20/04/2018
BERITA SEDIH DARI TANAH SUCI MEKAH & MADINAH KEPADA BAKAL JEMAAH UMRAH & HAJI. 😔
Admin telah hubungi Sanak Saudara kami di Tanah Haram dan beliau telah mengesahkan mengenai peraturan terbaru ini. Allahu... sedihnya hati bila tahu kita dah tak dapat ziarah tempat-tempat bersejarah ini. Apapun, semoga larangan ini tidak sedikitpun mengurangkan rasa cinta dan rindu kita pada Nabi SAW malah rindu kita untuk datang lagi ke bumi Haramain ini semakin bertambah dan bertambah.
Untuk makluman, berrmula semalam, kerajaan Saudi telah menguatkuasakan peraturan terbaru ini. Sesiapa yang langgar arahan akan didenda Sr5000.
Larangan melawat meliputi tempat-tempat larangan untuk mazarat adalah seperti berikut:
❌ Makkah
- Jabal Thur
- Jabal Noor (Gua Hira’)
- Jabal Rahmah (Arafah)
❌ Madinah
- Ladang Kurma
❌ Jeddah
- Masjid Siti Rahmah / Masjid Terapung
❌ Taif
- Kawasan Halimatus Saadiah
- Masjid Adas
- Masjid Khu’
💔 Kalau jemaah pergi juga dan ditangkap, Muassasah dan travel agensi yang keluarkan visa akan dikenakan hukuman. Pihak kementerian haji memohon supaya travel agensi sentiasa mengingatkan para jemaah supaya tidak memanjat Jabal Nur. Sekiranya berlaku, tindakan dan hukuman akan dikenakan pada travel agensi dan muassasah bukan pada jemaah. Larangan dalam surat itu bagitahu kalau pergi panjat saja. Kalau pergi waktu pagi ketika program ziarah tak ada masalah. Jemaah masih melihat Jabal Nur yang 'kejauhan' dari dalam Bas. Larangannya cuma 'jangan panjat' je.
🔖ASBAB LARANGAN :
MENGELAK KHURAFAT
1. Ada jemaah India, buat tawaf keliling pokok di perkampungan Bani Sa’ad di Thaif, untuk mengelakkan perkara khurafat dan bida’ah.Tak dibenarkan lagi jalan-jalan / ziarah-ziarah ni. Hanya fokus Masjidilharam dan Masjid Nabawi sahaja.
MENGELAK BIDAAH
2. Katanya keputusan ini disebabkan bidaah yang dibuat oleh segelintir jemaah dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Kita pernah lihat perlakuan orang Malaysia menulis "karangan" doa di batu² di Jabal Rahmah. Ada yang melarang mereka, tetapi tetap semangat menulis dan ber"vandalisme" di tempat yg berkat tersebut. Semoga Allah maafkan saya dan mereka.
MEMINIMUM KEMALANGAN
3. Mengurangkan kemalangan di Jabal Nur kerana ada yang pernah terjatuh.
KESESAKAN LALU LINTAS
4. Terlampau ramai di ladang kurma, dan tertumpu pada satu2 ladang kurma sehingga menyesakkan jalan sampai tertutup jalan.
PERINGATAN
Kepada yang sedang pergi, jangan buat perkara pelik-pelik, tingkah laku kalian menjejaskan orang lain.
Walaupun ada disebut khusus jemaah India, tidak dapat dinafikan, ada juga segelintir daripada jemaah Malaysia dan Indonesia pun ada melakukan perkara pelik-pelik. Usap itu dan ini. Belum kira yang pergi ambil toyol dan lain-lain.
Banyak cara utk mengambil manfaat keberkatan daripada tempat² yang penuh dengan keberkatan. Tidak perlulah menconteng, dan bertawaf di sana. Salah satu caranya berdoa dengan apa yang didoakan Nabi di situ. Dan berdoa supaya dijemput berada di Jabal Rahmah/Arafah ketika 9 Zulhijjah.
Kredit Gambar : Group Mutawwif