9D8N MOROCCO SAHARA DESERT 2026
📅 17 – 25 Apr 🌸
📅 1 – 9 Nov 🍁 (7 slot)
(14 pax per group)
💸 RM4,700/pax


📲 Nak join dan tenangkan jiwa kat taman iconic ni? Klik sini terus: www.wasap.my/60165548781/TripMorocco

Masa mula-mula nampak Haldi Cones dari jauh, dalam van lagi, terus senyap satu kumpulan. Semua ternganga. Bukit-bukit ta...
19/07/2025

Masa mula-mula nampak Haldi Cones dari jauh, dalam van lagi, terus senyap satu kumpulan. Semua ternganga. Bukit-bukit tajam menjulang macam lukisan, tapi real depan mata.

Kalau korang pernah rasa ‘eh ni macam bukan dunia kita’, itulah Haldi. Sekali pandang macam gurun. Tapi makin dekat, makin nampak detail , tekstur batu dia, warna kekuningan dia, bayang-bayang yang berubah ikut matahari. Ada yang terus cakap, “Ni macam Grand Canyon versi Baltistan lah!”

Tapi Haldi Cones bukan sekadar cantik. Tempat ni ada sejarah. Lokasi ni dulu sebahagian daripada laluan perdagangan lama , tempat lalu-lalang kafilah dan peniaga dari Asia Tengah. Ada yang kata dulu, tempat ni jadi kawasan perlindungan dari angin kuat dan ribut pasir. Sekarang, dia jadi port photoshoot yang gila cun especially masa matahari senja sentuh puncak-puncak tu.

Dan kalau nak bawa balik apa-apa dari Haldi Cones, bukan batu (tolong jangan curi landscape orang ya), tapi rasa kagum. That reminder, yang kadang-kadang, kita tak perlu pergi jauh dari bumi untuk rasa 'otherworldly'. Alam dah bagi kita cukup banyak sebab untuk rasa kecil, tapi bersyukur.

📆 12D11N PAKISTAN CHERRY BLOSSOM (Islamabad, Hunza, Skardu) 2026
📅 15 – 26 Apr 🌸 (7 slots)
(15 pax per group)
💸 RM4,400/pax


📲 Nak join team kagum Haldi Cones? Klik je: www.wasap.my/60165548781/TripPakistan2026

Kadang bila sebut aurora je, terus terbayang salji tebal, suhu beku, dan jaket tebal sampai tak boleh tunduk. Tapi koran...
18/07/2025

Kadang bila sebut aurora je, terus terbayang salji tebal, suhu beku, dan jaket tebal sampai tak boleh tunduk. Tapi korang tahu tak — ada satu lagi versi Scandinavia yang lebih chill. Cuaca tak ekstrem, jalan pun clear, dan aurora masih setia menari di langit.

Autumn trip ni lebih ringan, lebih santai. Kita boleh explore bandar-bandar tanpa kaki tenggelam dalam salji. Dan salah satu spot paling rileks untuk kita mulakan hari — Esplanade Park di tengah-tengah Helsinki.

Bayangkan taman hijau luas diapit bangunan klasik, pokok-pokok bersusun kemas, dan suasana tenang penuh karakter. Orang tempatan datang lepak sini waktu petang — sambil minum kopi, baca buku, atau sekadar duduk diam tengok dunia bergerak.

Kita pun akan join vibe tu. Jalan perlahan-lahan sambil hayati suasana. Kat tengah-tengah taman ni, korang akan nampak patung Johan Ludvig Runeberg — penyair kebangsaan Finland yang memang dihormati. Tapi honestly, bukan patung yang jadi highlight — it's the mood. Taman ni macam snapshot hidup orang Finnish yang tenang, teratur, dan diam-diam cool.

📆 13D12N SCANDINAVIA AURORA HUNTING 2026
(Finland, Sweden, Norway, Denmark)
📅 2 – 14 Nov 🍁 (2 slot)
📅 16 – 28 Nov 🍁 (Full)
📅 5 – 17 Dec 🍁 (5 slot)
📅 20 Nov – 2 Dec 🍁 (5 slot)
(8 pax per group)


📲 Nak tahu lebih? Klik sini terus: www.wasap.my/60165548781/TripScandiAurora2026

Baru je jejak kaki kat bumi Rovaniemi, kita terus mulakan pengembaraan Arctic dengan tempat paling ikonik tengah bandar ...
16/07/2025

Baru je jejak kaki kat bumi Rovaniemi, kita terus mulakan pengembaraan Arctic dengan tempat paling ikonik tengah bandar — Lordi Square. Yes, ini memang stop pertama lepas keluar dari airport. Masih jetlag? Takpe. Angin sejuk kat sini confirm kejutkan.

Tengah-tengah town, dataran ni jadi tempat orang tempatan lepak, ambil gambar, kadang ada mini event kalau timing cun. Masa winter, Lordi Square berubah jadi macam scene dalam filem. Jalan bersalji, pokok lampu, vibe cozy yang buat rasa nak genggam mug hot chocolate sepanjang masa.

Nama dia mungkin buat orang tertanya. Siapa Lordi ni? Jangan risau, bukan nama tempat misteri. Dataran ni dinamakan sempena band heavy metal dari Finland yang menang Eurovision 2006. Dan ya, mereka asal Rovaniemi. Memang proud hometown moment.

Walaupun ni cuma town square, dia ada feel khas. Macam slow intro sebelum adventure besar — aurora hunting, husky ride, snowmobile dan semua benda epic yang menanti.

9D8N SCANDINAVIA AURORA HUNTING 2026
Finland, Sweden, Norway
RM 6,500/pax
📆 12 – 20 Jan ❄️ Ladies (2 slot)
📆 22 – 30 Jan ❄️ Mix (Full)
📆 1 – 9 Feb ❄️ Mix (Full)


📲 Nak rasa winter vibes dari saat pertama jejak kaki? Klik sini: www.wasap.my/60165548781/TripScandinavia

Kalau korang s**a tempat yang nampak macam lukisan — Tobermory is calling 🎨Tobermory ni sebuah perkampungan kecil dekat ...
13/07/2025

Kalau korang s**a tempat yang nampak macam lukisan — Tobermory is calling 🎨

Tobermory ni sebuah perkampungan kecil dekat Isle of Mull yang terkenal dengan deretan bangunan warna-warni sepanjang pelabuhan. Macam candy box atas air! Setiap rumah ada warna sendiri — kuning terang, biru elektrik, merah jambu pop. Bila cahaya senja singgah atas laut, refleksi warna tu memang buat hati cair.

Nak tahu kenapa rumah kat sini berwarna-warni? Dulu, para nelayan cat rumah mereka dengan warna-warna terang supaya senang nak cam dari laut — terutamanya bila balik dari laut dalam berkabus atau cuaca kelabu. Praktikal dan cantik, kan?

Ramai yang datang ke sini untuk jalan santai tepi dock sambil beli fish and chips, masuk kedai handmade soap, atau lepak kedai kopi dengan view laut. Tapi jangan terpedaya dengan rupa comel dia — Tobermory ni pun ada cerita misteri. Dulu pernah ada kapal yang tenggelam di pelabuhan ni yang katanya bawa gold treasure. Sampai sekarang, masih belum jumpa. So siapa tahu, sambil jalan-jalan tu korang tengah pijak harta karun?

10D9N SCOTLAND HIGHLAND & HIKING 2026
"𝐑𝐌 𝟔,𝟓𝟎𝟎/ 𝗽𝗮𝘅
📆 20 – 29 Oct 🍁 (Ladies)(3 slot)
(9 pax per group)


📲 Minat nak join? Terus klik sini: www.wasap.my/60165548781/TripScotland

Kalau nak rasa adrenaline rush sambil menyelam sejarah, Soweto Towers ni tempat dia! Terletak di tengah-tengah Soweto, d...
12/07/2025

Kalau nak rasa adrenaline rush sambil menyelam sejarah, Soweto Towers ni tempat dia! Terletak di tengah-tengah Soweto, dua menara tinggi ni dulu sebenarnya adalah sebahagian daripada loji janakuasa — tapi sekarang, dah jadi playground untuk thrill-seekers dan landmark penuh warna-warni.

Dinding menara ni dihias dengan mural besar yang menceritakan kisah komuniti Soweto, perjuangan rakyat masa era apartheid, dan semangat mereka yang tak pernah padam. Tapi jangan ingat datang sini setakat tengok-tengok je — korang boleh bungee jump antara dua menara, ziplining, giant swing… atau kalau berani, naik lift sampai atas dan pandang ke bawah sambil fikir, “nak lompat ke tak?”

Bagi yang tak minat aktiviti extreme, kawasan sekitar menara ni pun best untuk lepak dan belajar pasal sejarah kawasan ni. Dulu Soweto ni jadi pusat gerakan anti-apartheid — banyak benda korang boleh faham pasal South Africa bila explore tempat ni secara dekat.

12D11N SOUTH AFRICA SAFARI & HIKING 2026
"𝐑𝐌 𝟓,𝟔𝟎𝟎/ 𝐩𝐚𝐱
📆 2 – 13 Sept 🌸 (Mix)(1 slot)
📆 16 – 27 Sept 🌸 (Ladies)(3 slot)
(8 pax per group)


📲 Nak tanya atau booking cepat-cepat? Klik sini je: www.wasap.my/60165548781/TripSouthAfrica

Tak payah jauh sampai Grand Canyon kalau nak tengok lembah batu yang power — Charyn Canyon kat Kazakhstan pun dah cukup ...
11/07/2025

Tak payah jauh sampai Grand Canyon kalau nak tengok lembah batu yang power — Charyn Canyon kat Kazakhstan pun dah cukup buat rahang jatuh!

Terletak lebih kurang 3 jam dari Almaty, Charyn Canyon ni macam versi mini Grand Canyon tapi dengan vibe Central Asia. Dinding batu tinggi menjulang, warna merah jingga yang berubah ikut cahaya matahari, dan formasi semula jadi yang pelik-pelik — termasuk Valley of Castles yang memang nampak macam istana dari zaman naga dan ksatria.

Lembah ni terbentuk lebih 12 juta tahun dulu hasil hakisan angin dan air, dan sampai sekarang masih “berbentuk” secara semula jadi. Bila korang jalan dalam canyon ni, rasa macam tengah masuk set filem fantasy — sunyi, luas, dan penuh drama visual. Trek dia santai je, sesuai untuk semua tahap, dan sepanjang laluan tu memang akan ada je spot cantik untuk bergambar.

Nak picnic sambil layan view? Boleh. Nak pegang kamera non-stop pun boleh. Nak rasa kecil sangat dalam alam semula jadi? Memang confirm.

10D9N KAZAKHSTAN & KYRGYZSTAN 2026
"𝐑𝐌 𝟒,𝟓𝟎𝟎/ 𝐩𝐚𝐱
📆 1 - 10 May 🌸🌤️ (6 slot)
(14 pax per group)


📲 Nak tahu lebih? Klik sini terus: www.wasap.my/60165548781/TripKazakhKyrgyz

Kalau tengah dalam perjalanan dari Tbilisi ke kawasan gunung Kazbegi, salah satu spot yang memang tak boleh tinggal — An...
09/07/2025

Kalau tengah dalam perjalanan dari Tbilisi ke kawasan gunung Kazbegi, salah satu spot yang memang tak boleh tinggal — Ananuri Complex.

Bayangkan korang tengah naik van, lalu tepi tasik biru kehijauan, tiba-tiba nampak benteng lama berdiri gagah tepi Sungai Aragvi. Itulah Ananuri, kompleks yang pernah jadi kubu pertahanan penting untuk keluarga bangsawan Aragvi dari abad ke-13 hingga abad ke-18. Tapi jangan bayang macam kubu biasa — tempat ni siap ada gereja, menara tinjau, tembok batu besar, dan ukiran yang masih utuh sampai sekarang. Siap pernah jadi lokasi pertempuran berdarah masa perebutan kuasa dulu.

Tapi sekarang, Ananuri dah jadi tempat tenang yang penuh nostalgia. Kat sini, korang boleh naik ke atas menara dan tengok view seluruh tasik dan hutan dari atas. Angin sejuk Caucasus memang best, especially bila berdiri kat tepi tembok batu sambil tengok air tasik yang jernih.

Nak duduk-duduk dekat courtyard sambil minum kopi, boleh. Nak posing gaya historical-fiction pun boleh. Semua sudut insta-worthy. Tapi yang paling best — korang dapat rasa sejarah lama sambil tengok pemandangan yang memang breathtaking.

11D10N GEORGIA ROADTRIP 2026
"𝐑𝐌 𝟒,𝟓𝟎𝟎/ 𝐩𝐚𝐱
📆 10 - 20 May 🌤
📆 2 - 12 Oct 🍁
(14 pax per group)


📲 Nak tahu lebih? Klik sini terus: www.wasap.my/60165548781/TripGeorgia

First time jejak ke Tashkent Metro, terus rasa terpegun. Bayangkan turun je eskalator, terus disambut dengan siling ting...
06/07/2025

First time jejak ke Tashkent Metro, terus rasa terpegun. Bayangkan turun je eskalator, terus disambut dengan siling tinggi, mozek bercahaya, dan tiang-tiang marble yang nampak macam dalam istana zaman Soviet. Setiap stesen lain vibe dia — ada yang elegan, ada yang retro, ada yang rasa macam tengah jalan dalam movie lama.

Tak sangka kan — metro pun boleh buat kita rasa macam tengah explore muzium seni bawah tanah! Kat KL, kita naik MRT sebab nak cepat sampai. Kat sini, orang naik metro sebab nak tengok stesen. Serius, naik satu line pun rasa macam masuk dunia lain (yang sejuk dan cantik pulak tu).

Yang paling wow, ini bukan metro baru tau. Dah wujud sejak 1977, tapi masih bersih, cantik dan penuh karakter. Dulu metro ni digunakan sebagai tempat perlindungan bom, sebab tu binaan dia kukuh gila — tapi dalam masa yang sama, dia jadikan setiap ruang tu cantik dan penuh seni.

Tak perlu rush pun — ambil masa, turun setiap stesen dan tengok sendiri perbezaan seni bina dia. Serius, naik metro kat sini rasa macam satu attraction sendiri. Paling penting, ada aircond dan murah!

11D10N UZBEKISTAN & TAJIKISTAN 2026
𝐑𝐌 𝟑,𝟗𝟗𝟎/ 𝐩𝐚𝐱
📆 17 - 27 Apr 🌸🌤️ (2 slot je!)
(9 pax per group)

www.traveltreasure.com.my/uzbek-tajik-2026

📲 Nak tahu lebih? Klik sini terus: www.wasap.my/60165548781/TripUzbekTajik

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Travel Treasure posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Travel Treasure:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share

TRAVEL FRIEND ZONE

Are you looking for someone to share your next trip with? With over thousand members and countless matches, Travel Treasure might be just the right place to start. It’s a simple and fun way to meet people from everywhere who share the same passion for traveling as you do. Do post any inquiry or shout out anything in our page!