Pakej Percutian Zahin Travel

Pakej Percutian Zahin Travel Agen Sah Zahin Travel
ID : ZT1525
Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan pakej percutian...

Trip Kundasang Sabah pada 27-30 January 2023.Anda bila lagi?
11/02/2023

Trip Kundasang Sabah pada 27-30 January 2023.

Anda bila lagi?

Tanjung Aru adalah sebuah daerah di Kota Kinabalu di Sabah, Malaysia. Ciri utamanya ialah pantai yang dipanggil Pantai T...
11/02/2023

Tanjung Aru adalah sebuah daerah di Kota Kinabalu di Sabah, Malaysia. Ciri utamanya ialah pantai yang dipanggil Pantai Tanjung Aru yang terbentang lebih dari 2 kilometer sepanjang pencakar langit baru. Ia juga mempunyai bandar sendiri yang dinamakan Bandar Tanjung Aru.

https://www.youtube.com/watch?v=FmbXEMgZXzsTempat yang wajib untuk kita lawati ialah Likas Floating Mosque & Sabah Found...
11/02/2023

https://www.youtube.com/watch?v=FmbXEMgZXzs

Tempat yang wajib untuk kita lawati ialah Likas Floating Mosque & Sabah Foundation. U alls boleh klik link untuk tonton youtube. Sumber dari Youtuber Amazing Sabah Channel.

Discover Sabah! Visit Sabah! To Do in Sabah!Hi guys, in this video, i get to shot some footage of the floating mosque in Kota Kinabalu, Sabah. This is a very...

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Desa Cattle Dairy Farm. Di Sabah, Desa Cattle Dairy Farm merupakan antara ...
11/02/2023

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Desa Cattle Dairy Farm. Di Sabah, Desa Cattle Dairy Farm merupakan antara daya tarikan yang Berjaya menarik ramai pelancong ke sini.

Desa Cattle Dairy Farm ini adalah ladang lembu yang menghasilkan sekitar 900,00 liter susu dalam setahun.

Ladang seluas 199 hektar ini menempatkan pelbagai jenis lembu dan sebahagian besar lembu adalah dari baka Friesians.

Untuk pengetahuan anda, Desa cattle Dairy Farm ini merupakan pengeluar susu tertinggi semua baka lembu.

Ini merupakan destinasi yang ideal untuk anda sekeluarga berkunjung.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika anda ke sini antaranya memberi makan anak lembu, memberi makan kambing, melihat bagaimana susu diproses serta mencuba proses pemerah susu.

Sebelum pulang, jangan lupa dapatkan beberapa cenderahati terutamanya produk tenusu popular seperti susu Desa Cattle dalam kotak serta ais krim mereka.

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Rumah Terbalik. Rumah Terbalik di Sabah adalah yang pertama di Malaysia.Ru...
11/02/2023

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Rumah Terbalik. Rumah Terbalik di Sabah adalah yang pertama di Malaysia.

Rumah terbalik ini terletak di Kundasang dan perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Rumah kampung tradisional Sabah yang dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur, tandas, beranda dan taman dalam posisi terbalik.

Rumah kampung terbalik direka untuk semua peringkat umur dan ia merupakan satu daya tarikan untuk pelancong yang bercuti di Sabah.

Bagi anda yang gemar bergambar, pastinya anda akan menghabiskan banyak masa di sini kerana kedudukan rumah yang terbalik dan latar belakang yang menarik pastinya akan ‘real’ dalam gambar.

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Jambatan Gantung Tamparuli. Jambatan Tamparuli merupakan jambatan yang dib...
11/02/2023

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Jambatan Gantung Tamparuli. Jambatan Tamparuli merupakan jambatan yang dibina merentasi sungai Tamparuli.

Ia sangat terkenal di Sabah dan merupakan mercu tanda kepada pekan Tamparuli.

Tamparuli merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Tuaran, Sabah. Bandar kecil ini didiami oleh penduduk yang berbangsa Kadazandusun.

Pada asalnya, jambatan ini dibina menggunakan kayu dan tali sahaja. Namun, ia telah musnah ketika banjir besar melanda pada tahun 1930an.

Selepas itu, pada tahun 1933 pihak Britsh telah membina semula jambatan yang baru dengan menggunakan simen dan besi sepanjang 200 meter.

Membeli-belah di pasar Philipino & dried fish market..Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Pasar Filipino. Pasa...
11/02/2023

Membeli-belah di pasar Philipino & dried fish market..

Tempat menarik di Sabah yang seterusnya ialah Pasar Filipino. Pasar Filipino adalah destinasi pelancongan utama bagi pelancong yang bercuti di Sabah.

Pasar Filipino ini terdiri dari pasaran basah, pasar malam, kompleks kraftangan dan pusat penjaja. Ia sangat popular dengan makanan laut dan cenderahati.

Sebahagian besar pasar ini dikendalikan oleh pendatang dan penduduk tempatan yang berasal dari pulau-pulau selatan Filipina.

Jika anda datang ke sini, anda boleh membeli kraftangan yang berwarna-warni, makanan ringan tradisional, ikan masin dan mutiara yang dituai dari lautan.

Pada waktu malam, pelancong biasanya akan ke pasar ini untuk mendapatkan makanan laut yang segar seperti ikan, udang, kepiting, sotong dan kerang.

Sejarah kita Bumi SabahSabah (dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara British) berada di bawah pemerintahan pentadbiran ...
11/02/2023

Sejarah kita Bumi Sabah

Sabah (dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara British) berada di bawah pemerintahan pentadbiran British pada tahun 1881 apabila Piagam Diraja memberikan kuasa Syarikat Berpiagam Borneo Utara untuk memerintah dan mentadbir tanah jajahan. Beberapa tahun kemudian, muzium Borneo utara British telah ditubuhkan di Sandakan. Muzium ini telah dihentikan dan dihidupkan semula beberapa kali sehingga Muzium Sabah dibuka pada tahun 1965.

Muzium Sabah yang terletak di rumah-rumah kedai di Jalan Gaya, Kota Kinabalu, telah dibuka secara rasmi pada 15 Julai 1965. Penubuhan Muzium ini sebahagian besarnya adalah hasil usaha Masyarakat Sabah. Malah, Koleksi Woolley yang terkenal, yang membentuk koleksi asas muzium permulaan, adalah milik Encik GC Woolley, pegawai eksekutif yang dilantik bagi persatuan yang dicadangkan (meninggal dunia pada 1947). Kurator pertama Muzium Sabah ialah Encik EJ Berwick. Muzium Sabah berkembang dan berkembang pesat sementara masih terletak di Jalan Gaya. Ia mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap Muzium Sabah apabila tapak yang lebih besar (43 ekar), kekal dan berprestij untuk muzium yang dibina khas itu dipilih di mana Rumah Kerajaan lama (dan kemudiannya bangunan Dewan Undangan Negeri) pernah menjadi. .

Pembukaan rasmi Muzium Sabah yang terletak di tapaknya sekarang telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 11 April 1984. Pada tahun 1985, jawatan Kurator telah dinaik taraf kepada Pengarah Muzium Sabah. Pada masa ini, Muzium ini terletak di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri.

Sekiranya anda ingin mengetahu lebih lanjut mengenai Muzium Sabah, bolehlah tekan link di bawah :-

Tempat Persinggahan yang Wajib anda singgah adalah Jamilah Jewellery yang berada di Kota Kinabalu, Sabah.Terletak di Jal...
11/02/2023

Tempat Persinggahan yang Wajib anda singgah adalah Jamilah Jewellery yang berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Terletak di Jalan Fuad Stephen berhadapan Kompleks Sinsuran. Kedai ini menjual barangan kemas wanita dan lelaki yang berasaskan Mutiara dan Kristal.

Ia sememangnya bermutu, asli dan rekaannya yang pelbagai mampu memenuhi semua citarasa para pelanggan.

Terdapat dua jenis mutiara yang iaitu mutiara air masin dan mutiara air tawar.

Mutiara air masin adalah mutiara eksklusif kerana nilainya yang tinggi dan harga yang dijual boleh mencecah ribuan ringgit kerana kesukaran untuk mendapatkannya.

Berbeza dengan mutiara air tawar, ia mempunyai bentuk seperti jagung, ubi kentang dan beras yanf senang didapati dan harganya jauh lebih murah.

Penginapan di Kundasang.Puncak Kampung Stay, Kundasang.
11/02/2023

Penginapan di Kundasang.

Puncak Kampung Stay, Kundasang.

Address

No. 33 Jalan Resak, Taman Impian Ehsan
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakej Percutian Zahin Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pakej Percutian Zahin Travel:

Share

Category