27/05/2026
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒7𝐇
Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijah pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh ini merupakan antara tarikh penting dalam Islam di mana terdapat dua (2) ibadah yang dilakukan iaitu menunaikan Haji di Mekah dan melaksanakan ibadah korban.
Sambutan Hari Raya Aidiladha adalah sebagai bukti keimanan dan ketaatan yang mutlak umat Islam kepada Allah SWT.
🇲🇾 𝑇𝑅𝐴𝑉𝐸𝐿𝐿𝐸𝑍𝑍 𝐻𝑂𝐿𝐼𝐷𝐴𝑌 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙✨ kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan 🤲🏻.
❤️ Jadikan hari yang mulia ini sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri, mempererat silaturrahim, dan mengukuhkan iman.