JomlahCuti

JomlahCuti
Travel . Food . Experience
Sebarang Pengiklanan sila hubungi kami [email protected] Serta trip-trip keliling dunia.

Menyediakan pelbagai pakej percutian luar dan dalam Malaysia.

Hotel Corus jalan ampang dah tinggal kenangan.. Siapa pernah stay sini? Cer komen sikit..
21/07/2026

Hotel Corus jalan ampang dah tinggal kenangan..
Siapa pernah stay sini? Cer komen sikit..

Dah 2026 ni gaiss.. Sedih tengok mentaliti macam nie.. Kat gunung buang sampah, kat laut buang sampah, kat highway buang...
20/07/2026

Dah 2026 ni gaiss.. Sedih tengok mentaliti macam nie.. Kat gunung buang sampah, kat laut buang sampah, kat highway buang sampah, kat sungai buang pampers. Kat bandar lagi laa teruk..
Persoalannya sampai bila nak macam nie..
**********

Sedih melihat keadaan Dataran Merdeka selepas aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina.
Awal pagi tadi, ribuan orang berhimpun untuk bersorak, meraikan bola sepak dan berkongsi kegembiraan. Namun apabila sorakan berakhir, padang bersejarah ini ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah sarap.
DBKL akan membersihkannya. Petugas kami akan turun mengutip apa yang ditinggalkan tetapi kebersihan Kuala Lumpur tidak seharusnya sentiasa bergantung pada orang lain yang datang membersihkan selepas kita pulang.
Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara. Cara kita meninggalkannya mencerminkan cara kita menghargainya.
Kita boleh meraikan dengan meriah. Kita boleh bersorak sepuasnya tetapi kebebasan untuk bergembira tidak pernah bermaksud kebebasan untuk mengotorkan ruang milik bersama.
Kota yang hebat bukan hanya dinilai ketika orang ramai datang tetapi melalui keadaan yang mereka tinggalkan apabila pulang.
Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jagalah seperti kita menjaga rumah sendiri.





Sumber : DBKL

06/07/2026

Siapa yang dah dapat offer Tokyo pukul 10am tadi ?AirAsia Rm77 per way. Fuh..

Misteri mengenai punca kematian tragis empat beranak yang ditemui tidak bernyawa di sebuah tapak perkhemahan mewah (glam...
18/06/2026

Misteri mengenai punca kematian tragis empat beranak yang ditemui tidak bernyawa di sebuah tapak perkhemahan mewah (glamping) akhirnya terjawab. Pihak polis mengesahkan bahawa tragedi tersebut berpunca daripada keracunan gas monoksida, sekali gus menepis spekulasi awal yang mengaitkannya dengan penggunaan dapur gas mudah alih (portable gas).
Kronologi Penemuan Mayat Mangsa
Insiden menyedihkan itu berlaku pada 27 Mei lalu di kawasan pelancongan popular, Posong Natural Park, Desa Tlahab, Jawa Tengah. Kehilangan sebuah keluarga yang dianggotai oleh sepasang suami isteri bersama dua anak mereka hanya disedari apabila mereka tidak mendaftar keluar (check-out) pada waktu yang sepatutnya.
Curiga dengan keadaan tersebut, pekerja tapak glamping segera pergi memeriksa khemah yang dihuni keluarga berkenaan sebelum mengejutkan ramai pihak apabila mendapati kesemua mangsa sudah meninggal dunia di dalamnya.
Spekulasi Awal Siasatan
Pada peringkat awal siasatan, pihak berkuasa meletakkan dua kemungkinan utama sebagai punca kematian.
Keracunan Makanan: Mangsa disyaki mengalami keracunan daripada bahan mentah yang dibawa sendiri untuk aktiviti memasak.
Kebocoran Gas Mudah Alih: Mangsa dipercayai terhidu gas beracun daripada dapur portable gas yang dibawa masuk ke dalam khemah selepas selesai aktiviti barbeku (BBQ).
Keputusan Forensik: Angkara Asap Arang
Bagaimanapun, hasil siasatan terkini dan ujian forensik sepenuhnya telah mengubah teori awal berkenaan. Melalui ujian makmal terhadap sampel urin mangsa, pihak berkuasa mengesahkan kesemua mereka mengalami keracunan karbon monoksida yang kritikal.
Gas beracun yang tidak berwarna dan tidak berbau itu dikesan terhasil daripada tindakan mangsa sendiri yang membakar arang atau briket di dalam khemah yang ditutup rapat. Tindakan tersebut dipercayai dilakukan bagi memanaskan badan daripada cuaca sejuk, tanpa menyedari implikasi buruknya.
"Hasil ujian mendapati kepekatan karbon monoksida mencecah sehingga 2,000 ppm, iaitu pada tahap yang sangat tidak selamat dan boleh membawa maut kepada manusia."
Bagi mengukuhkan bukti, pihak polis turut menjalankan simulasi dengan menyalakan arang di dalam khemah yang sama, di mana bacaan gas toksik itu melonjak mendadak dalam tempoh yang singkat.
Tiada Unsur Jenayah atau Kecuaian Pengurusan
Pihak pengurusan tapak glamping menegaskan bahawa setiap pengunjung sebenarnya sudah diberikan peringatan tegas agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran di dalam khemah demi keselamatan.
Sehubungan dengan itu, hasil siasatan muktamad polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah, tindakan menamatkan hayat sendiri, mahupun faktor kecuaian daripada pihak pengurusan glamping. Kes ini diklasifikasikan sebagai kemalangan maut akibat kelalaian sendiri dan menjadi iktibar besar buat peminat aktiviti luar (outdoor).
Sumber: Portal kompas

Pergi travel tapi adab hilang.. ermm
17/06/2026

Pergi travel tapi adab hilang.. ermm

Kenapa kita travel?

Bukan sekadar untuk bergambar, makan sedap atau kumpul cop passport.

Kita travel untuk belajar bahawa dunia ini tidak semuanya sama seperti rumah kita.

Ada tempat makanannya berbeza. Ada tempat baunya asing.

Ada pakaian yang tidak biasa kita lihat.

Ada budaya, bahasa, cara makan, cara beratur, cara beribadah dan cara hidup yang mungkin jauh berbeza daripada rutin harian kita.

Tetapi berbeza bukan bermaksud salah. Asing bukan bermaksud jijik.

Bila kita berada di tempat orang, adab kita sedang diuji.
Jangan hina makanan mereka.
Jangan ejek bau persekitaran mereka.
Jangan pandang rendah pakaian mereka.
Jangan tunjuk muka jelik seolah-olah budaya kita sahaja yang paling bersih, paling betul dan paling bertamadun.

Kalau tidak selesa, beredar dengan baik.

Kalau bau kuat, tutup hidung secara biasa tanpa drama. Kalau tidak boleh makan, tolak dengan sopan. Kalau tidak faham budaya mereka, perhatikan dahulu sebelum menghakimi.

Travel sepatutnya menjadikan kita lebih luas pandangan, bukan lebih tinggi diri.

Sebab yang paling memalukan bukan makanan yang pelik, bau yang asing atau budaya yang berbeza.

Yang paling memalukan ialah bila kita datang sebagai tetamu, tetapi membawa sikap menghina.



๐Ÿ“Chalet Bersah, Pos Kuala Mu, Perak.Jarak dari Pekan Sungai Siput ke Pos Kuala Mu 70 km atau 1 jam lebih perjalanan. Tap...
13/06/2026

๐Ÿ“Chalet Bersah, Pos Kuala Mu, Perak.

Jarak dari Pekan Sungai Siput ke Pos Kuala Mu 70 km atau 1 jam lebih perjalanan. Tapi pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik. Laluan berbukit bukau. Ada yg bukit mendaki 7km 10/15,ยฐ pastikan brake anda cukup mengcengkam dan mampu untuk menaiki bukit.

Kedai makan tiada disini anda kena masak sendiri atau pun upahkan orang asli utk masak. Hanya ada Kedai runcit kecil ada disini.

Kelengkapan masak camping refer sini
๐Ÿ‘‰https://invl.io/cljpc1d
๐Ÿ‘‰https://invl.io/cljpc1d

Terdapat 3 chalet yg beroperasi di Kuala Mu
1. Chalet Kampung Bersah.
2. Chalet Dusun Kg Kuala Mu.
3. Tapak Perkhemahan Kg. Gapeh.

Check package boleh di sini --> https://invl.io/cll3xyu
Guna ni booking lagi murah: https://invl.io/cljiej4

Kredit Ary Arios See less

๐Ÿš€ CABARAN PASPORT PAHANG: EDUTOURISM TRAIL @ KUANTAN KINI BERMULA! ๐Ÿš€โ€‹Korang dah ada plan nak bawa anak-anak dan keluarga...
09/06/2026

๐Ÿš€ CABARAN PASPORT PAHANG: EDUTOURISM TRAIL @ KUANTAN KINI BERMULA! ๐Ÿš€

โ€‹Korang dah ada plan nak bawa anak-anak dan keluarga jalan-jalan ke mana cuti ni? Jom pusing-pusing sekitar Kuantan sambil sertai Pertandingan Pasport Pahang! Sambil makan angin dan belajar benda baharu, korang berpeluang menang macam-macam hadiah eksklusif tau! ๐Ÿ˜

โ€‹๐Ÿ“… Tempoh Cabaran: 6 Jun 2026 โ€“ 31 Disember 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Sekitar Kuantan, Pahang

โ€‹Macam mana nak join? Senang je!
1๏ธโƒฃ Ambil pasport percuma anda di lokasi-lokasi terpilih.
2๏ธโƒฃ Daftar online di QR yang terdapat di dalam pasport
3๏ธโƒฃ Kumpul cop stamp di 9 destinasi edu-pelancongan yang menarik.
4๏ธโƒฃ Lengkapkan pasport anda & menangi peluang untuk menang hadiah!

โ€‹๐Ÿ“ Di mana nak dapatkan Pasport Pahang & Cop Stamp?
โ€‹๐ŸŒŠ Pantai Teluk Cempedak (Di Hotel Maya Abaya)
โ€‹๐Ÿ—ผ Menara Kuantan 188
โ€‹๐ŸŽจ Kuantan Art Street (Di Menara Kuantan 188)
โ€‹๐Ÿ•Œ Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan
โ€‹๐Ÿ›๏ธ Museum of Contemporary Art (MOCA)
โ€‹๐Ÿ›๏ธ Bazar Serambi Teruntum
โ€‹๐Ÿฆ– Dinosaur Encounter (Zoo Teruntum Kuantan)
โ€‹๐Ÿ“š Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
โ€‹๐Ÿ‘— Batik Adina

Kredit : Tourism Pahang

UPDATE: Jaslina telah ditemui dan selamat. Terima kasih atas segala doa dan perkongsian. โค๏ธ
06/06/2026

UPDATE: Jaslina telah ditemui dan selamat.
Terima kasih atas segala doa dan perkongsian. โค๏ธ

Doakan saja yang baik2. Semoga segalanya dipermudahkan urusan.
04/06/2026

Doakan saja yang baik2. Semoga segalanya dipermudahkan urusan.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JomlahCuti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share