The Mahabbah

The Mahabbah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from The Mahabbah, Travel Company, .

THE MAHABBAH 🇲🇾🇧🇳🇮🇩🇸🇬
[ Umrah, Hajj, Holidays & Cruise ]

☎️ 011 6996 3693 (Umrah)
☎️ 011 6996 3695 (Kursus)
☎️ 011 6996 4096 (Produk)

SAUDAGAR HOLIDAYS SDN BHD
SSM NO 1448617-A | KPK/LN 12206

Certified MOTAC Registered Travel Agency

28/03/2026
Tips Doa Qiamullail Lailatul Qadar. Semoga kita semua berpeluang untuk mendapat lailatul qadar tahun ini. Aamiin.. ✨🤲🏻
12/03/2026

Tips Doa Qiamullail Lailatul Qadar. Semoga kita semua berpeluang untuk mendapat lailatul qadar tahun ini. Aamiin.. ✨🤲🏻

11/03/2026

Semua umat Islam boleh bersetuju bahawa tahun ini adalah Ramadan terpantas yang pernah kita rasai 😭😔

Kita telah masuki 10 malam terakhir Ramadan.Inilah masa untuk menggandakan ibadah, berdoa dengan penuh keikhlasan, dan m...
10/03/2026

Kita telah masuki 10 malam terakhir Ramadan.

Inilah masa untuk menggandakan ibadah, berdoa dengan penuh keikhlasan, dan mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Di fasa terakhir Ramadan, inilah peluang terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbanyakkan doa, dan malam mencari Lailatul Qada iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

‎Antara doa yang boleh diamalkan pada 10 malam terakhir ini adalah:

‎1️⃣ Doa Memohon Keampunan & Lailatul Qadar

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

‎📖 (HR. Tirmizi, 3513)

‎“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, s**a memaafkan, maka maafkanlah aku.”

‎2️⃣ Doa Mohon Kebaikan Dunia & Akhirat

‎رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎📖 (Surah Al-Baqarah: 201)

‎“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari azab neraka.”

‎3️⃣ Doa Memohon Istiqamah dalam Ibadah

‎اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

‎📖 (HR. Abu Dawud, 1522)

‎“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu.”

‎Semoga Allah SWT menerima setiap doa dan amalan kita. InsyaAllah!

Kredit 📸 : fedtriyahya

Amerika Syarikat & lsraeI Serang Iran — Apa Sebenarnya Sedang Berlaku?Hari ini dunia agak kecoh dengan berita bahawa Ame...
01/03/2026

Amerika Syarikat & lsraeI Serang Iran — Apa Sebenarnya Sedang Berlaku?

Hari ini dunia agak kecoh dengan berita bahawa Amerika Syarikat dan lsraeI melancarkan serangan bersama ke atas Iran. Beberapa bandar termasuk Tehran dilaporkan menjadi sasaran serangan udara dan peluru berpandu.

Ini bermaksud lsraeI memang terlibat — bukan sekadar menyokong dari belakang, tetapi menjalankan operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat.

Serangan ini dikatakan menyasarkan kemudahan ketenteraan dan program peluru berpandu Iran, yang dianggap sebagai ancaman keselamatan oleh Amerika Syarikat dan lsraeI.

Iran p**a sudah mula membalas.

Peluru berpandu dilaporkan dilancarkan ke arah lsraeI dan juga pangkalan tentera Amerika di beberapa negara Timur Tengah.

Ini bukan lagi sekadar ketegangan diplomatik.

Ini sudah masuk fasa konfrontasi sebenar.

Ramai orang terus tanya — adakah ini petanda perang dunia akan bermula?

Jawapan jujurnya: belum tentu.

Biasanya konflik besar bermula dengan serangan terhad seperti ini — serang balas, tunjuk kekuatan, kemudian rundingan. Dunia sudah banyak kali melihat pola yang sama.

Cuma kali ini situasinya lebih sensitif sebab ia melibatkan tiga kuasa ketenteraan besar di Timur Tengah — Amerika Syarikat, lsraeI dan Iran.

Iran bukan negara kecil. Mereka ada peluru berpandu jarak jauh dan rangkaian sekutu di beberapa negara. Kalau konflik ini melarat, ia boleh bertukar menjadi perang serantau yang besar.

Kesan yang mungkin paling cepat sampai ke Malaysia ialah harga minyak.

Sebahagian besar minyak dunia melalui Selat Hormuz berhampiran Iran. Kalau kawasan itu tidak stabil, harga minyak biasanya akan naik. Bila minyak naik, kos pengangkutan naik. Bila kos pengangkutan naik, harga barang pun ikut naik.

Perang yang berlaku beribu kilometer dari sini pun akhirnya boleh sampai kesannya ke kita.

Setakat ini masih terlalu awal untuk tahu sejauh mana konflik ini akan pergi.

Ada kemungkinan ia reda selepas beberapa siri serangan balas.

Ada juga kemungkinan ia akan berlarutan berbulan-bulan.

Dunia sekarang sedang menunggu langkah seterusnya dari Iran.

Kadang-kadang kita rasa isu geopolitik ni jauh sangat dari hidup kita.

Sebenarnya tidak.

Perang besar biasanya bermula dengan satu keputusan yang dibuat pada satu hari yang tegang.

Dan mungkin, hati ini adalah salah satu daripadanya.

Sama-sama kita berdoa.

Kredit : Kamarul Ariffin

25/02/2026

Alhamdulillah Tukaran wang dari RM ke Saudi Riyal hari ini: RM 96.00= SR 100

Dah lama nilai ringgit di bawah matawang riyal.

PANDUAN NIAT & HUKUMSHOLAT JAMAK, QASHAR & QODHO1. SHOLAT JAMAK✔ Dzuhur + Ashar✔ Maghrib + Isya✘ Subuh tidak bisa dijama...
12/02/2026

PANDUAN NIAT & HUKUM
SHOLAT JAMAK, QASHAR & QODHO

1. SHOLAT JAMAK
✔ Dzuhur + Ashar
✔ Maghrib + Isya

✘ Subuh tidak bisa dijamak
Udzur: Safar, sakit, hujan lebat, hajat mendesak
Jamak Taqdim
Dzuhur & Ashar
di waktu Dzuhur

Niat: Ushalli… jam‘a taqdim
Jamak Ta’khir
Dzuhur & Ashar
di waktu Ashar
Niat: Ushalli… jam‘a ta’khirin

2. SHOLAT QASHAR
Sholat 4 rakaat → 2 rakaat
Musafir ± 80–90 km
Niat: Ushalli… raka‘aini qashran

3. JAMAK + QASHAR
Dzuhur & Ashar
2 rakaat + jamak taqdim
Niat: Ushalli… raka‘ataini majma‘an

4. SHOLAT QODHO
Sholat yang dikerjakan
di luar waktunya
Niat: Ushalli… qodho’an

KESIMPULAN
✔ Jamak: 2 sholat, 2 niat, 2 salam
✔ Qashar: Khusus musafir
✔ Qodho: Sholat di luar waktu

Amalan Malam Nisfu Syaaban Malam ke 15 Syaaban Semoga Allah mudahkan kita untuk menghidupkan Malam Nishfu Sya'ban dalam ...
02/02/2026

Amalan Malam Nisfu Syaaban
Malam ke 15 Syaaban
Semoga Allah mudahkan kita untuk menghidupkan Malam Nishfu Sya'ban dalam keadaan apapun🤲🏻
Sumber :Shofa arrabithah

🕊️ 10 AMALAN ZIKIR UNTUK MENYEMBUHKAN PENYAKIT 🕊️1️⃣ Penyakit Hati & KeresahanZikir:حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلٰهَ إِلَّا ه...
18/01/2026

🕊️ 10 AMALAN ZIKIR UNTUK MENYEMBUHKAN PENYAKIT 🕊️

1️⃣ Penyakit Hati & Keresahan
Zikir:
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ
Hasbiyallāhu lā ilāha illā Huwa
📿 Baca 100x setiap kali selepas Subuh.

2️⃣ Sakit Kepala & Migrain
Zikir:
يَا سَلَامُ
Yā Salām
📿 Baca 136x, tiupkan pada tapak tangan, kemudian sapukan pada kepala.

3️⃣ Sakit Lambung (Gastrik) & Perut
Zikir:
يَا شَافِي
Yā Syāfī
📿 Baca 111x selepas Maghrib, letakkan tangan pada perut.

4️⃣ Penyakit Berat & Menahun (Kronik)
Zikir:
لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
📿 Baca 100x setiap malam.

5️⃣ Gangguan Jantung & Kebimbangan Melampau
Zikir:
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ
Allāhumma ṣalli ‘alā Muḥammad
📿 Baca 100x pada waktu pagi dan petang.

6️⃣ Penyakit Kulit
Zikir:
يَا نُورُ
Yā Nūr
📿 Baca 99x, kemudian tiupkan pada air dan gunakan untuk mandi/basuhan.

7️⃣ Susah Tidur (Insomnia)
Zikir:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ
Yā Ḥayyu Yā Qayyūm
📿 Baca 40x sebelum tidur.

8️⃣ Lemah Tubuh & Hilang Tenaga
Zikir:
الصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ تُجْلِي الْهُمُومَ
(Perbanyakkan Selawat)
📿 Baca 100x setiap pagi.

9️⃣ Penyakit Akibat Tekanan Perasaan (Stres)
Zikir:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ
📿 Baca 100x selepas Isyak.

🔟 Kesembuhan Umum & Perlindungan Diri
Zikir:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ
📿 Baca 3x pada waktu pagi dan petang.
✨ Ikhtiar dengan zikir, disertai doa, sabar, dan tawakal kepada Allah.

Takdir yang dipelajari.Innalillah hiwainna ilaihirojiun. Sejak kehilangan pelakon Nadiah Kesumawati di Lapangan Terbang ...
18/01/2026

Takdir yang dipelajari.

Innalillah hiwainna ilaihirojiun.

Sejak kehilangan pelakon Nadiah Kesumawati di Lapangan Terbang Jeddah beberapa hari yang lalu, saya mengikuti perkembangan berita tersebut agak rapat.

Beliau bersama kump**an kecil seramai 21 orang dalam perjalanan ke London, Paris dan umrah. Beliau bersendirian dalam kump**an tersebut kerana tidak mengenali sesiapa pun.

Ketika transit di lapangan terbang itu, pihak agensi travel memberikan sedikit taklimat sebelum masing-masing diberikan masa untuk aktiviti bebas. Semua peserta diminta berkumpul semula pada masa yang telah ditetapkan.

Itulah kali terakhir Nadiah Kesumawati dilihat. Selepas itu beliau tidak muncul lagi.

Pihak agensi travel mencari dan pengumuman suara dibuat tiga kali di lapangan terbang itu tetapi Nadiah tetap hilang dan penerbangan ke London terpaksa diteruskan tanpa dirinya.

Usaha mencari Nadiah diteruskan oleh famili dan pihak agensi. Pelbagai spekulasi juga mula timbul.

Insan berhati mulia sarat dengan doa.
Insan berhati kuman mula menuduh.

Apatah lagi selepas ada kenyataan media mengeluarkan kenyataan Nadiah Kesumawati disahkan sudah meninggalkan airport itu.

Maka semakin rancak spekulasi yang bertebaran.

Bagasi tangan yang ditemui dan telefon bimbit yang dikesan masih berada di lapangan terbang itu menjadi tanda tanya.

Jika beliau sudah meniggalkan tempat itu mengapa beg dan telefon bimbit ditinggalkan?

Realitinya ketika semua pihak sibuk mencari keberadaannya bersama kemungkinan demi kemungkinan, rupa-rupanya beliau telah rebah di airport itu lalu dikejarkan ke hospital oleh orang awam dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Allahuakbar!
Sedih dan pilu.

Bayangkan saat rebah, tidak ada sesiapa orang yang mengenalinya berada hampir dengan arwah.

Beliau benar-benar sendiri. Beliau berkemungkinan jatuh dan tidak sedarkan diri di tengah-tengah kelompok yang asing.

Rakan-rakan jemaah yang 20 orang lagi mungkin belum ada yang rapat. Maka ada atau tidak dirinya tidak ada sesiapa yang peduli. Malah mungkin ketika aktiviti bebas, arwah hanya menapak sendiri tanpa berteman.

Semuanya sudah takdir.
Perginya mudah, di bumi berkat, dalam bulan yang mulia bersama reda suami yang amat tinggi nilainya di sisi Tuhan.

Namun kita kutiplah sedikit ibrah daripada apa yang terjadi.

Sekiranya ada orang baru yang tidak dikenali masuk ke dalam kump**an kita dan kelihatan dia seperti keseorangan, maka cepat-cepatlah menjadikan dirinya kawan kita.

Sekiranya kita p**a yang keseorangan maka cepat-cepatlah mencari teman yang boleh bergerak seiring. Jika ke tandas sekurang-kurangnya ada yang menanti di luar.

Namun jika kita benar-benar sendiri, pastikan pengenalan diri sentiasa melekat di tubuh.

Yang terbaik, elakkan bermusafir sendirian kerana itu yang agama sarankan.

Kepada pihak agensi travel, jika tetamu anda mendaftarkan diri bersendirian maka berikan lebih perhatian kepadanya.

Semoga arwah Nadiah Kesumawati diampunkan semua dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan diredai.

Buat keluarga arwah, semoga kalian diberikan kesabaran yang bukan sedikit atas ujian yang berat ini.

Al-Fatihah.

Insha Allah Malam ini Malam 27 Rejab 1447H Israk Mikraj...Antara Amalan² yang boleh dibuat.Kredit Tt zakiahhijab
16/01/2026

Insha Allah Malam ini Malam 27 Rejab 1447H Israk Mikraj...

Antara Amalan² yang boleh dibuat.

Kredit Tt zakiahhijab

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Website

http://www.umrahramadan.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Mahabbah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share