26/02/2026
Antara perkara yang saya sentiasa pegang dalam kerjaya sebagai pembimbing Umrah untuk mendapatkan review dan maklum balas yang baik daripada jemaah:
1) Jaga makan dan tempat tidur jemaah / keselesaan asas:
Tak kira sehebat mana pengalaman rohani yang kita bawa,walaupun jemaah menangis di hadapan Kaabah, namun jika makan dan tempat tidur mereka tidak dijaga dengan baik, dah cukup untuk meninggalkan kesan negatif.
Keselesaan asas adalah amanah.
2) Layan jemaah seperti keluarga sendiri:
Anggap seperti keluarga.
Jika mereka lebih berusia, santuni seperti kita melayan kakak, abang atau ibu bapa sendiri.
Jika mereka lebih muda, dekati seperti kita membimbing adik-adik.
Elakkan wujud jurang yang janggal.
Hubungan yang mesra dan penuh hormat akan membuatkan mereka rasa selamat dan dihargai.
3) Penuhi apa yang dijanjikan: atau beri sedikit lebih. Pastikan setiap perkara yang ditawarkan dalam pakej dipenuhi dengan sempurna.
Jika mampu, beri sedikit lebih daripada yang dijanjikan.
Bukan berkira, tetapi sebagai tanda ihsan dan profesionalisme.
Kepercayaan dibina melalui konsistensi dan integriti.
4) Jangan tunjuk penat:
Seorang mutawwif atau mutawwifah sentiasa berdepan dengan cabaran yang tidak dijangka: isu masa, jadual, trafik, pengurusan dan pelbagai masalah teknikal.
Namun di hadapan jemaah, kita tetap perlu tenang, tersenyum dan menjaga emosi.
Penat itu pasti.
Tetapi jemaah tidak sepatutnya memikul tekanan yang kita tanggung.
Profesionalisme ialah apabila kita mampu mengawal diri walaupun keadaan tidak sempurna.
Bila kita tengok jemaah tersenyum,
setiap kali mereka kata โterima kasih sebab jaga kamiโ, Hilang semua penat dan letih.
Saya bukan pembimbing yang sempurna.
Tapi saya sentiasa cuba jadi pembimbing yang bertanggungjawab.
Mutawiffah Hjh. Syafiqa
Pembimbing Umrah Peribadi
Trip Umrah Private / RM8990 PAX