MyBHA Kelantan - Malaysia Budget & Business Hotel Association

  • Home
  • MyBHA Kelantan - Malaysia Budget & Business Hotel Association

MyBHA Kelantan - Malaysia Budget & Business Hotel Association MyBHA Negeri Kelantan
Malaysia Budget & Business Hotel Association (MyBHA) 2022
Hotel Direktori yang berdaftar dengan MyBHA

🌙✨ Salam Aidiladha 1446H ✨🌙MyBHA Kelantan Chapter mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang...
26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1446H ✨🌙
MyBHA Kelantan Chapter mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan buat semua. Dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia, marilah kita terus memupuk nilai hormat-menghormati, kasih sayang dan semangat perpaduan. 🤝💛
“Raikan dengan kasih, hormati dengan harmoni.”
Ikhlas daripada,
MyBHA Kelantan Chapter

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔“Guru Pemacu Generasi Gemilang”Sempena sambutan Hari Guru 2026, Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Mal...
16/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

“Guru Pemacu Generasi Gemilang”
Sempena sambutan Hari Guru 2026, Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA®️) Negeri Kelantan menzahirkan rasa hormat dan penghargaan kepada seluruh insan bergelar pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membina akhlak serta membentuk masa depan anak bangsa.
Di sebalik kejayaan setiap individu, pasti ada seorang guru yang menjadi pendorong, penasihat dan pembimbing dalam perjalanan kehidupan. Pengorbanan para guru dalam mendidik dengan penuh kesabaran dan keikhlasan amat besar nilainya serta sentiasa dihargai oleh masyarakat.
Semoga para guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah mendidik generasi pewaris negara.
“Guru Disanjung, Ilmu Dijunjung.”
Ikhlas daripada,
MyBHA®️ Negeri Kelantan


🌹 KUNJUNGAN KASIH & PRIHATIN MYBHA KELANTAN 🌹Pada 14 Mei 2026 (Khamis) satu kunjungan kasih dan prihatin telah diadakan ...
16/05/2026

🌹 KUNJUNGAN KASIH & PRIHATIN MYBHA KELANTAN 🌹

Pada 14 Mei 2026 (Khamis) satu kunjungan kasih dan prihatin telah diadakan oleh wakil-wakil MyBHA Kelantan di USM, Kubang Kerian bagi menziarahi :
🌷 Pn Noor Rayna Binti Ramli
(Cerana Villa Resort – isteri kepada Tuan Haji Asri)

Semoga dengan kunjungan ini dapat memberi sedikit semangat, doa dan sokongan moral kepada beliau serta keluarga. Sama-sama kita mendoakan agar diberikan kesembuhan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.
Antara yang hadir:
✨ Hjh Masdiyah Jemain - Citra Kadok
✨ Nik Shazlin – Hotel Ummi Sue
✨ Nik Hijan – Che Deris Cottage
✨ Wan Noriah & suami - Min House Camp

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menunjukkan semangat kebersamaan keluarga besar MyBHA Kelantan. ❤️

10/05/2026

Check out MyBha KELANTAN’s post.

🌷 Selamat Hari Ibu 🌷Kasih ibu tiada galang gantinya…Terima kasih atas setiap doa, pengorbanan dan kasih sayang yang tida...
10/05/2026

🌷 Selamat Hari Ibu 🌷
Kasih ibu tiada galang gantinya…
Terima kasih atas setiap doa, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak pernah putus buat keluarga tercinta. ❤️
Semoga semua insan bergelar ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan.
Ikhlas daripada,
✨ MYBHA Kelantan Chapter ✨





MEMPERKASA INDUSTRI HOSPITALITI BERSAMA MYBHA Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MyBHA Kali Ke-9 bagi sesi 2025/2026 bukan se...
01/05/2026

MEMPERKASA INDUSTRI HOSPITALITI BERSAMA MYBHA

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MyBHA Kali Ke-9 bagi sesi 2025/2026 bukan sekadar mesyuarat biasa, tetapi satu platform penting yang menghimpunkan pengusaha hotel, resort dan pemain industri bagi membina jaringan, berkongsi ilmu serta meneroka peluang baharu dalam dunia hospitaliti.

Melalui penganjuran kali ini, para ahli telah didedahkan dengan pelbagai pengisian bernilai seperti Bengkel MyBHA Connect Part 2 yang memfokuskan kepada pengukuhan hubungan dan kolaborasi antara ahli.

Selain itu, perkongsian berkaitan penggunaan AI dalam pemasaran dan pengurusan hotel turut membuka perspektif baharu dalam meningkatkan daya saing perniagaan selari dengan perkembangan teknologi semasa.

AGM ini juga menjadi medium rasmi untuk membincangkan hala tuju persatuan, merangkumi laporan aktiviti, kewangan serta cadangan penambahbaikan demi memastikan MyBHA terus relevan dan memberi manfaat kepada semua ahli.

Moga pelancaran Directory MyBHA Kelantan Chapter menjadi satu langkah proaktif dalam mempromosikan ahli-ahli secara lebih tersusun, sekali gus membantu meningkatkan keterlihatan dan potensi pemasaran dalam industri pelancongan.

Dengan penyertaan pelbagai hotel dan resort serta sokongan daripada pihak berkepentingan termasuk wakil MOTAC dan Tourism Kelantan, program ini jelas membuktikan komitmen MyBHA dalam memacu pertumbuhan industri hospitaliti tempatan.

Jom jadi sebahagian daripada komuniti MyBHA!

Bersama kita kukuhkan jaringan, tingkatkan ilmu dan kembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MYBHA 2025/2026 KALI KE-9 (AGM)Assalamualaikum WBT & Salam SejahteraDengan segala hormatnya dima...
22/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MYBHA 2025/2026 KALI KE-9 (AGM)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 29 April 2026 (Rabu) Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari Tempat: Min House Camp

ATURCARA MAJLIS

8.30 pagi Pendaftaran

9.00 pagi AI dalam Pemasaran & Pengurusan Hotel

10.00 pagi Rehat

10.15 pagi Bengkel MyBHA Connect (Part 2)

11.00 pagi Mesyuarat AGM Kali Ke-9 Bermula • Doa • Ucapan Pengerusi • Ucapan Perasmian Pengerusi MyBHA Kebangsaan • Pengesahan Minit AGM Kali Ke-8 • Maklum Balas & Perkara Berbangkit • Laporan Aktiviti 2025/2026 • Laporan Kewangan • Usul-usul & Cadangan • Hal-hal Lain • Ucapan Penangguhan

12.00 tengahari Majlis Pelancaran Directory MyBHA Kelantan Chapter • Ucapan Aluan Pengerusi MyBHA Kelantan • Ucapan Perasmian • Sesi Bergambar

1.00 tengahari Jamuan Makan Tengahari & Bersurai

Kehadiran semua ahli amatlah dialu-alukan. Terima kasih.

11/04/2026
Hi semua, antara padangan dan cadangan dari Pengerusi Mybha Kelantan, cikgu mas sendiri supaya lebih ramai memanfaatkan ...
10/04/2026

Hi semua,
antara padangan dan cadangan dari Pengerusi Mybha Kelantan, cikgu mas sendiri supaya lebih ramai memanfaatkan tenaga solar dan alat cekap tenaga yang mempunyai 5 bintang.
untuk maklumat lanjut boleh rujuk pada butiran yang di lampirkan.

Sumber: Bernama

$?

10/04/2026

Malaysia Budget&Business Hotel Association-Kelantan Chapter
🍀💕Healing Destination With Low Budget 💕🍀

Address


17500

Telephone

+60139009977

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyBHA Kelantan - Malaysia Budget & Business Hotel Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share