17/10/2023
Nampak tak wajah-wajah mereka yang happy? Mestilah happy sebab dapat sampai Bursa. Lagi happy bila dapat shopping kain-kain sutera buatan Turkiye yang cantik-cantik di Koza Han. Koza Han ni sebenarnya gedung kain sutera yang terbaik. Nak cari selendang, table runner dan macam-macam lagi, boleh cari kat sini.
Asalnya Koza Han ni adalah bangunan yang dinamakan sebagai Caravanserai iaitu tempat penginapan bagi pedagang-pedagang zaman dulu. Bursa, selain menjadi ibu kota kerajaan Uthmaniyah pada awalnya, ia juga merupakan pengeluar produk sutera yang terbaik pada ketika itu. Aktiviti perdagangan sangat rancak di sini.
Di sebelahnya adalah Masjid Besar Bursa, Ulu Camii. Masjid ini dibina di awal pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Menariknya, dinding-dinding di dalam masjid ini dihiasi dengan tulisan khat ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang ditulis oleh penulis kaligrafi terkenal zaman Uthmaniyah dahulu.
Jadi, kalau datang Bursa, tak sah kalau tak singgah 2 tempat ini.