05/03/2026
Tahukah anda.
Pada 1 Ramadan, 20 Hijriah,
pasukan tentera Islam mula memasuki bumi Mesir.
Di belakang segala keputusan penentu hala tuju tentera Islam itu berdirinya
Amirul Mukminin, sayyiduna Umar ibn al-Khattab رضي الله عنه,
dan di hadapan barisan tentera itu berdirinya penggeraknya yang memimpin strategi dengan keberanian iaitu sayyiduna Amru ibnul As رضي الله عنه.
Jumlah tentera Islam ketika itu sekitar 4,000 orang pada awalnya,
kemudian bertambah sehingga menjadi 8,000–12,000 tentera.
Mesir ketika itu berada di bawah kuasa besar dunia iaitu kerajaan Byzantine Empire, yang Maharajanya adalah Heraclius.
Jumlah tentera Rom/Byzantine yang mempertahankan Mesir dianggarkan sekitar 25,000–35,000 orang, tersebar di kubu-kubu dan bandar utama.
Kronologi Pembukaan Kota Mesir
1- Masuk Sempadan Mesir (640M)
Tentera Islam bergerak dari Palestin. Beberapa kubu kecil ditewaskan.
Pergerakan perlahan berjalan dengan rapi.
2- Kepungan Kota Babylon Fortress (640–641M)
Kubu utama Rom:
Babylon Fortress (kota Kaherah/Cairo hari ini).
Kepungan berlangsung hampir 7 bulan.
Akhirnya kubu menyerah pada 641M.
3-Perang di Kota Bahnasa (641M)
Dalam perjalanan menuju Alexandria, berlaku pertempuran di kawasan البهنسا (El-Bahnasa).
Ramai sahabat gugur, menjadi syuhada’ Bahnasa.
Kubur mereka masih dikenang hingga hari ini.
Kawasan ini kini menjadi tapak perkuburan sahabat dan tabi’in.
Pertempuran ini menunjukkan bahawa pembukaan Mesir bukan hanya diplomasi, tetapi ada pengorbanan darah sahabat.
4- Penyerahan Kota Alexandria (641–642M)
Bandar penting Alexandria melalui rundingan dan beberapa pertempuran.
Akhirnya pada 642M, Alexandria diserahkan melalui perjanjian damai.
Mesir secara rasmi jatuh di bawah pemerintahan Islam.
5- Tempoh Keseluruhan
Dari kemasukan awal hingga penyerahan rasmi: sekitar 2 tahun.
Jika dikira hingga stabil sepenuhnya:
sekitar 3 tahun.
6- Adakah Berlaku Pertumpahan Darah?
Ya, ada pertempuran iaitu di:
*Babylon Fortress
*Bahnasa
*Beberapa kubu lain
Tetapi banyak kawasan menyerah melalui perjanjian damai.
Penduduk Kristian Qibti dibenarkan terus beribadah
Gereja tidak dimusnahkan
Sistem cukai disusun semula
Dan di bulan ini diberikannya pertolongan Allah kepada umat Islam dan dikurniakan kemenangan ke atas mereka.
Wallaahu a3lam