11/02/2026
Jemaah di bawah pimpinan Haji Syed Azizi berkesempatan mengadakan lawatan bersama-sama di sekitar Masjid Nabawi iaitu Masjid kedua paling suci dalam Islam dan dibina oleh Nabi Muhammad SAW selepas hijrah pada tahun 622 Masihi.
Masjid Nabawi terkenal dengan kubah hijau yang tersergam indah, menara yang menjulang dan suasana damai yang menyelimuti setiap penjuru.
Di sini terletak makam Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda yang menjadi simbol sejarah dan keberkatan yang tidak ternilai.
Lawatan ini memberi peluang kepada jemaah untuk menghayati sejarah Islam, merasai ketenangan beribadah dan mengambil iktibar tentang keimanan.