02/09/2020
TIPS MENJADI ORANG YANG MENARIK.
Tips ini semua di ambil dan dikumpul dari posting Puan Ainon setiap pagi. Kalau hampa boleh baca sampai habis, hampa memang MENARIK.😂😍
1 - S**a bercakap baik dan berbuat baik kepada sesiapa yang kebetulan ada di depannya.
2 - Menggunakan media sosial sebagai tempat menjalin hubungan baik, bukan tempat merungut dan marah-marah.
3 - Pandai menggembirakan hati orang yang menolong biarpun pertolongan itu amat kecil.
4 - S**a memuji kebaikan dan kelebihan orang lain di belakang mereka.
5 - Mudah setuju dengan pendapat dan pandangan rakan bual. Pandai bercakap ikut flow perbualan.
6 - Pura-pura macam tidak pernah nampak salah silap dan kelemahan orang lain. Cakap hal baik-baik saja.
7 - Apabila berbual-bual, bibir kita berfungsi serupa 'feel good channel'.
8 - Apabila berterima kasih, sebut ayat lengkap. Contoh: "Terima kasih sebab ingat saya yang sedang demam."
9 - Sentiasa mahu mengucapkan kata-kata booster yang sedap didengar.
10 - Tidak s**a merungut. Tidak s**a komplen. Tidak s**a tengok salah silap orang.
11 - S**a senyum, ini cerita lain.
S**a membuat orang tersenyum, ini cerita lain.
12 - Semasa menulis posting, kita senyum. Biasakan sambil menaip, sambil senyum. Begitulah gaya selebriti.
13 - Peminat kita mahu membaca kata-kata boosters yang membuat mereka hepi.
14 - Apabila menulis posting, bayangkan semua orang yang membaca posting kita adalah peminat kita.
15 - Apabila menulis di FB, bayangkan kita seorang selebriti yang mahu menulis untuk bacaan peminat kita.
Contoh boomerang effect:
Dia kata, "Wah! Awak makin cantik!" Kita balas, "Awak pun apa kurangnya. Sejak dulu tetap cantik."
16 - Lakukan boomerang effect. Apabila orang mengkomplimen kita, kita komplimen dia p**a!
17 - Apabila kita tengok orang itu macam down, ucapkan kata-kata booster kepadanya.
18 - Contoh kata-kata boosters: "Bagusnya.", "Sedapnya.", "Eloknya.", "Seronoknya.", "Saya s**a."
19 - Apabila setuju, cakaplah kita setuju. Apabila tidak setuju, simpan dalam hati. Jaga hubungan baik.
20 - Ucapkan kata-kata yang berfungsi macam pil booster. Orang yang mendengar rasa hepi dan naik semangat!