Felda Travel Johor

Felda Travel Johor Insya Allah anda dapat mengerjakan Umrah & Haji dengan syarikat kami yang bekerjasama dengan Felda T

27/10/2021
*Peraturan terkini Umrah* 1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah. 2. Jemaah yang telah lengk...
16/09/2021

*Peraturan terkini Umrah*

1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah.

2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yg dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca.
(Utk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” dpd Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat)

3. Daftar jenis vaksin diambil dlm https://muqeem.sa/ #/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin utk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.

4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah.

5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dlm phone masing-masing.
(Tawakkalna – Utk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (spt my sejahtera),
Eatmarna – Utk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam)

6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja.

7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% utk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.

8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi.

9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dlm tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.

10.Tiada kuarantin di Arab Saudi.

11.Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja).

12.Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah.

13.Tiba di Arab Saudi, agensi/jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah.
Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal.
*THTS tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah/ ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah*

14.Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dlm tempoh pakej.
Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot/kelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot.

15.*Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna,*

16.Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 org setiap kumpulan) & diiring oleh peg Saudi/wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah.

17.Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

18.Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna.

19.Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam app Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.

20.Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh/waktu penerbangan dengan keputusan negatif.
(Kos PCR ini elah termasuk dalam harga pakej)

21.Tawaf wada’ masih belum dibenarkan.

22.Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
(Kos kuarantin jemaah adalah dibawah tanggungan sendiri)

*Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.*

*Perlindungan Insurans Covid-19*
1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut.

2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans.

3.Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja.

*Mutawif *
1. Mutawif tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah. Untuk bimbing ibadah Umrah, mutawif perlu mendapatkan sendiri permit ibadah Umrah sama seperti slot jemaah dari segi tarikh & masa ibadah Umrah dan jika dapat permit adalah tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi.

14 September 2021Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun kini, tong air zamzam sudah mula ditempatkan semula di dalam Masji...
15/09/2021

14 September 2021

Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun kini, tong air zamzam sudah mula ditempatkan semula di dalam Masjid Nabawi.

Sebelum ini jemaah hanya di bekalkan air zamzam di dalam botol-botol kecil sahaja.

Al Quran juga sudah mula diletakkan semula di rak-rak al quran dan juga di tiang-tiang masjid.

Alhamdulillah sudah mula nampak sikit-sikit untuk kembali seperti biasa

Photo: Haramain

22/08/2021

Syarat aksin ke tanah suci untuk mengerjakan umrah...

11/01/2021
✈️ *PAS PERJALANAN - BOARDING PASS*🤝🏼 ✈️(MAKLUMAT PENUMPANG)Nama: *Manusia*Tempat asal: *Syurga*Destinasi lawatan: *Duni...
07/12/2019

✈️ *PAS PERJALANAN - BOARDING PASS*🤝🏼 ✈️

(MAKLUMAT PENUMPANG)
Nama: *Manusia*
Tempat asal: *Syurga*
Destinasi lawatan: *Dunia*

(MAKLUMAT PERJALANAN)
Terminal berlepas: *Planet Bumi*
Waktu berlepas: *Bila-bila masa*
Transit: *Kubur*
Terminal ketibaan: *Mahsyar*
Negeri dituju: *Syurga*
Pegawai check-in: *Izra'il*

(KARGO YANG DIBENARKAN)
1. Pasport- Iman
2. Pakaian- Kafan
3. Barang peribadi- Amal Soleh

(KARGO YANG TIDAK DIBENARKAN)
1. Keluarga/kawan
2. Harta Benda
3. Pangkat

(KARGO YANG BOLEH DIPOS)
1. Sedekah jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Do'a anak soleh

*PERHATIAN KEPADA PARA PENUMPANG: PANDUAN SEBELUM BERLEPAS*

1. Mohon selalu membaca, mempelajari, dan mengamalkan petunjuk perjalanan yang terkandung dalam manual Al-Qur'anul Karim.

2. Mohon praktikkan Standard Operating Procedure (SOP) yang diajar oleh Rasullullah SAW.

3. Mohon sentiasa waspada terhadap ulat tiket syaitan yang menawarkan pas palsu. *Destinasi anda akan ditukar ke Neraka Jahanam.*

(CATATAN PENTING)

Sila periksa barangan yang anda tinggalkan supaya tidak mengganggu perjalanan:

1: Periksa pasangan anda, sudahkah mereka berada di jalan Allah dan Rasul.

2: Periksa anak anda, sudahkah mereka diajar menggunakan manual Al-Quran dan mengamalkan SOP sunnah yg betul.

3: Periksa harta anda, sudahkah dizakatkan atau adakah bercampur harta yg haram.

4: Periksa pangkat/kedudukan anda adakah digunakan dengan adil atau menindas penumpang lain.

🤲🏼DIMINTA PENUMPANG MEMBACA DOA SEBELUM BERLEPAS🤲🏼

Ya Allah Ya Robbi,
Selamatkanlah kami, keluarga dan sahabat kami dalam perjalanan panjang ini,

Berilah kami petunjuk yang benar di balai perlepasan *dunia* ini dan rehatkanlah kami saat tiba di transit *kubur,*

Mudahkanlah urusan kami di terminal ketibaan *Padang Mahsyar,*

Sampaikanlah kami ke kampung asal *Syurga* dengan selamat, dan berilah pahala yang besar kepada orang yang berkongsi notis perjalanan ini kepada penumpang lain. AAMIIN...

*DIHARAP DAPAT MEMATUHI NOTIS INI DENGAN SEMPURNA DEMI KESELAMATAN PERJALANAN ANDA.*

*TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SELAMAT MENGEMBARA BERSAMA KAMI.*

30/05/2019

Teringat kenangan waktu bersesak untuk mencium Hajar Aswad pada 2014...
Memang sesak rasa dada dihimpit orang ramai...
Alhamdulillah Allah bagi peluang cium Hajar Aswad...
Semoga Allah menjemput kita semua lagi ke Kaabah...

Address

15-01 Jalan Kempas 3
Taman Desaru Utama
81930

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Travel Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category