NS Cycling

NS Cycling The official Facebook account of NS Black Panthers & Negeri Sembilan Cycling Association.

23/08/2026

SUKMA XXII SELANGOR 2026

GANGSA BUAT NEGERI SEMBILAN! πŸ₯‰πŸ”₯

Muhammad Luqman Haqim Bin Ali Badrun berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Negeri Sembilan menerusi acara Keirin Lelaki.

Aksi penuh bertenaga, keberanian dan fokus tinggi dipamerkan sepanjang perlumbaan untuk memastikan satu lagi tempat di podium menjadi milik Negeri Sembilan.

Kejayaan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat kontinjen negeri di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.

Syabas Muhammad Luqman Haqim atas perjuangan hebat dan kejayaan membawa pulang pingat gangsa buat Negeri Sembilan! πŸš΄β€β™‚οΈπŸ”₯

23/08/2026

SUKMA XXII SELANGOR 2026

GANGSA BUAT NEGERI SEMBILAN! πŸ₯‰πŸ”₯

Pasukan Negeri Sembilan berjaya menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara Sprint Berpasukan Lelaki.

Kayuhan bertenaga, koordinasi pasukan yang kemas dan semangat juang tinggi menjadi kunci sepanjang perlumbaan sehingga berjaya memastikan tempat di podium.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat kontinjen Negeri Sembilan di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.

Tahniah kepada seluruh barisan pelumba atas perjuangan dan kejayaan membawa pulang pingat gangsa buat negeri! πŸš΄β€β™‚οΈπŸ”₯

Dari puncak hingga ke garisan penamat, setiap selekoh ditawan dengan keberanian, kelajuan dan jiwa juara. βš‘πŸš΅β€β™‚οΈDan hari ...
15/08/2026

Dari puncak hingga ke garisan penamat, setiap selekoh ditawan dengan keberanian, kelajuan dan jiwa juara. βš‘πŸš΅β€β™‚οΈ

Dan hari ini… emas pertama itu milik Negeri Sembilan! πŸ₯‡πŸ”₯

Syabas Zane!
Bukan sekadar menang perlumbaan β€” kau sedang mengukir nama Negeri Sembilan dalam sejarah SUKMA! πŸ‘Š

NEGERI SEMBILAN IN ACTION!
EMAS! EMAS! EMAS! πŸ₯‡πŸ”₯

Mesyuarat Bersama Agensi-agensi Kerajaan & Swasta untuk Program Junior Cycling Malaysia - Road Race Series 5 / 2025 di N...
27/10/2025

Mesyuarat Bersama Agensi-agensi Kerajaan & Swasta untuk Program Junior Cycling Malaysia - Road Race Series 5 / 2025 di Negeri Sembilan di Pengerusikan Oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan Pn. Marhizah binti Abdul Razak yang akan berlangsung pada 14 - 16 November 2025

Jelajah Negeri Sembilan & d’Tempat Criterium Stage 2 πŸ₯‡KOMπŸ₯ˆCriterium elite πŸ₯‡Criterium junior πŸ₯ˆTahniah Coaches dan rider!
21/09/2025

Jelajah Negeri Sembilan & d’Tempat Criterium

Stage 2 πŸ₯‡
KOMπŸ₯ˆ
Criterium elite πŸ₯‡
Criterium junior πŸ₯ˆ

Tahniah Coaches dan rider!

Tahniah kepada AHMAD SABRI Muhamad Hakimi Haiqal (NSE), juara Stage 2 Jelajah Negeri Sembilan 2025 dari Nilai ke Bandar ...
20/09/2025

Tahniah kepada AHMAD SABRI Muhamad Hakimi Haiqal (NSE), juara Stage 2 Jelajah Negeri Sembilan 2025 dari Nilai ke Bandar Sri Sendayan! πŸ†

Tempat kedua: RAZALI Muhammad Adam Ramdzan (TRG)
Tempat ketiga: JOE LAU New (MSN)

Sorotan perlumbaan:
β€’ AZMAN Muhammad Zawawi (ATM) terus mempertahankan Jersi Polka Dot Merah (Raja Bukit) dua hari berturut-turut.
β€’ RAZALI Muhammad Adam Ramdzan (TRG) kini pemegang Jersi Hijau (Raja Pecut), menggantikan Abdul Halil Mohamad Izzat Hilmi (ATM).
β€’ WAHHI Muhammad Zahin (ATM) kekal dengan Jersi Kuning (Pendahulu Keseluruhan).

Saingan semakin panas – siapa bakal unggul esok?

Result Boleh Download disini

https://drive.google.com/file/d/1qdVirWS_v4-2WuWEed0m5Tqq2IVNGRef/view?usp=drivesdk

20/09/2025

Sekitar Stage 2 Jelajah Negeri Sembilan 2025

20/09/2025
19/09/2025

✨ Stage 1 Jelajah Negeri Sembilan 2025 sudah melabuhkan tirainya! πŸš΄β€β™‚οΈπŸ”₯
ATM mendominasi podium dan jersi utama hari ini.

Mari kita nantikan Stage 2 esok – perlumbaan sejauh 120KM dari Nilai ke Bandar Sri Sendayan, dengan cabaran 2 Zon Pecut ⚑ dan 2 Zon Pendakian ⛰️ menanti semua pelumba.

Siapakah yang bakal mencuri perhatian di pentas kedua ini? Nantikan aksinya! πŸ‘€

Full Result✨ Keputusan Rasmi Stage 1 – Jelajah Negeri Sembilan 2025 (Bandar Sri Sendayan Loop, 113.6km) βœ¨πŸš΄β€β™‚οΈ Pemenang S...
19/09/2025

Full Result

✨ Keputusan Rasmi Stage 1 – Jelajah Negeri Sembilan 2025 (Bandar Sri Sendayan Loop, 113.6km) ✨

πŸš΄β€β™‚οΈ Pemenang Stage 1
πŸ₯‡ Muhammad Zahin Wahhi (Armed Forces Cycling Team) – 2:33:13
πŸ₯ˆ Muhammad Zawawi Azman (Armed Forces Cycling Team) – +0:04s
πŸ₯‰ Muhammad Ameer Ahmad Kamal (PDRM Cycling Team) – +0:06s

πŸ‘• Jersi selepas Stage 1
β€’ Jersi Kuning (Overall Leader): Muhammad Zahin Wahhi (ATM)
β€’ Jersi Hijau (Best Sprinter): Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil (ATM)
β€’ Jersi Polka Dot Merah (King of Mountain): Muhammad Zawawi Azman (ATM)

πŸ† Klasifikasi Pasukan
1. Armed Forces Cycling Team (ATM) – 7:41:02
2. PDRM Cycling Team – +1:27s
3. Malaysia Pro Cycling – +1:54s

πŸ”₯ ATM mendominasi Stage 1 dengan kuasa penuh di pecutan, pendakian & garisan penamat.

πŸ‘‰ Jumpa lagi di Stage 2: Nilai – Bandar Sri Sendayan (120KM) esok! πŸš΄β€β™‚οΈπŸ’¨

Address

PT12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1
Seremban
71950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NS Cycling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share