15/12/2025
'Lepas buat Tawaf tadi, rasa macam tak puas la'
'Kenapa tawaf rasa mcm sesak dan tak khusyuk?โ
Ini antara luahan yang mungkin kita akan rasa dalam monolog diri sendiri.
Hakikatnya, ini antara masalah yang sering berlaku semasa tawaf:
1๏ธโฃ Mulut berzikir, hati melayang
Terlalu mencari muka surat dan membaca buku panduan, hingga lupa *menghadirkan hati*.
Sedangkan tawaf bukan sekadar berpusing, tetapi *ibadah hati kepada Allah*.
2๏ธโฃ Mataf sesak, emosi teruji
Berhimpit, ditolak, terpijak โ akhirnya kita rasa sedikit hilang sabar, atau mungkin rasa tak puas hati.
*Padahal tawaf adalah latihan sabar dan akhlak.*
3๏ธโฃ Kejar sunat, lupa adab
Ada yang terlalu ingin cium Hajar Aswad hingga menyakiti orang lain.
Ingatlah, menjaga manusia itu wajib, mengejar sunat itu pilihan.
4๏ธโฃ Keliru doa & pusingan
Takut tawaf tak sah jika doa โtak lengkapโ.
Sedangkan tiada doa khusus wajib dalam tawaf.
Jamaah yang saya sayangi.. *Genggam* pesanan saya ni baik2...
โจ Hadirkan hati sebelum kaki melangkah...
Niatkan:
> โAku bertawaf kerana Allah, bukan kerana manusia.โ
โจ Gunakan doa ringkas yang difahami
Contoh:
*โYa Allah, ampuni dosakuโ - Mintalah ampun pada Allah sungguh2.*
Ulama pernah berpesan, cara nak minta ampun, kita akui dosa2 yg sedar & tanpa sedar yg kita pernah lakukan... Kemudian, mohonlah ampun...
*โYa Allah, terimalah ibadahkuโ*
*Selawat Keatas Rasulullah SAW & bertasbih dgn memuji Allah*
โจ Jaga adab lebih dari sunat
Jangan menolak.. kalau rasa kita ditolak oleh jamaah lain, anggaplah mereka pun mungkin tertolak oleh orang lain. Mmg lumrah begitu, sebab kawasan mataf tu sempit, apatah lagi waktu peak season sekarang ni. Dia tak perasan, kita pun tak perasan.
Kalau berlaku mcm tu,
*Senyum ๐, tunduk dan sabar. Itu juga ibadah*
โจ Jika sesak, perlahan itu lebih selamat
Allah melihat keikhlasan, bukan kelajuan. InsyaAllah... GL & Mutawwif tak tinggal jamaah
๐คฒ Semoga setiap pusingan kita bukan sekadar mengelilingi Kaabah,
tetapi *mendekatkan hati kepada Allah*.