06/05/2024
MOMEN-MOMEN INDAH DI MAKKAH
Sejam sebelum masuk waktu sudah keluar menuju ke masjid. Berjalan kaki dengan langkah laju. Di kiri kanan, depan belakang jemaah dari negara lain, ada dari Pakistan, ada dari Mesir, ada dari Indonesia dan lain-lain.
Di tepi jalan ada orang edarkan air minuman, air mineral botol kecil kepada orang ramai. Sabil ! Sabil ! Sabil.
Sebelum sampai di dataran masjid dapat melihat kanak-kanak gembira mengejar burung merpati. Kalau berhenti di situ, kita akan didatangi perempuan Afrika yang menjual makanan burung.
Selesai solat tak kira waktu di dataran Masjidil Haram menjadi lautan manusia. Nak balik ke hotel singgah beli ais krim. Memang sedap giler ais krim Makkah. Lagi best ada orang tolong bayar.
Di kakilima, di bahu jalan hingga ke kawasan depan pintu hotel sudah menjadi seperti pasar minggu, pasar malam. Penuh dengan peniaga yang menjual pelbagai barang.
Ada yang jual baju, jual kain tudung, ada yang jual kupiah, jual kain serban. Ada yang jual jam, jual inai, jual buah....macam-macam ada, dijual atas hamparan sehelai kain yang dibentang atas kakilima. Peniaga-peniaga ni tiba-tiba bertempiaran lari apabila polis atau penguatkuasa datang.
Semua ini adalah momen-momen yang sentiasa segar dalam ingatan jemaah umrah. Tapi bagi yang duduk di hotel yang jauh lebih dari 1 kilometer, berulang alik ke masjid kena naik shuttle bus yang disediakan oleh pihak hotel tidak dapat menikmati sepenuhnya momen-momen indah ini.
Nak pergi umrah musim haji (Julai 2024) ? Hubungi saya.....kita bincang sampai jadi.