27/03/2025
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐?โฃ
โฃ
ล ๐ข๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ข ๐ลพ๐ข๐ฎ๐ช๐ซ๐ข, yang bermaksud โMasjid Berwarnaโ dalam bahasa tempatan, terletak di tepi Sungai Pena di Tetovo, Macedonia Utara. Dikenali juga sebagai โMasjid Pasha,โ ia merupakan salah satu struktur bersejarah era Uthmaniyyah yang cukup popular di rantau Balkan. ๏ฟผโฃ
โฃ
Masjid ini dibina pada tahun 1438 oleh seorang arkitek bernama Isak Bey. Berbeza dengan kebanyakan masjid pada zaman itu yang dibiayai oleh sultan atau pembesar kerajaan, pembinaan ล arena Dลพamija dibiayai oleh dua wanita tempatan, Hurshida dan Mensure. Kedua-dua mereka dimakamkan di dalam sebuah โtรผrbeโ oktagon yang terletak di halaman masjid. โฃ
โฃ
ล arena Dลพamija menampilkan reka bentuk segi empat sama dengan keluasan 10 meter persegi. Keunikan utamanya terletak pada hiasan dinding yang berwarna-warni dengan motif geometri dan floral.โฃ
โฃ
Berbeza dengan masjid Uthmaniyyah lain yang menggunakan jubin seramik tradisional, permukaan luar dan dinding masjid ini dilukis. Legenda tempatan menyatakan bahawa lebih daripada 30,000 telur digunakan dalam penyediaan cat dan โglazeโ untuk hiasan tersebut.โฃ
โฃ
Pada tahun 1833, Abdurrahman Pasha, seorang peminat seni yang berasal dari Tetovo, telah membiayai pembinaan semula masjid ini. Di bawah seliaannya, masjid ini dihiasi lukisan yang lebih rumit serta berwarna-warni, menjadikannya begitu unik berbanding masjid-masjid zaman Uthmaniyyah lain. โฃ
โฃ
Hari ini, ๏ฟผล arena Dลพamija semakin mendapat tempat di hati pengunjung dari serata dunia yang ingin melihat sendiri keindahannya selain mendalami kisah kepelbagaian budaya di Macedonia Utara.